Wednesday, August 17, 2016

Tekan tubi

Baru - baru ni di sebuah daerah yang sikit hulu lah kiranya. Tapi tak hulu mana pun sebab hanya terletak disebelah kota metropolitan yang membangun. Yang hulu nya saya ler, sebab saya tak pernah sampai ke sini walaupun selalu dengor orang bercerita. Sesat jugak lah aku nak ke sana.

Kami dalam 10 orang ke kawasan tengah hutan ni. Dijemput oleh seorang kawan yang jugak pengurus retis. Ada cabin yang tersembunyi di dalam kebun buah. Cabin ni boleh la nak buat kem rohani ke kem askor ke gitu ler bentuknya. Agak kalau korang lapor, sila la makan buah-buahan yang bersepah dikelilinganya. Tempat ni kepunyaan seorang yang ternama tapi macam biasa bagi saya tak kenal orang ni akan bertanya siapakah? Namun begitu, tuan rumah empunya tempat sangat la merendah diri. Ni baru orang yang hader-hader kan. Katanya kawan saya ni harta nya berkoyan koyan dalam dan luar negara tapi melihat tuan tanah pun kita dah tahu siapa orang nya.

Ok tu atas tu mukadimah je.

Antara 10 orang ni, ada sorang kawan yang boleh dikenali sebagai Ismet Ulam Raja (IUR) yang agak la rapat dengan saya. Orang nya peramah dan periang. Semua orang dia boleh masuk. Nak banding dengan aku ni akan ada cold moment dulu pastu baru la meriah. Biasalah mula-mula kena lah jaga perangai setan kau dulu kan hehehe.

Setelah selesai liburan lewat malam yang dipenuhi dengan sesi panggang ayam dan gossip liar. Kami semua balik ke cabin untuk beradu. IUR satu cabin dengan saya dan lagi tiga orang.

IUR tampak gagah tapi kadang kala dia seperti ditakuti oleh bayang-bayang misteri. Disebabkan cabin tu tengah hutan, maka toilet nya sedikit kejauhan dan terceruk di tempat gelap. Maka di minta katanya kalau dia nak cirit tengah, malam diminta teman kan ditakuti Kak Limah teman dia. Kami semua ok je la, takkan kau sanggup tengok kawan kau melepas dalam cabin. Dah macam duduk asrama plakkan.

Ada antara kami dalam cabin tu juga seorang Pendekar Musang Siguntang. Orangnya lemah lembut, muka boleh dijual lah kira, tampan menawan tapi jangan kau tak tahu ilmunya pernah mengali kubur orang yang dah mati untuk ilmu terlarang. Tapi itu dulu dikala remaja. Dan antara kami, dialah yang paling berani kerana dia dah biasa nampak dan punyai kebolehan boleh nampak si Wajah Sutinah. Maka disuruh lah olrh IUR untuk 'intai-intai apa tu umar' kot kot kawasan tu keras ke. Sampai malam nya si IUR bawak turun tilam untuk tidur berdekatan kami walhal katil double decker tu dua langkah antara masing masing.

Masa nak tidur, tiba tiba IUR cakap sesuatu. Kami semua mendengar dengan teliti walaupun semua dah ting-tong mengantuk. Ingatkan cerita hantu, rupanya IUR bercerita pasal depresi yang dialaminya.

Dia dah 9 bulan berhenti kerja diatas depresi yang dia sendiri tak tahu apa masalahnya. Dari berjawatan tinggi disebuah pusat perbankan, dia berhenti tanpa hala tuju dan hanya merehat diri. Saya mula-mula mendengar saja cerita dia tapi tiba-tiba saya relate kan dia dengan Robin Williams. Sebabnya dua-dua jenis ceria dan selalu melawak. Benarlah apa yang dibaca satu ketika dulu, orang yang paling sedih sebenarnya orang yang paling gembira. Kami semua tidak mengetahui masalah UIR. Saya tahu dia berhenti kerja tapi seingat saya dia sudah bosan dan mahu mencuba tempat baru. Rupanya bukan...

Dalam semua dah ting-tong, kami semua segar mendengar ceritanya. Mendengar kesedihan dan tekanan yang dialami. Hanya dia saja yang mengetahui kerana saya yang mendengarnya tidak nampak apa yang dihadapinya ialah satu tekanan. Bukan tekanan kerja, bukan tekanan keluarga....tidak tahu apa tekanan itu.

UIR juga bertanya sekiranya ada antara kami yang mengalaminya. Semua meluahkan apa yang dirasai tentang tekanan termasuk saya.

Saya pernah juga mengalami tekanan sewaktu habis sekolah burung. Tiada kerja dan bingung memikirkan apa yang patut dibuat membuatkan saya depresi. Tension duduk kat rumah, dah lah semut jauh tak membantu hati dan perasaan saya. Sampai suatu ketika saya pernah memikirkan jika 'suicide' adalah jalan terbaik diatas kegagalan mendapat kerja. Ya pernah ia terlintas difikiran, tapi syukur saya sedar sekiranya ia berlaku bukan saja memberi impak buruk pada keluarga malah saya tak dapat bayangkan kalau aku KIOK takpa lah kan. Kalau kau cacat tak ke menyusahkan hidup mak bapak kau plak kena jaga. Dah alik-alik boleh kerja, duduk la kau atas katil forever. Itu yang membuat saya tersentak dan terus keluar berjalan-jalan.

Syukur...masih ada akal dan fikiran yang waras.

Pendekatan waktu itu selain mendekatkan diri dengan tuhan, bahan bacaan juga membantu anda bangkit dari segala fikiran negetif. Ianya semua besarang difikiran. Sekiranya negetif saja yang difikir...negetif lah jawapanya tindakan anda.

Dan saya faham melalui saat itu, sekiranya kawan anda bercerita tentang masalah yang dihadapi walaupun kau dah lama tak jumpa dia. Maka ketahuilah mereka memerlukan seseorang untuk bercakap. Saya banyak meluahkan ke Altamirano dan jugak kawan kawan yang lain. Terbuku dihati tak dapat menyelesaikan masalah anda. Luahkan dan mendapat bantuan adalah jalan terbaik.

Berbalik kepada IUR, bagi saya kalau dia tak depress, dia tak akan bercerita. Katanya dia berjaya tangani isu tersebut tapi saya rasa masih ada lagi benda yang tidak dilepaskan atau tidak diketahui punca masalahnya. Saya katakan kepadanya, bila bila masa saja kalau dia rasa stress, call lah saya walaupun 1000 kali saya mendengarnya. Saya akan dengar. Jangan hadapi sorang sorang dan mintalah pertolongan dari Nya*tu diaaaaaaaaah tiba-tiba serban kau berkilat*

Aneh bukan, dalam kita dok gelak-gelak kita tak tahu seseorang punyai masalah yang walaupun bukan besar tapi masalah itu tak dapat diselesaikan kerana buntu jalan nya. Kita takkan mengetahui nya melainkan selepas kita melepasi zone selesa orang itu untuk bercerita perihal diri dia.

Jadi silalah dengar dan jangan lah hakimi masalah mereka.


Ok masalah saya sekarang ialah......bila nak clear terbang ni. Bosan lah!!!*nampak tak? masalah tak habiskan sampai mati*



Friday, July 29, 2016

Beruang Polar

Dia kawan lama saya, kawan blogging juga dan kawan alam maya. Pernah lah jumpa dua tiga kali sampai lah bulan puasa baru baru ni. Kitaorg baru tahu yang, kami ni berjiran. Maka penuh lah dengan acara acara melepak post-terawikh. Seawal kenalan, dia seorang yang pendiam tak banyak cakap. Tapi kali ni perangai nya berbeda.

Dia seorang yang sangat suka bercakap sampai eh aku yang cakap banyak ni pun terdiam*hahaha*.

Sebab biasanya kalau saya bercakap, orang tu diam. Dan bila giliran dia bercakap saya diam. Ni tak kau....the stage is mine katanya.

Dan dari kenal biasa biasa, maka bila dah selalu lepak maka kita kenal lah perangai masing masing lebih lanjut. Katanya dia 'bipolar'. Saya dengar je lah sebab saya tak faham. Maka dia mula lah explain dari apa yang dia faham dan tahu.

Sungguh saya pernah dengar perkataan 'bipolar' tapi tak pernah ambik pot pun sebab apa, punca dan cara mengatasinya. Kata kunci bipolar pun saya tak faham sebenornya. Jadi kita diam je lah kan.

Tapi dari explaination dia, seram plak aku. Biasalah bila kita takda pengetahuan yang meluas, kita mudah takut dengan apa yang kita tak tahu.  Jadi saya cuba membaca melalui doktor gugel. Ye lah mana lagi nak refer kan, mungkin perlu saya ke kedai buku agar lebih faham...tapi biasalah sembang je lebih. Sampai kedai buku, majalah jugak yang kau cari.

Saya mendengar cerita dia dengan penuh teliti sebab saya tak tahu nak menyampuk bahagian mana. Dia banyak komplen tentang kerjaya baru nya. Kerja dan jawatan nya bukan alang alang yer. Jawatan dan bergaji besar dan sekarang sedang menyambung pelajaran ke lebih tertinggi. Katanya dia sudah siapkan surat dari doktor kalau dia rasa tak boleh pergi dia nak berhenti dengan alasan beruang polar nya itu. Bagi saya, dia tak biasa dan cuba mengadaptasi keadaan dan tekanan kerja baru. Biasalah aku pun stress jugak dengan dunia kerja baru sebab banyak yang kita tak tahu dan perlu belajar. Bertabahlah.

Dalam pada kitaorg selalu ber'teh tarik' yang lebih kepada sesi luahan dia, tetiba satu hari yang tenang tu topik perbualan telah menjerumus saya kepada analisis dia. Katanya aku pun ada jugak beruang polar. Saya tidak menyedarinya dan dia boleh melihat di atas percakapan saya tadi. Katanya aku ni suka bercakap sorang. Iyer sebab mulut saya bergerak kes ingatkan drill dan procedure masa terbang. Ada 13 emergency drill yang saya kena ingat. Its a practice masa drive or masa rilex, saya keep recite it sebab nya ia memudahkan saya mengingati dikala kecemasan.

Now aku naik takut plak lepas dia suka suki diagnoss aku. Tapi saya tenang je la walaupun dalam hati kau ni aku lempang jugak.

Ok itu je nak bagitahu.


Kalau anda rasa tak kena sila sila berjumpa doktor. Mana kita tahu mungkin kita semua ada sisi sisi beruang polar.

Saturday, July 9, 2016

Siapa lagi puaka

Balik kampung kali ni ada lah seminggu jugak. Saya ni suka mengunakan kepentingan yang ada. Maksudnya orang tak bagi kita terbang. Kita melarikanlah diri ke bawah sana jumpa yang tersayang selebihnya kita guna untuk raya. Ramai yang kata #untunglahkaya #untunglahasyikgioversea. Ishh syukur kalau kaya, tapi orang tak tahu kita buat apa yang boleh untuk beli tix dan jumpa si dia. Lagi pun orang tu dah bunyi, setahun lebih dah tak balik kampung dia. Dan dia dah dua kali turun malaya. Saya dan 'aisyah' tak lari jauh, sebabnya training yang ada memang tak dapat nak lari. Ikut hati nak je berkepit kan. Kau tak nak ker?

Jadi balik kampung dan raya yang sedikit sendu bagi saya ni takdalah nak buat apa pun. Selain pergi ke rumah rumah yang kita pilih dan sempat nak pergi. Baik lah pergi rumah orang yang kita tahu takkan sakit hati. Betul tak? Soalan maut dan 'agen pencari jodoh' nampak nya dah berkurang tahun ni. Tak tahu lah takut takut tukang tanya semua sedar kubur makin dekat atau they couldn't careless nak tanya. Eh bagus la gitu. Baik makan biskut sarang semut dari duk tanya soalan soalan yang tak perlu semata-mata nak memeriahkan suasana.

Memandangkan banyak kawan-kawan saya dah mengakhiri zaman bujang. Maka yang tingal ada lah sekerat je. Jadi kita berkumpullah yang sekerat ni. Tapi dalam dalam sekerat ni kan ada lah sorang ni mulutnya lahar dan puaka.

Semua orang tahu mulutnya puaka tebing biru tapi semua malas nak ambik pot. Kalau ikutkan memang dia tak masuk dalam list set set kitaorang karoks atau pun sesi makan sotong celup tepung. Sebab dialah topik utama kitaorang bila bosan.

Dia orang besar sekarang, berjawatan tinggi dan bergaji serta berGred tinggi. Gred-gred ni saya seriously tak faham dan tak ambik tahu. Tapi disebabkan dia suka bercerita pasal kerjaya dan kehebatannya di jabatan maka saya tahu lah sikit pasal gred gred ni. Maka tiada topik lain yang ingin diketengahkan, maka juga semua lah pakat buat muka toya malas nak layan. Kita layankan je lah dah dia nak bagi tahu kebagusan dia...

Memandangkan dia ni ada kuasa, maka setiap apa anak bawahan dia buat semua kena ikut peraturan dan semua lah boleh dikenakan tindakan melalui akta akta yang di dok kabo tu sekiranya lain

Muka masing masing bertambah toya 

Dan ramai yang tahu doktor hot sado dah pindah ke kampung saya. Maka ramai jugak yang geletis dan bercakap dengan cerita yang penuh kagum. Eh aku pun kagum jugak sebab kau nak jugak katang kan. Tapi tidak bagi dia. Disaat orang bercerita ada #instafamous #instacelebrity ni, dia panas punggung. Katanya 'apa hebatnya mat katang?' dan mula lah keluar habis susur galur kisah mat katang.

Sebelum mat katang kena posting ke tempat baru, dia dah buat kaji selidik latar belakang dan mat katang boleh dikenakan tindakan dibawah akta akta yang semua pening mendengornya.

Maka terdiam lah kawan saya ni sebab dia baru dok bercerita tentang idola dia, dah kena bash pulak. Kawan saya yang kena bash ni raya tahun lepas Gemuknya kalah humpty dumpty dan semua kegemukan yang ada didunia. Tapi dia nekad untuk kurus dan pernah berkata tahun depan (raya tahun ni), jubah dia yang boleh muat dua orang tu akan jadi fit se-fit dress bictoria sekret.

Ternyata dia berjaya kurus diatas titik peluh dan kejian kawan kawan termasuklah si puaka tebing biru.

Bila dia bercerita tentang idola mat katang dia,kita walaupun tak suka dengor je lah. Walaupun kita bukan kaki gym, health conscious or model wannabe there's no need kita nak bash disebabkan orang tu glamour atau menjadi idola orang lain.

At least orang tu glamour, menjadi inspirasi anak anak muda untuk menjadikan aktiviti kesukanan satu riadah dari dok melepak atau dok berpesbuk je. Ke kau nak budak muda semua hisap dadah dan merempit. 

Terdiam sajalah kawan saya ni sebab setiap kali nama mat katang dan keterujaan dia bercerita akan dibangkang oleh puaka. Sampai satu tahap semua mula bercakap topik hal lain dan takda orang nak layan dia.

Sebenarnya masing masing tunggu bila saya nak laharkan balik. Boleh tahan sengal jugak diaorang ni. Tapi saya biarkan sebab dah tahu kehidupan dia yang sedih dan penuh dengan amarah tu. Lagi dilayan lagi lah dia mengila.

Sampailah satu tahap, dia dok mempertikaikan gaji dia dan gaji si shredded  gems ni. Membuatkan semua orang terpana dan terdiam di meja makan.

Me:"dah dah lah riak tu, kena panoh petir kat luar tu baru ada akal. Baru gaji besor nak heboh. Orang lain gaji lagi besar dari kau takda nak tayang. Ke nak banding slip gaji??"*sambil continue makan nasi minyak*

Puaka:*terdiam*

For sure, next year raya kau memang tak dijemputnya


Thursday, March 17, 2016

#whyohwhy

Saya masuk kembali ke spital. Kali ni penginapan saya 3 hari dua malam. Apa yang best pun tak tahu, tapi for this second time in my life, aku rasa sangat la....apa lagi yang akan muncul pasni. So Piah, bukan saya tak nak citer...tapi saya da post jugak tapi tak war war kan je. Cukuplah dapat duduk bilik sorang sorang dan melayan TV dengan misi yang comel comel you yang suka melawat saya...ehh....ehh..

Tapi saya dah keluar tadi, saya bersyukur lagi dan memanjatkan syukur lagi kerana semua benda yang berlaku itu ada hikmah dia. See nampak je orang kurus tak semestinya sihat kan?

Anyhow mari lah kita menjaga kesihatan diri kita. Tua pulak rasa sebab selama ni tak pernah nak rasa tua kan kan kan.

Sekarang saya kembali ke awan biru, menjejak jejak awan awan yang nampak cantik dan bergumpal gumpal tapi percayalah kalau kau tahu, kau takkan masuk ke dalam tu. What I mean is, sebagai budak baru saya rasa saya kurang semangat. Semangat berkobar kobar macam masa mula gi kambing gurun dulu hilang disebalik debu. Kalau dulu saya lah orang yang paling rajin dalam kelas walaupun saya ni krik krik krik. Meaning kau tak lah pandai kebambooom sangat, tapi dalam tak pandai dan tak menjadi best student. Takdalah kita nak jump ship lepas ambik riban riban loan dari negara orang kan*ok takda kena mngena*. Saya lihat batchmate saya ramai yang semangat. Cisss dengki sungguh aku dengan diaorang.

Ye lah, diaorang muda. Baru membina kerjaya dan membina nama. Saya tahu perasaan tu, saya pernah mempunyai nya. Tapi tahap ni, saya rasa macam cukup apa yang ada. I will go for it but not compete with anyone. Adakah saya sudah sampai waktu yang 'ok i done everything'. Sifat berlumba lumba tu dah takda...flat....tak rasa.

Kawan 'neraka bergerak' saya yang tido sebantal selama 3 bulan di jakarta orang nya sangat pandai. Giler babas budak ni. Tak tercapai dek akal, ajar skali semua ingat. Abang long plak, ajar 500 juta kali tetap lah....sama. Sedih lah cam ni. Pastu kau kena compare dengan cikgu tu usah dikenang lah kan. Tu la orang suruh bila belajar focus, tapi saya takkan biarkan perkara begini berlaku...tidak.

Oleh itu semoga perasaan tua hilang dan semangat berkobar kobar kembali terjalin

Bye nak gi baca buku dulu, sebelum flight aku tu turbulance plak





Wednesday, March 9, 2016

#tukangtilik

Baru ni balik dari balik selepas berjumpa dengan Semut. Tapi saya balik ke utara, dia plak ke seletan. Kira pulau tu transit point kitaorg bertemu lah*so called*. Masa dalam kapal, tengah dok layan cerita Bollywood bertajuk PK, si Tuan Haji Amir Khan yang berlakon. Hebat mamat tu kan dari zaman muda sampai la ni. Body dia mantop doe walaupun dah 40++. Giler ah idola sangat rasa..eh..melalut plak. Pastu kan tetiba ada seorang pemuda menegur saya dan bertanyakan macam mana procerss nak masuk KL. First timer katanya. Saya kata boleh saya explain kan. Takda masalah. Tapi dia tanya lagi, dia nak tukar seat ke belakang, iaitu sama seat dengan saya.

OK lah..silah

Tapi kan dalam hati saya, saya tiba tiba rasa kurang selesa. Mungkin kerana dia invade space sebab nak duduk sebelah saya, atau pun sebab dia tengah kacau aku seronok layan muvie. Padahal bagi saya dia boleh je tanya dari seat dia tu. Depan aku je kot*ok berprasangka buruk*

Kitaorang pun berborak lah pasal apa nak buat nanti dekat airport, saya explain lah dari immigrasi ke ambik bag sampai terus ke ERL. Katanya dia nak ke Bukit Bintang, datang melawat dan juga jemputan dari sebuah restoran. "Oh mas ni chef ke?" "Bukan bang...saya seorang pembaca tarrot kad".  Nak nak lagi katanya dia boleh tilik nasib dan baca kad. Lagi lah aku macam 'okkkkkkkkk apakah?' lagi bertambah seram aku. Dia dijemput oleh restaurant ni untuk membaca kad tarrot dan duduk kat KL selama 2 minggu.

Dalam dok bersembang-sembang dia pun mula sentuh-sentuh pasal character aku, suka menyendiri, berwaspada dengan orang yang tak kenal dan yang penting katanya Garang*krik krik krik*. Adalah jugak dia nasihat katanya, manusia tu biasalah ada yang baik dan ada yang tak elok. Yang penting positive. OK aku dengar je.

Pastu dalam sembang dia dah usha tapak tangan kiri aku dan mintak nak membacanya. Ok yang ni memang garik, sebab dalam takut tetap la akunak tahu what holds you in future kan. Dah orang nak tilik.

Dari tilikan dia, diberitahu apa perancangan aku tahun ni*cisss betul plak tu*, pastu awek mana suka aku dan siapa yang tak suka aku. Semua ni siap datang dengan character dan apa orang ni suka pakai. WOW saya ada peminat ke. Tersenyum kejap pokcik. Anyway salah sorang yang dia bagitahu saya agak-agak dan tahu siapa. Tapi takkan lah saya nak perasan orang suka kat kita berdasarkan layanan dia kat kita. Ya dia memang comel dan suwit, tapi saya tak layan*ops*. Sebab saya tahu dia akan serious dan saya ni nak main main je test market*eh bajet hot nya kau*. Tak sempat aku tanya katanya lagi 'abang sudah rugi, kerna abang tidak menghormati (melayan) dia. Yang sorang lagi saya tak dapat figure siapa dia, mostly semua colleagues saya. Ye lah kita layan semua orang sama rata, tak tahu lah plak ada yang menaruh hati. Dan bercakap mengenai orang yang tak suka saya tu, katanya jauh kan diri. Saya boleh agak, tapi tak baik lah plak berburuk sangka dan menuduh. Kan tak pasal jadi fitnah plak. So siapa yang tak suka,kita bior jelah selagi tak effect kita yer dok?

Katanya lagi saya patut dah kahwin, dan kalau saya dah kahwin everything is fall into the right place. WOW lagi. Siap dia predict masa depan aku, kemana dan buat apa dan yang penting katanya aku akan KAHWIN jugak nanti. Saya senyum dan cakap...aminnnnnn. part paling best, 'ibu mu sebenarnya mahu menjodohkan kamu tetapi dia menghormati pilihan abang'. Ewah ewah...dah boleh jadi script drama slot akasial 'menantuku pilihanku'

Dia cakap ' ya semua ni dengan kehendak Tuhan, saya cuma menyampaikan"*macam tahu plak aku cakap dalam hati semua benda ni......Khurafat!!* hahahaha.

Despite all the cerita, tilikan dan sembang sembang dalam kapal tu tetap tak dapat membuang perasaan kurang selesa saya pada dia. Tak tahu kenapa. Sebelum saya tahu dia tukang tilik lagi, saya rasa kureng. Tapi diam je lah kan. Yang saya tahu, walaupun kita selalu disapa oleh stranger untuk bertanyakan sesuatu, kita akan cuba jawab soalan atau bagi pertolongan tapi perasaan kurang selesa tu takda. Tapi yang ni rasa semacam.

Ok mungkin dia friendly*saya cuba berprasangka baik*, tapi tak tahu lah. Disebabkan masa mula mula tadi saya rasa kesian, saya bagi lah no phone. Cakap kat dia kalau sesat kat KL ke bagitahu lah. Nanti saya tolong apa yang patut. Takda niat yang lain,

Tapi kau tahu tak.

Once dia dapat no KL, tup tup konsep mari bermessage plak dengan aku. Orang tak sampai rumah lagi dia dok message. Takpalah. Pastu malamnya call plak, nak ajak bersembang. Tapi sorry la HARAM la aku nak jawab kan. Now aku rasa rimas!!

Tak cukup whatsapp, sms, tak cukup whatsapp call, pastu call biasa. Eh kau dah kenapa ni????

Now aku rimas

Like what aku avoid mesti akan datang. Meaning orang macam ni lah, dalam kita nak tolong, dia boleh plak over. Zaman zaman orang over friendly macam minah lepu yang sempit ni dah lama aku avoid, now ada plak version 2016.

Anyway aku tak jawab all message dari dai sampai sekarang.....rasanya terlalu spooky

Monday, February 29, 2016

#sakitnyatuhdisini

Saya tak pernah masuk spital, ia adalah satu kawasan yang menyeramkan, menakutkan dan mengerikan. Bukan saya takda pengalaman, masa kecik ma saya selalu masuk hospital dan saya sangat phobia. Tapi kan lauk spital jugak lah yang aku belasah tatkala mak aku tak leh makan.

Sedih taw cakap pasal spital kan. Suasana suram je...*eh kau rasa*.

Tapi semalam dan hari lepas, saya memasukkan diri sendiri ke dalamnya. Sebelum masuk tu, saya khuatir, takut, gusar dan tak lalu tidur memikirkan procedure yang akan dilakukan.

Saya adalah buat pembedahan kecil...ala ala macam nak kasi kod suara lebih nyaring so boleh la tarik dan tahan napas macam kak seling diong.

Eh bukan...tu propa je.

Tak berani, sungguh! Rasa seribu satu masalah akan muncul, camana..camana dan camana nanti. Biasalah 'what if'. Tapi 'what if' jugak yang banyak menghalang saya selama ni. Terlebih fikir.

Memandangkan sekarang saya terbang pun ala ala je, jadi banyak cuti nya. Maka saya pong memeikirkan lebih baik buat pembedahan tu. Takkan kau nak simpan, bukan dapat pingat EMAS kata ejen insurance saya yang message dari night stop london. Sungguh sungguh dia yakinkan saya seraya berkata ' aku dulu kan beb, lepas operate terus malam tu operate dari LAX kau.... mak siap lompat lompat lambada zur eda lagi'. Eh eh makcik ni, boleh tahan sengal jugak kan.

Since dia dah convince saya, katanya semua diatur. saya check in la. Aku bawak lah diri sorang sorang dalam ketakutan, mak sendiri pun aku tak bagitahu. Bukan tak nak, nanti orang tua tu runsing. Last last dah settle down, i is telling her i admitted myself. Kang jadi apa apa terkujat plak mok ku tu.

Apa perasaan ada dibedah separa sedar?

The feeling is macam cerita omputih,yang ko baring atas katil dan katil tu ditolak melalui banyak bilik. macam cerita ER pung ada gok. Pastu kan, dah selamat sampai bilik bedah. Adalah misi misi yang menyambut saya dengan senyuman. First class jugak spital ni.

Misi tu jenis glekek*sengal sengal ubi* tanya saya 

"kita nak buata ni encik?". 
"Buat lah apa yang awak suka"
"eh eh jangan cik, kitaorang ni memang suka buat apa apa"*terus gelak gelak glekek lagi*

Eh eh dah tak jadi cerita ER, dah tukar jadi cerita lawak keder plak. Sib baik misi cunz cunz.

Anyhow the operation went well. Alhamdulillah. Half of my body was under anaesthetic ala ala macam bersunat tu uols. Sedor la kan tapi tak rasa apa apa plak sebab semua kebas.

Talking about kebas dari pinggang ke bawah, rasa ni lah rupanya kalau kau lumpuh separuh badan. kaki tak leh gerak, semua tak rasa ok. Lama plak tu sampai nak terkucil hujung hujung pun dah rasa cuma tak keluar je. Nak nangis le plak. Sakit tu tak la rasa sangat sebab saya ingat...orang perempuan beranak mesti gazilion lagi sakitnya.

Aku yang sikit ni je pun nak complaint. Baik tak yah.

Apa yang pasti, lepas saya dapat kaki balik kan. Saya rasa bersyukur, tak pernah saya hargai apa yang saya ada selama ni. Ye lah asyik nak jadi orang lain je kan. But this time, I'm thankful for everything i have, kaki, pergerakkan, hidup, deria dan semua nya.

Tu baru sikit dan beberapa jam je. Kalau tuhan ambik terus....tak tahu nak cakap apa.

okbye!

Tuesday, February 9, 2016

#Temuluga

Temuluga ialah singkatan dari Temuduga + Luga. Luga pula ialah perassan nak muntah-muntah tapi tak muntah jugak atau bahasa keyll is loya.

Hari ni saya tolong department saya buat interview, mencari pekerja baru yang boleh dedikasi dan bertenaga dalam membantu menaikkan lagi syarikat agar orang kenal singa lut pun mampu terebang. Sebenarnya nak ganti post saya. Jadi kenalan dan kawan kawan yang berminat disaring untuk di temuduga.

Boss saya lebih focus kepada orang yang berpelajaran dan berkelulusan tinggi. Saya dan exec saya pun tengok jugak kelulusan, tapi lebih kepada kemahiran dan pengalaman kerja. Kalau segar dari ladang pun ok sajork, as long as penilaian tu datang dari macam mana orang tu jual diri masa di temu nanti.Pandai pandailah korang goreng ye dok?

Disebabkan peluang pekerjaan ini, takda lah disurat kabor. Jadi hanya disebarkan pada kawan atas kawan. Adalah dalam 2-3 orang datang untuk mencuba nasib. Salah satu nya ialah ibu beranak satu yang duduk nya di kg. menteri KJ kita, tiada kelulusan yang elok. Cakap omputih pun hader-hader saja. Sorang lagi pulak, berkelulusan tinggi serta berpengalaman banyak dan pernah berjawatan tinggi.

Disebabkan boss saya sibuk orangnya, maka mereka yang datang ni terpaksalah menunggu lebih lama dari apa yang mereka sangkakan. Maka kami pun meminta maaf sebab memang lama, baru boss aku dah ready, dia kena call up plak ada meeting apa ntah. Jadi tunggu punya tunggu lah. Saya pesan kalau lapar pergi lah makan dulu, nanti saya call. Both of them masa kitaorang mintak maaf bagi jawapan yang berbeza.

Cut it short, both of them were interviewed by us. Its a separate interview dan masing masing ceritalah apa yang diaorang nak ceritakan. About life, work, salary or expectation. And kitaorang pun bagitahu jugak, yang jenis kerja dan expectation serta apa yang akan dibuat sekiranya dipilih termasuklah kerja lebih masa.

Antara dua ni, ada jauh beza dari semua pihak. Sorang humble mungkin sebab dia pemalu dan rasa dirinya tak berepa pandai. Sorang lagi all out, ala ala the stage is mine. But we come into conclusion.

Dua dua tak dapat

Sebab yang ibu beranak satu, duduknya jauh. Tak mungkin kita kejam nak pisahkan dia dan anak dia semata mata untuk kerja di KL ni. Dengan doa semoga rezeki dia murah dan dapat kerja dekat dekat dengan rumah dia. Dia tak pandai dari kelulusan tapi melihat dia ada potensi mungkin bukan jabatan kitaorg, tapi jabatan lain. Permohonan dia di hantar pada jabatan lain, yang sesuai dengan pengalaman dia.

Yang berkelulusan tinggi ini pun tak dapat. Bukan disebabkan dia tidak ada pengalaman atau CV yang bombastik. Attitude kau diva sangat. Mungkin kami salah sangka and trying to be fair dan menilai dari temuduga itu. Sayang tiada feeling yang kau ialah seorang yang nice in person. Sebabnya masa kami mintak maaf disebabkan dia kene mengunggu lama, minah ni boleh jawab " aah takpa takpa, tu lah dah boleh balik Kelantan dah tunggu ni" to show begitu lama dia kena tunggu. 

Ella rasa? Saya ingat nak lahar balik masa dia cakap macam tu, tapi kami senyum semanis mungkin sebab dari first impression you killed it instead of nailed it. So you have a big X from me at the moment you open up your mouth.

Exec:" Mu rasa camana man dengan perempuan yang pandai tu...ok kan...macam boleh buat kerja je".

CL:" Kelulusan kebabommm tapi mulut Longkang.....NO from me"*feeling tekan butang X*


Ingat dik, kalau nak gi temuluga mulut pun kena manis dan sabar, bukan muka je chantueq tapi haram. Anyway gigi minah pun tak cantik!

Friday, January 29, 2016

#shiyalan

Sedutan dari panjat bukit hari tu......

Masa pulang, saya balik melalui satu kawasan perumah. Saya tak suka lalu kat situ bukan sebab dulu ada kes hantu kopek, tapi sebab ada satu rumah yang mempalit kenangan silam yang menjengkelkan.

Kalau boleh tak nak lalu dan tak nak lihat. Tetapi bila kita lalu je, memori silam menjelma siap dengan rentetan cerita shiyal dan muka orang tu pun keluar sekali. Biarpun berabad dah cerita tu berlaku, masing masing pun ada hidup sendiri dan kita perlu maaf orang yang shiyal itu untuk teruskan kehadapan. Tapi akuilah, sekali terluka kita tak boleh waklek wak peace je kan.

Saya belajar dari kesilapan masa lampau. Kalau kita rasa kita buat salah, kita mintak maaf. Terima salah kita dan kalau ada hutang piutang kita bayar balik. Jadi suatu hari nanti, orang takkan ungkit " oh aku pernah tolong mu masa zaman mu susah". Sebabnya bila dah menyampah, zaman dinasour punya pertolongan pun kau ungkit. Tapi kalau nak ungkit, kita kena ingat, orang ada tolong kita tak masa kita kena layan mcam taik itik tu. So jangan mengungkit yer. Ingat!

Melalui rumah agam tu, membuatkan hati saya berdebar panas telinga dan diam dari mengatakn sesuatu yang tidak elok. Diam dan pendam. Jangan kata apa apa....

Maaflah, saya masih tak dapat lupa. Shiyalan mu memang bukan hari ni orang kenal. Dari ramai yang mendekati, sekarang semua lari. Tapi dia tetap bangga dan menjadi kebanggaan sesetengah pihak dengan kenyataan " doh dia pranga gitu, mu nok wak gane. Boleh uboh ke?" Tidak, dia tidak akan berubah.

Muka dok lawo dakpe, rambut kejung pong dakpe. Asalkan pranga bukang macam natang

#mencarutlagi #carutan

Thursday, January 28, 2016

#takajak

Hari ni saya panjat satu bukit, katanya famous among hikers kat KL. Ramai yang war-warkan jadi saya pong nak cuba. Amazingly dah kurang orang yang suka under estimate kita muncul. Kalau dulu, bila kita cakap.."oh aku nak belajar surf dekat Bondi beachlah". Maka akan ada suara suara setan kawan kita yang gelak sambil senyum. Tapi muka sebenar dia macam Maria Marriana dgn kening akak jianajeng yang macam minangkabau tu.

Saya tak ajak ramai, sebab ajak ramai confirm semua Aisyah. So saya hanya ajak dengan orang yang saya nak hike saja. Senang kita nak bercerita dalam panjat curam tu. Tak masuk lagi hot hot story yang kita nak share dengan kawan kita tu. Ok kawan yang sorang lagi yang tak diajak dan tak rasa nak share dia. Senang citer, tak payah ajak. Kau ajak nanti, banyak pulak isyarat mata nak kena bagi.

Tapi kau dah tahu kau tak nak ajak, tapi kau pose kat pesbuk, instegreng segala dengan harapan ...berapakah LIKE kau dapat.

Some comments #takajak and some comments #thanksforajak.

