Friday, February 22, 2013

A positive movement

I'm lately talked about people kan? So small minded,like some of us post in twitter or pesbuk. Remember, great minded talk ideas, med minded talk events and me? The answer is upstars*please climb ya*.

But this one is a good entry to write. Since rajin ni kan, i updatelah, lagipun bila baca comment2 dari prev entry. Membuatkan saya kembali rajin nak membebel dalam ni. To those yang datang menjenguk, singgah ...welcome back. Blog lama ada lagi, tapi saja saya tukar link. Nanti lah tunggu masa yang sesuai kita link kan balik.. I am a busy man now and lately with Armando's issue (you can refer to the flight ops in next page). Tu later lah story ,that boy made everyone blood using elevator*climbing with staircase so slow lah*. For Kasih, nak citer pasal Semut? Awak nak kasi saya rindu sama dia kah?hehe

So let's talk about people since I'm a small minded

Somehow one of my ABD*Adik Beradik Doha*, the old readers must remember her and the rest of my ABD. She was in another stage of life, meaning those were the days...kami lah semua ni ting tong group. Ting tong disini bermaksud cucuk langit,so called glamour sana sini*poyolah kau perasan* and macam macam lagi. And recently she wasc drastically changed. Meaning her behavior and appearance. Ok saya terkujat sebab tak sangka dia dah berubah kearah kebaikan. Dia dah tinggal semua yang lagha, yang tak betul dan sangat tenang serta sentiasa memuji kebesaran dan keesaan tuhan. Kata orang appearance semua orang boleh buat, tapi perbuatan dia tu yang menampakkan kesungguhan dia.

As AB, saya pun jadilah makjemah kejap..ye lah tiba-tiba kakak kau bertutup litup dan sangat memenuhi suruhan agama, saya happy dengan perubahan dia. Cuma apa yang dikhuatiri jika dia terlalu taksub. Katanyaaaaaaa...katanyaaaaaaa lah saya ni lebih tahu dari dia bab-bab ilmu agama,sedang kan bagi saya tak lah tahu setaraf ahli ilmuan.

Mentang-mentanglah saya orang ganu....terus kena chop alim*duduk antara dua sujud kejap*

She was disappeared for a quite sometimes, yang mana orang messege,sms,whatapps,fb semua,ah tak dibalas. Bila AB tak balas, adalah dikhuatiri dia ni sentap kat kita ke. Mana lah tahu. Jadi bila dah jumpa depan mata,tanya lah kita apa yang terdetik membuatkan dia betul-betul berubah. Ni berubah cam Kak Noor kita.

Kami dah cakap dalam skype, lama jugak lah dalam sejam setengah. Kebetulan dia bercuti balik malaya. Dia call ajak jumpa, saya ON..memang nak jumpa.

Bila kita tahu kawan kita berubah, kita cubalah hormati pendirian dia. Makna no more jumpa peluk cium tempuk tampar segala. Saya kekok sebab sungguh tak biasa, takut nanti melukakan hati dia. 



Kiri masa berjalan ke starbak*cantikkan saya Kak Sham?* feeling-feeling retis dan bila nampak dia sampai kaki pun tutup terus aku *BLINGGGGGG* tukar jadi Kanan. Letak tangan kat dada..."Assalamualaikum"...ok rasa nak menangis pun ada.

Sebabnya orang dah berubah, AKU NI TATAW BILA!!*betulakn kopiah kejap*.

Penceritaan dia penuh dengan nama Allah. Macam mana dia berubah, apa yang membuatkan dia tergerak hati. Nampak lebih tenang dan mulutnya sentiasa berzikir. Kami bersembang-sembang mengenai dirinya. Dia pun nampak gemar bercerita tentang apa yang berlaku. Bagus...sangat bagus. Namun setiap apa yang diucapkan,dilakukan terbatas sebab dia takut kan balasan yang akan menimpa dia. Saya cakap,ada yang perlu dijaga tapi tidak perlulah sentiasa terjaga-jaga sebab Islam itu kan memudahkan. Detik perubahan dia berdasarkan satu benda yang sangat magic untuk diterima akal. Aku lah plak,orang dah cerita kita tak nak percaya. Malah dok diasak lagi, kenapa...mengapa. Sungguh complicated mendengarnya.

Tak cukup starbucks, kitaorang continue pulak lepas maghrib dikedai makan. Hah kali ni bukan saja penceritaan dia, malah kesedihan yang dia lalui.

Dia dibaratkan seperti anak yang cuba menyampaikan berita benar pada ibu bapa,tapi sayang nya kita akan mengatakan cerita dia tipu. Sampai satu tahap,aku rasa dia ni tak betul....ala-ala hising. Tapi tak baik kan? Sebab kita tak berada ditempat dia, penceritaan dia penuh dengan ketakutan seperti ada orang yang mengekori perbuatan dia. Sampai kitaorang bergaduh kejap dan dia terus burst aku. Muka dia macam nak menangis disebabkan aku tak faham-faham cerita dia.

Katanya kawan dan ABD dia tak pernah faham keadaan dia. Dari dulu sampai sekarang. Sebab apa dia kata gitu, sebab aku lah kata "kau dari dulu mesti ada mystique". POMMMMMMMMMM dia meletup.

Aku dan yang lain disalah ertikan mengata dia weird. Oh well sungguh tak bermaksud, tapi diikutkan memang dia mystique, ok mungkin penggunaan ayat saya tak betul. Maksudnya sometimes penceritaan dia ada sedikit mystique. Siapa suka orang cakap macam tu kan, terus dia defensive. Dah lah aku tak faham cerita dia, lagi nak bakar dia. Very not a good listener.

Akhirnya setelah berhempas pulas saya faham cerita yang membuatkan dia berubah, ada dua perkara selain dari cerita mystique dia, ada juga bahan bukti gambar batu berdiri. Yes batu batu kecil berdiri ditepi air terjun. Sungguh aku tak tipu! Dia tunjuk! Sampaikan dia berjaga-jaga untuk berkata takut nak cakap, takut nanti terkena kat kawan dia yang bangang ni.

Ada kala saya rasa macam dia tak berapa betul, sebab akal saya tak terima cerita dia. Tapi ada masa, mungkin benar apa yang diperkatakan, dilalui sebab kita tak nampak dan tak kena kat kita sendiri. Adakala jugak dia takut bersuara bila kawan-kawan tanya kenapa dia berubah, dia takut cerita dia tu seolah-olah menunjukkan dia cuba nak 'tazkirah' sedangkan dia cuba sampaikan apa yang ditanya. Ye lah baru berubah sikit dah mula nak cakap pasal-pasal agama. Saya faham perasaan dia dan dapat rasakan kesedihan dia.

Mungkin dulu walaupun kita rapat dan selalu berhuha-huha tapi aku tak pernah nak tanya atau mendalami masalah dia. Lagi pun dia selalu menyindiri, tak nak keluar, tak join, duduk dalam bilik tak keluar-keluar...macamana nak lah aku kenal betul-betul. Sebabnya aku ni kaki bercakap dan suka keluorrrr aje.

Tak baik plak cakap camni, tapi yang penting masa bercakap dengan dia....

Pokcik SERAM!!



4 comments:

kasih said...

jatuh kerusi nama kena petik. hahaha.

dah baca2 ni meremang jugaklah bulu roma. well, sy pon ada kawan yg berubah mcm tu, glad to see her like that. moral values: kena ubah diri jadi lebih baik :)

Shamsiah Abdul Rahman said...

Sebaik dah selesai dinner.
Kut tak berterabur nasik dagang sbb ada org nyebut nama kita..
(ari ni ada org berjual.. terus K.Sham order 2 peket, nak buat tak reti)

Benda2 gini very subjective. As long as berubah dr yg kurang kpd yg lebih baik.. alhamdulillah.

P/s;
Still pd yg tukar arah kpd yg kurang baik, doakan shj la. Mana tau esok lusa dia berubah jadi 100 kali lebih baik dari kita.

Mak Piah said...

sesuatu sangat....

x

captainlukman said...

Kasih-haaaaa taw pun tersedak... Yup seram tapi bagus untuk dia kan?

Kak sham-betul.....mmg saya berada jgk. Petty dia tgh mencari jodoh,kot2 Kak sham kenal sapa..... Meh le kita kenal kan mereke*saya bkn agensi jodoh* hehehe

MP- haaaaaa sik talk Mek Mok madah apa....nya makin baik, Mek makin bujat!!!!hahahaha