Friday, July 29, 2016

Beruang Polar

Dia kawan lama saya, kawan blogging juga dan kawan alam maya. Pernah lah jumpa dua tiga kali sampai lah bulan puasa baru baru ni. Kitaorg baru tahu yang, kami ni berjiran. Maka penuh lah dengan acara acara melepak post-terawikh. Seawal kenalan, dia seorang yang pendiam tak banyak cakap. Tapi kali ni perangai nya berbeda.

Dia seorang yang sangat suka bercakap sampai eh aku yang cakap banyak ni pun terdiam*hahaha*.

Sebab biasanya kalau saya bercakap, orang tu diam. Dan bila giliran dia bercakap saya diam. Ni tak kau....the stage is mine katanya.

Dan dari kenal biasa biasa, maka bila dah selalu lepak maka kita kenal lah perangai masing masing lebih lanjut. Katanya dia 'bipolar'. Saya dengar je lah sebab saya tak faham. Maka dia mula lah explain dari apa yang dia faham dan tahu.

Sungguh saya pernah dengar perkataan 'bipolar' tapi tak pernah ambik pot pun sebab apa, punca dan cara mengatasinya. Kata kunci bipolar pun saya tak faham sebenornya. Jadi kita diam je lah kan.

Tapi dari explaination dia, seram plak aku. Biasalah bila kita takda pengetahuan yang meluas, kita mudah takut dengan apa yang kita tak tahu.  Jadi saya cuba membaca melalui doktor gugel. Ye lah mana lagi nak refer kan, mungkin perlu saya ke kedai buku agar lebih faham...tapi biasalah sembang je lebih. Sampai kedai buku, majalah jugak yang kau cari.

Saya mendengar cerita dia dengan penuh teliti sebab saya tak tahu nak menyampuk bahagian mana. Dia banyak komplen tentang kerjaya baru nya. Kerja dan jawatan nya bukan alang alang yer. Jawatan dan bergaji besar dan sekarang sedang menyambung pelajaran ke lebih tertinggi. Katanya dia sudah siapkan surat dari doktor kalau dia rasa tak boleh pergi dia nak berhenti dengan alasan beruang polar nya itu. Bagi saya, dia tak biasa dan cuba mengadaptasi keadaan dan tekanan kerja baru. Biasalah aku pun stress jugak dengan dunia kerja baru sebab banyak yang kita tak tahu dan perlu belajar. Bertabahlah.

Dalam pada kitaorg selalu ber'teh tarik' yang lebih kepada sesi luahan dia, tetiba satu hari yang tenang tu topik perbualan telah menjerumus saya kepada analisis dia. Katanya aku pun ada jugak beruang polar. Saya tidak menyedarinya dan dia boleh melihat di atas percakapan saya tadi. Katanya aku ni suka bercakap sorang. Iyer sebab mulut saya bergerak kes ingatkan drill dan procedure masa terbang. Ada 13 emergency drill yang saya kena ingat. Its a practice masa drive or masa rilex, saya keep recite it sebab nya ia memudahkan saya mengingati dikala kecemasan.

Now aku naik takut plak lepas dia suka suki diagnoss aku. Tapi saya tenang je la walaupun dalam hati kau ni aku lempang jugak.

Ok itu je nak bagitahu.


Kalau anda rasa tak kena sila sila berjumpa doktor. Mana kita tahu mungkin kita semua ada sisi sisi beruang polar.

No comments: