Wednesday, July 16, 2014

So close yet too far

A lot of frustration going on and on half of this year but what I forget is to count the blessing what He had give it to me. Non stop! One after another.

I don't want to stress for no reason, the consequences are bad....very bad. Thanks to Esah and Piah who keep listening to my frustration.

Work wise I enjoy what I have right now.....I've get very well with the rest. I don't care who has crew attitude or not. Maybe less please, thank you and all the magic words, but I think that what you should expect. Different grass, different Jiminy Cricket kan? Somehow I enjoy mengular and watch all the big birds. It's enjoyable. So close yet too far.

But I can't be someone else, CL is CL ya Piah. When it comes to something not right, I changed the melody so it's not sounds so hard but the strength is there...what to do if you looking for it. You deserved it. Don't get me with the attitude 'I don't know and I don't want to make an effort to do or try at least'. That's the most annoying thing.
satu lagi......

Selamat berpuasa 

let's see when I rajin to update lagi tata people

Saturday, May 17, 2014

Parking kau senget?

As everyone knows, Nica and me living together at our beautiful country home*petirrrrrr*. Even though its a country home, but our lot is more to the apartment at NYC*korang faham kan cerita aku?*. We are entitle only one car park and for sure Nica park his car there. And me, I used to park mana mana yang kosong. Since the security as tight as airport, maka ada lah kalanya saya tak dibenarkan masuk. Jadi parking lah Ferari saya di luar halaman asmara.

Demi keselamatan sejagat, maka saya memikirkan idea untuk parking Ferari dengan cara yang betul. Iaitu tak nak lah main masuk je, I need to get the sticker as well as the gate card.

What I've observed there's one La-Isla College around our home and I saw many foreign students too sebab nya our neighbour was from Iman Collins's country. Dalam ramai ramai foreign student ni, saya approcah la sorang  Ahli Surau ni, tinggi orang nya dan sentiasa menegur sapa saya. Saya menyampaikan hajat saya untuk parking di tempat letak kereta unit dia. Katanya takpalah saya bagi awak free kerana Allah.

Murah rezeki kau brother

Tapi saya bukan macam itu, saya pernah jadi student dan saya tahu pertolongan mahupun imbuhan walaupun kecil memberi impak yang besar. Nothing free in this world dan saya tak suka ambik kesempatan atas orang. We both help each other. Maka saya buat perjanjian, saya bayar bulanan...tak banyak tapi dah cukup nak bayar bill air dan api. Dan dia bersetuju. Cuma jodoh kami tak lama...Ahli Surau tamat belajar dan saya terkontang kanting cari parking lagi. Walaupun masa saya kerja dengan Redha Airlines dan tinggal kereta kat situ semasa saya berada di negara Piah, bayaran tetap saya selesai kan.

Current situation setelah Ahli Surau tiada, saya terlihat lah sekumpulan gadis muda yang saya kelihatan membimbing bag, dan saya pasti dengan deal yang sama mereka pasti bersetuju. Maka dapatlah saya parking slot yang seterusnya dari rumah ini tapi saya telah deal dengan seorang Cik Adik ni. Saya tetap bahasakan dia CikH walaupun kira dia tu pangkat adik, 

We have a good deal but i need to wait until they move to a new unit. Tunggulah saya denagn penuh kesabaran sampailah dia message dan bagitahu pelekat kereta dan kad pagar telah pun tersedia. Maka ambiklah saya kad itu dan mula lah sesi parking di lot baru.

Tak lama pun, baru bulan lepas saya start parking tu pun mid month.

Semalam dimalam yang hening, saya dapat mesej dari no yang tak dikenali mengatakan 

"Saya dari unit sekian sekian,ingin meminta awak membayar duit parking sebanyak *** dengan kadar segera".

Kau rasa aku angin tak? Sebab ni confirm hosmate CikH. Panas terus aku call, tapi cam biasa tak berani nak angkat. Kenapa takut plak Ustazah? Sangat takda adap, sedangkan Ahli Surau tak pernah mesej saya walaupun dia tahu rumah saya dimana, cukup masa saya bayar. Kalau lambat, saya bagi notis. Saya tenangkan diri sebab consequences reply dengan hati yang membara bakal menimbul bahana dan aku punya temperature semalam lebih dari 100 darjah C! Bila ditanya siapa no ni dan jelaskan bayaran yang saya patut selesaikan...dia siap tanya lah. "eh berapa awak bayar CikH?"

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kau dah kenapa Ustazah?????

Bengang saya terus mesej CikH dan jelaskan tarikh dan waktu untuk saya bayar. Dan dekat Ustazah tu juga saya bagitahu yang saya deal dengan CikH, maka dgn CikH la saya bayar. Nak tahu berapa bayaran dan segalanya sila refer pada hosmate kau..tapi saya tetaplah mesej elok elok.

The next day, I called CikH dan kami berjumpa. Kesian dia termengah mengah balik sekolah sebab saya nak bayar sendiri dengan dia. Lepas settle kan bayaran, saya tingglkan pesanan untuk kawan dia si Ustazah tu 

"Mintak tolong CikH pesan kat kawan. Lain kali kalau nak bagi reminder, bagi lah elok elok...jangan Biadap mesej saya macam saya tak bayar parking 5 bulan. Anything saya deal dengan CikH ya Thank you"*tersentak makcik ni sampai terjegil mata dia*

Terus dia mintak maaf sebab dia tak tahu apa yang berlaku dan bagi saya ini adalah pengajaran untuk Ustazah tu.


Moral of this immoral story: Kalau bukan kau yang deal sebelum ni dan tak tahu hujung pangkal, Sila check dengan orang yang deal tu dulu. Baru boleh mesej, dan sekali pun nak kutip hutang (I know the feeling of orang tak bayar hutang) mintak la elok elok, unless dah cakap elok elok si pemiutang tu kurang ajar. Memang patut la kau bara

In my case, it's not due yet...I'll pay for what I rent

Thursday, May 15, 2014

Le petit Kate Moss

Baru baru ni saya buat perangai, ya saya akui perangai saya membuak buak tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Saya tak salah kan dia atau pun orang lain. Tiada pengaruh luar. Ini semua diri saya.

Tak tahu lah kalau orang kata mid life crisis, saya tak percaya or in denial. Ye ke? Apa mid life crisis tu? Kejap nak google.

Anyhow tanpa pengetahuan dia, saya keluar dating dengan orang lain. Kita kenali dia sebagai Kate Moss berdasarkan size nya. Oh wow sangat jauh dari apa yang saya selalu cari suatu ketika dulu, tinggi. Adakah citarasa kita berubah bila umur pun meningkat naik? Baseline dia kiranya saya curang, main kayu 10 dan mencari penyakit. Kawan saya kata biasalah kehidupan kita ni, sedangkan yang ada laki anak pun tetap boleh jatuh cinta kat suami orang siap rela jadi bini no 2 kan Esah kan?. Ini kan pula saya yang hanya bercinta berdasar kan skype dan whatapps.

Adakah saya buat ni persiapan untuk apa yang bakal berlaku nanti? Saya tak tahu! Kami takda masalah teruk selain duduk jauh. Tidak juga mengamalkan gaya hidup terbuka sebab saya tahu dia macam mana. Gaduh itu biasa, dan setiap 3 bulan saya akan pergi jumpa dia. Jauh tapi takpa puas dapat jumpa dan bersama.

Kenapa saya keluar dating?

Dating je kot~ kata KB KB saya.

Kenapa nak ambik serious kalau stakat flirting dan dating. Combo sangat. Sebab nya saya rasa seronok, walaupun seketika dan ianya satu yang tak pasti. Budak *ops* tu nampak serious, tapi aku rilex saja, sebab apa yang dia cari dan apa yang saya mahu kan is a two different things. Kami keluar 2-3 kali, kali pertama jumpa dah ngam*sial tak ayat aku?*, banyak benda nak disembang kan...just macam aku dan Semut. Takda nak segan-segan atau awkward dan berlanjutan sampai gaduh gaduh on the day it self. Sempat tengok wayang (bukan buat wayang yer! Awas!) dan masing masing feeling sudah lebih.

Flora cinta nya hati kau!

That was the first, and what about the second time we went out? It turns to dah habis dah semua flora-flora tadi. Yang tinggal perangai real masing masing yang sarcastic, keji, buruk dan semua nya. You see?Tapi tetap dalam buruk orang tu, kalau kita suka kita terima je kan*ada hati ni!* And it reminds me back when I was young. Dia adalah ditempat saya, dan saya adalah di tempat makhluk makhluk yang hanya keluar untuk bersuka sahaja. Oh memang macam ni ke nasib orang muda.

Ya...mengingatkan saya dengan Roma, Tasik Leman, Athina dan Sol.And please Makaji Esah, yang HSK tak include ok sebab dia seorang yang keji secara batin nya. Mereka pernah hadir dalam hidup saya, mewarnai CV kehidupan saya yang penuh dengan keseronokan ketika itu. Siapa yang hadir bersama blog lama pasti tahu semua ni. Dan keseronokan itu juga membawa kepada kesedihan kerana ditinggalkan kerana apa yang dicari dan dimahukan tidak seiringan sama sekali.

Apa sudut positive dari dating yang tak tentu hala ni, ya saya suka dia*tipu lah kan tak da perasaan* sebab ada keyakinan diri, work oriented dan berdikari....sungguh sama seperti aku masa lalu. Tapi bias nya orang yang saya sayang sekarang punyai segala-gala nya. Dari susah,senang, sedih dan gembira semua dah dilalui. Masakan kita boleh 'jentik' orang yang jatuh dan bangun dengan kita macam tu saja. Dia bukan tahi idung yang kita korek korek kesedapan nya pastu gentel menjadi bentuk yang baik dan jentik. NO!

Sesiapa yang dah mempunyai segalanya, hanya kerana pangkat, harta mahupun kasih sayang kurang yang menjadi penyebab untuk kita tinggalkan yang ada. Fikir lah 1000 kali sebelum menyesal. Keseronokan itu semua hanyalah ibarat angin di permukaan saja, sepoi sepoi bahasa. Angin di atas sana kita tak tahu betapa kuat dan laju nya.

Nothing to decide...but comparing the Kate Moss dan Semut. I choose Semut.

Kate Moss, Saya hanya keluar dengan kamu untuk mengisi masa lapang saya yang bosan. More to companionship but not in a serious relationship. By saying this, yes I admit I am in position to those who had date with me before. I like you and hate you after.

Mungkin KM akan merasa yang sapa...welcome to the real life.

Wednesday, February 12, 2014

Mee Udang punca nya

Ini cerita past tense, macam orang dah habis tengok citer top kat TV. Nanti adalah orang tu baru nak tengok. Oh tidak, saya tak nak jadi seperti Esah dan Piah walaupun sorang feeling Ogy, sorang lagi feeling Bibiyana, mereka sebenarnya berebut nak jadi Arianna Rosemary.

Semasa RA sibuk nak berangkat ke padang pasir, saya time tu dah ada di pulau mutiara. Sebabnya gi apply kerja baru. Saya pergi sorang sorang dengan scrambler sebab senang nak feeling jadi Ali Setan duduk menung atas batu.

Instead of terus ke pulau dan check in, saya dengan gembira pecut ke kaw yang jual Mee Udang. Alah yang timbang kilo tu. Giler undang saja besar gegor, pakcik tamak sebab no need too offer makanan pada sesiapa (kan aku gi sorang sorang), jadi fokus hanya pada kedai tu dan ketika itu semua penduduk di kaw tu macam hilang dibawa angin je sebab mata aku nampak udang je.

Tengah sibuk lengang tak kangkung tiba tiba ada orang panggil.... "Akim...Akim".

Aku kah? Siapakah? Tapi saya feeling tengah bawak strolley beg jalan kat airport Frankfurt, maka bahasa tubuh kena "gong" walaupun non hado. Somehow makin lama makin kuat plak panggilan tu. Dia tekan PA All ke buat announcement.

"Akim.... Sombong nya orang teriak tak pandang"*suara nya makin dekat*

Saya rasa tak sedap hati, sebab suara tu amat dikenali. Sangat jelas kali ini dan hanya ada sorang je kat utara sana panggil aku akim. Kalau mokcik aku yang duduk sana mesti ada sabdu G kat belakang akim tu.

Ya aku menoleh dan buat buat terkejut melihat tukang teriak tu tak lain tak bukan ialah kekasih lama ku.

Ayooooooooooooooooooooooooooo camana aku boleh lupa kau kerja kat situ. Bukan ke dia kerja kat kaw kampung dia ke. Sambil sengih sengih sebab dah tak tahu nak lari yang mana, perut pun dah keroncong nostradamus maka saya pun berjalan menuju ke arah dia.

Maka dalam malu segan, saya offer lah dia makan sekali dengan selamber. Ye lah dah aku lapar, nak tunggu kau beram tak tahu plak bila. Dan makan lah kami berdua sambil dua dua ekor dok sengih kalah emoji sengih.  Juga selain mengemaskini info terbaru tentang diri masing masing, pasal kerja, kami juga telah menyelak helaian cerita lama yang bila kau ingat balik zaman kau tak sedar diri tu kan. Adusssssssss......malu ada, bodoh berbakul bakul dan rasa nak terjun jambatan pun ada.

Flashback

We were both broke up through phone, perang besar uols. Malam tu nak ke Hong Kong, beg dah siap pack, so cam biasa kena buat panggilan pulau. Dari cakap elok elok bertukar perang yang menyebabkan kata putus orang tu ialah Putus! Dah lah putus, pastu aku tengah angin dia buat bodoh dan lempar Hp dia jauh jauh. Ok fine! Better bersiap nak ke HKG dari dok sakit hati, nanti sampai je terus gi clubbing kat Tsim Sha Shui*sedih konon tapi boleh plak kau terenjat renjat macam monyet nanti*

Tapi saya sedih wak, malam tu kerja galley saya tak bitchy. Siapa sepahkan galley, saya ok je. The rest I don't talk with anyone sebab sedih sangat (ni dah habis nangis before pick up). Diam je, muka yang sedia ada panjang makin panjang. Tapi dalam sedih saya tetap focus dan tip top kata Ketua Pramugari saya yang telah buat assesment terhadap kerja saya. Dan sedih tu jugak membuatkan saya tekad takkan jumpa dia lagi, kalu la jumpa pun lepas 10 tahun.

Ya saya cakap kat 10 tahun, sebab pas 2-3 bulan dia contact aku lagi. Kenapa lama sangat time gap, so time tu korang tak ada lah feeling nak bersatu kembali, mesti masing masing ada haluan sendiri.

Back to the mee udang tadi.

Dia cakap dia nak belanja saya! Ok lah lagi banyak udang aku ambik kan. Niat memang nak pau!*setan sungguh*. Saya maintain makan laju (dia cakap) dan few things yang dia ingatkan sama seperti dia ingatkan time kitaorang makan bersama dulu. Camana kau boleh ingat ah? Aku dah tak ingat langsung ni. 

Pas makan, dia pelawa saya melawat klinik dan rumah dia. Saya yang suka refuse ni, tolak dengan elok, tapi dia ajak jugak. Maka mari lah kita lihat kejayaan orang sebagai sumber inspirasi kita. Dah alang alang dalam klinik kan, aku pun ambik kesempatan lagi yer (dasar setan sungguh!). Saya suruh dia buat normal check up dan apa product kecantikan yang dia promote saya cakap sila bagi free*OPS!*. Dulu saya lah tikus lab dia nak practise check tekanan darah dan kandungan gula. Kan time tu dia tengah belajar lagi, dan saya ingat waktu ward round, lokam, study dan makanan kat hostel dia yang tak best. Kemaruk nya bercinta orang sekeliling dah tak pandang. Mesti ada orang meluat kat kami kan??

Wakakakakakakaka 

At the end, saya gembira walaupun ada 4 tahun lagi nak cukup kan 10tahun tu, jumpa kali ni yang tak rancang boleh mengoncangkan iman juga sebenarnya. Tapi haluan sudah masing-masing tentukan, maka cukuplah kita kenang je. Tak payahlah nak runtuhkan rumah tangga orang yang sedia ada bahagia tu. Takda apa yang kau dapat walaupun kenangan lalu sungguh indah.

Alamak lupa kejap aku ada Semut

p/s: Puas dapat tengok muka dia