I love this

Memang aku tak nak ajak kau. Macam kau kuar makan, dah tahu dekat area rumah aku tapi takda pong nak call ajak minum cendol bawah pokok. Takkan ler saya nak sentap buat hashtag semua. Ini bukan balas dendam sebab dia tak ajak saya makan cendol tu. Tapi saya rasa nak keluar dengan orang lain. Sama jugak dengan dia, mungkin dia rasa lebih selesa keluar dengan kawan lagi satu, Atau ada rahsia kerajaan yang dia nak bentang kan.

Tak perlu la nak sentap siap buat # bagai. Walaupun ini adalah lawak semata-mata. Tapi kita kena terima hakikat, adakalanya kawan kita nak ajak orang lain. Siapa nak ajak, ajak lah. Siapa tak nak ajak, kita cari kawan lain yang ajak kita. Awak banyak kawankan, takkan takda kawan lain. OK even BFFTJ*best friend forever till jannah* pun adakala nak keluar dengan group lain.

Sama lah dengan bila kita nak ajak kawan kita kuar makan, Cakap je terus terang, nak ajak makan ni sambil ngums ngums. Bukan suruh orang lain ajak on behalf. Eh baru kenal ke bro? Make everything simple...pening la drama.

Anyhow, bukit dah ku daki, lurah dah ku sental dengan seluar trek tadi. Yang dapat dilihat, pemandangan yang indah. Jauh dari kesibukan kotaraya*sebelah kotaraya je kot* dan mendamaikan. Dan saya berjaya ajak kawan saya yang payah dan takut giler nak hike ni ke puncak. 

Penat tapi saya boleh relate dengan apa yang saya lalui sekarang.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Apa yang dilalui adakala syiok giler panjat, adakala penat sampai cramp lutu, adakala berhenti sekejap tapi tak juga kita menyerah kalah. Sebabnya kita nak sampai ke puncak.

Ok dah gi study, esok kena tanya ternganga tak leh jawab.



Sunday, January 24, 2016

Hiatus

Hi...saya kembali, kembali membersihkan sarang laboh laboh dalam rumah ni sekejap. Dah setahun rumah ni berhantu ...orang dia pun selalu jugak jadi hantu lately.

Pastu dok fikir apa yang nak di update. Best ke cerita kau? Perlu ke meroyan, menyindir orang dan sinis sinis hint hint. That was so 2006 kan

Tapi kan saya nak tulis jugak sebab tadi singgoh blog si piah. Inspired sangat! Jangan lupa kayu vanila aku yer *ops*

Apa yang boleh dirumus dari apa yang berlaku ialah

Pertama - saya rasa nama blog ni dah tak relevant dan tak sesuai. Saya rasa sangat poyo dan nak muntah bila dilihat kembali perjalanan blog ni. Ye lah masa saya start kan saya remaja, penuh dengan emosi yang membuak buak. Semangat mengejar kehendak dan cita cita. Tapi bila dah kita dapat apa yang kita nak, kita buat ala ala je. Memang lelaki suka perangai gini ke?*saya tanya*. Tapi bab nama tu saya rasa kelakar sangat. Mesti kalau batchmate saya jumpa blog ni diaorg akan bahan non-stop sebab lately aku pun bahan junior sorang ni. Eh tapi dia kawan saya yer, bukan orang tak kenal kau nak bahan je. Sedih nanti.

Kedua - ada banyak benda nak dicerita kan tapi tak jadi cerita. Mungkin ia lebih enak kalau dirahsiakan? Atau dikala usia meningkat, kita kurang luahkan apa yang nak kita luahkan sebab khuatir apa orang fikir *eh kau ni kaki meroyan je tak habis habis*. Jadi kalau dulu, hidup penuh dengan kehidupan sebab setiap hari ada cerita nya. Sekarang juga begitu tapi lebih melihat kehidupan dengan persepsi yang bebeza. Macam kau dah drive jauh giler nak gi makan ayam kampung sebab kau bawak kawan kawan reccomend baik punya. Last last tutup! Pastu terus rasa nak naik jadi hantu tapi fikir balik, ok lah rezeki takda kali ni. Nampak tak? Sama jugak orang suka kita atau tak suka, kita take it as ok dah tak suka, nak buat camana. Takkan kit nak terhegih hegih kan...mai lah kita makan cendol lagi bagus.

Ketiga - saya tak da laptop nak tulis*alasan*. Habis yang kau update ni pakai asap ke? Tak lah saya pinjam Imac si pinoy altamirano. Kalau pakai ipad tu, cam shiyal la asyik typo pastu tengah karang best best poppppp hilang jadah dia back! Tak ke kau rasa nak buat ipad tu jadi cutting board sayur kau

Keempat - Saya nak cerita pasal apa yang saya buat sekarang tapi saya rasa macam malu plak. Dulu tak kau malu tepek gambar semua kan? Hahahahaha tahu takpa. saya suka cakap tunggu lah dah sampai hari yang sesuai, akan di kabor jugak.

Kelima -  ada orang nak spray asal denggi. Tadi dah announce suruh buka pintu, tapi aku wat bodo. Pastu diaorg tahu rumah kitaorg ni suka bertapa dalam rumah. 

Sampai jumpa lagi...semoga hari anda baik setiap hari