Tuesday, February 9, 2016

#Temuluga

Temuluga ialah singkatan dari Temuduga + Luga. Luga pula ialah perassan nak muntah-muntah tapi tak muntah jugak atau bahasa keyll is loya.

Hari ni saya tolong department saya buat interview, mencari pekerja baru yang boleh dedikasi dan bertenaga dalam membantu menaikkan lagi syarikat agar orang kenal singa lut pun mampu terebang. Sebenarnya nak ganti post saya. Jadi kenalan dan kawan kawan yang berminat disaring untuk di temuduga.

Boss saya lebih focus kepada orang yang berpelajaran dan berkelulusan tinggi. Saya dan exec saya pun tengok jugak kelulusan, tapi lebih kepada kemahiran dan pengalaman kerja. Kalau segar dari ladang pun ok sajork, as long as penilaian tu datang dari macam mana orang tu jual diri masa di temu nanti.Pandai pandailah korang goreng ye dok?

Disebabkan peluang pekerjaan ini, takda lah disurat kabor. Jadi hanya disebarkan pada kawan atas kawan. Adalah dalam 2-3 orang datang untuk mencuba nasib. Salah satu nya ialah ibu beranak satu yang duduk nya di kg. menteri KJ kita, tiada kelulusan yang elok. Cakap omputih pun hader-hader saja. Sorang lagi pulak, berkelulusan tinggi serta berpengalaman banyak dan pernah berjawatan tinggi.

Disebabkan boss saya sibuk orangnya, maka mereka yang datang ni terpaksalah menunggu lebih lama dari apa yang mereka sangkakan. Maka kami pun meminta maaf sebab memang lama, baru boss aku dah ready, dia kena call up plak ada meeting apa ntah. Jadi tunggu punya tunggu lah. Saya pesan kalau lapar pergi lah makan dulu, nanti saya call. Both of them masa kitaorang mintak maaf bagi jawapan yang berbeza.

Cut it short, both of them were interviewed by us. Its a separate interview dan masing masing ceritalah apa yang diaorang nak ceritakan. About life, work, salary or expectation. And kitaorang pun bagitahu jugak, yang jenis kerja dan expectation serta apa yang akan dibuat sekiranya dipilih termasuklah kerja lebih masa.

Antara dua ni, ada jauh beza dari semua pihak. Sorang humble mungkin sebab dia pemalu dan rasa dirinya tak berepa pandai. Sorang lagi all out, ala ala the stage is mine. But we come into conclusion.

Dua dua tak dapat

Sebab yang ibu beranak satu, duduknya jauh. Tak mungkin kita kejam nak pisahkan dia dan anak dia semata mata untuk kerja di KL ni. Dengan doa semoga rezeki dia murah dan dapat kerja dekat dekat dengan rumah dia. Dia tak pandai dari kelulusan tapi melihat dia ada potensi mungkin bukan jabatan kitaorg, tapi jabatan lain. Permohonan dia di hantar pada jabatan lain, yang sesuai dengan pengalaman dia.

Yang berkelulusan tinggi ini pun tak dapat. Bukan disebabkan dia tidak ada pengalaman atau CV yang bombastik. Attitude kau diva sangat. Mungkin kami salah sangka and trying to be fair dan menilai dari temuduga itu. Sayang tiada feeling yang kau ialah seorang yang nice in person. Sebabnya masa kami mintak maaf disebabkan dia kene mengunggu lama, minah ni boleh jawab " aah takpa takpa, tu lah dah boleh balik Kelantan dah tunggu ni" to show begitu lama dia kena tunggu. 

Ella rasa? Saya ingat nak lahar balik masa dia cakap macam tu, tapi kami senyum semanis mungkin sebab dari first impression you killed it instead of nailed it. So you have a big X from me at the moment you open up your mouth.

Exec:" Mu rasa camana man dengan perempuan yang pandai tu...ok kan...macam boleh buat kerja je".

CL:" Kelulusan kebabommm tapi mulut Longkang.....NO from me"*feeling tekan butang X*


Ingat dik, kalau nak gi temuluga mulut pun kena manis dan sabar, bukan muka je chantueq tapi haram. Anyway gigi minah pun tak cantik!

No comments: