Wednesday, March 9, 2016

#tukangtilik

Baru ni balik dari balik selepas berjumpa dengan Semut. Tapi saya balik ke utara, dia plak ke seletan. Kira pulau tu transit point kitaorg bertemu lah*so called*. Masa dalam kapal, tengah dok layan cerita Bollywood bertajuk PK, si Tuan Haji Amir Khan yang berlakon. Hebat mamat tu kan dari zaman muda sampai la ni. Body dia mantop doe walaupun dah 40++. Giler ah idola sangat rasa..eh..melalut plak. Pastu kan tetiba ada seorang pemuda menegur saya dan bertanyakan macam mana procerss nak masuk KL. First timer katanya. Saya kata boleh saya explain kan. Takda masalah. Tapi dia tanya lagi, dia nak tukar seat ke belakang, iaitu sama seat dengan saya.

OK lah..silah

Tapi kan dalam hati saya, saya tiba tiba rasa kurang selesa. Mungkin kerana dia invade space sebab nak duduk sebelah saya, atau pun sebab dia tengah kacau aku seronok layan muvie. Padahal bagi saya dia boleh je tanya dari seat dia tu. Depan aku je kot*ok berprasangka buruk*

Kitaorang pun berborak lah pasal apa nak buat nanti dekat airport, saya explain lah dari immigrasi ke ambik bag sampai terus ke ERL. Katanya dia nak ke Bukit Bintang, datang melawat dan juga jemputan dari sebuah restoran. "Oh mas ni chef ke?" "Bukan bang...saya seorang pembaca tarrot kad".  Nak nak lagi katanya dia boleh tilik nasib dan baca kad. Lagi lah aku macam 'okkkkkkkkk apakah?' lagi bertambah seram aku. Dia dijemput oleh restaurant ni untuk membaca kad tarrot dan duduk kat KL selama 2 minggu.

Dalam dok bersembang-sembang dia pun mula sentuh-sentuh pasal character aku, suka menyendiri, berwaspada dengan orang yang tak kenal dan yang penting katanya Garang*krik krik krik*. Adalah jugak dia nasihat katanya, manusia tu biasalah ada yang baik dan ada yang tak elok. Yang penting positive. OK aku dengar je.

Pastu dalam sembang dia dah usha tapak tangan kiri aku dan mintak nak membacanya. Ok yang ni memang garik, sebab dalam takut tetap la akunak tahu what holds you in future kan. Dah orang nak tilik.

Dari tilikan dia, diberitahu apa perancangan aku tahun ni*cisss betul plak tu*, pastu awek mana suka aku dan siapa yang tak suka aku. Semua ni siap datang dengan character dan apa orang ni suka pakai. WOW saya ada peminat ke. Tersenyum kejap pokcik. Anyway salah sorang yang dia bagitahu saya agak-agak dan tahu siapa. Tapi takkan lah saya nak perasan orang suka kat kita berdasarkan layanan dia kat kita. Ya dia memang comel dan suwit, tapi saya tak layan*ops*. Sebab saya tahu dia akan serious dan saya ni nak main main je test market*eh bajet hot nya kau*. Tak sempat aku tanya katanya lagi 'abang sudah rugi, kerna abang tidak menghormati (melayan) dia. Yang sorang lagi saya tak dapat figure siapa dia, mostly semua colleagues saya. Ye lah kita layan semua orang sama rata, tak tahu lah plak ada yang menaruh hati. Dan bercakap mengenai orang yang tak suka saya tu, katanya jauh kan diri. Saya boleh agak, tapi tak baik lah plak berburuk sangka dan menuduh. Kan tak pasal jadi fitnah plak. So siapa yang tak suka,kita bior jelah selagi tak effect kita yer dok?

Katanya lagi saya patut dah kahwin, dan kalau saya dah kahwin everything is fall into the right place. WOW lagi. Siap dia predict masa depan aku, kemana dan buat apa dan yang penting katanya aku akan KAHWIN jugak nanti. Saya senyum dan cakap...aminnnnnn. part paling best, 'ibu mu sebenarnya mahu menjodohkan kamu tetapi dia menghormati pilihan abang'. Ewah ewah...dah boleh jadi script drama slot akasial 'menantuku pilihanku'

Dia cakap ' ya semua ni dengan kehendak Tuhan, saya cuma menyampaikan"*macam tahu plak aku cakap dalam hati semua benda ni......Khurafat!!* hahahaha.

Despite all the cerita, tilikan dan sembang sembang dalam kapal tu tetap tak dapat membuang perasaan kurang selesa saya pada dia. Tak tahu kenapa. Sebelum saya tahu dia tukang tilik lagi, saya rasa kureng. Tapi diam je lah kan. Yang saya tahu, walaupun kita selalu disapa oleh stranger untuk bertanyakan sesuatu, kita akan cuba jawab soalan atau bagi pertolongan tapi perasaan kurang selesa tu takda. Tapi yang ni rasa semacam.

Ok mungkin dia friendly*saya cuba berprasangka baik*, tapi tak tahu lah. Disebabkan masa mula mula tadi saya rasa kesian, saya bagi lah no phone. Cakap kat dia kalau sesat kat KL ke bagitahu lah. Nanti saya tolong apa yang patut. Takda niat yang lain,

Tapi kau tahu tak.

Once dia dapat no KL, tup tup konsep mari bermessage plak dengan aku. Orang tak sampai rumah lagi dia dok message. Takpalah. Pastu malamnya call plak, nak ajak bersembang. Tapi sorry la HARAM la aku nak jawab kan. Now aku rasa rimas!!

Tak cukup whatsapp, sms, tak cukup whatsapp call, pastu call biasa. Eh kau dah kenapa ni????

Now aku rimas

Like what aku avoid mesti akan datang. Meaning orang macam ni lah, dalam kita nak tolong, dia boleh plak over. Zaman zaman orang over friendly macam minah lepu yang sempit ni dah lama aku avoid, now ada plak version 2016.

Anyway aku tak jawab all message dari dai sampai sekarang.....rasanya terlalu spooky

No comments: