Friday, October 25, 2013

Cincin mokcik

Sejak habis ambik orang pergi haji, kali ni tiba lah masa nya orang nak balik. Jangka masa antara pergi balik itu saja sebulan, maknanya sebulan saya tak kerja dan feeling feeling sheikha kat sini. Tapi sebulan itu juga diisi dengan perkara perkara berfaedah seperti bergaul mesra dengan Margarita Piah Estarada & Co.

Meriah raya uols, selain dari Paola Bracho menyamar jadi Paulina dan menghadiri majlis majlis koktial seraya berkenalan dengan mereka mereka yang berkenaan.

gulp.

Ok back to today's story. Dari dalam kapal lagi saya nak bercerita. Hari ni yakni tadi lah (cerita ni tulis lepas kerja) kami satu set or team bekerja buat kali pertama sebelah cuti cuti padang pasir tu. Tu pun setelah 2 hari flight cancel. Kenapa dan mengapa is no comment. We went to Sudan, and the best is I was flying with one of my ABD (adik beradik Doha) which is Yuna*setelah dia berhijrah, namanya di tukar*. 

Boarding as per normal, free seating. Siapa masuk dulu kena ke ekor kapal kalau tak block lah jalan depan. Tapi seperti biasa, sesiapa yang mahu pulang kena negara asal. Excited dia lain macam, nak nak plak orang buat ibadat. Dari penat saya dok cakap "wara haji...wara hajjah"(belakang haji...belakang hajjah). I just stood up by the chair side and greet them. Cakap kebelakang pun tak faham jugak. So ikut korang lah nak duduk mana. Yang saya standby is to arrange their baggage and helping makcik makcik yang tak larat.

Definasi tak larat ialah dengan umur lanjut, makcik masih gigih bawak beg seberat berat alam ya.  Kadang kadang kesian, tapi memikirkan mereka usung dari tempat haji sampai atas kapal, gigih dan larat jugak lah.

Beg sebesar alam takdalah plak ground staff nak tahan dan sumbat dalam cargo. Besar ok tak tahu nak cakap camana. Or else ground staff sini jenis tak kisah dan buat bodoh. In one of those who brought heavy bags. Ada sorang makcik ni ala ala umur Sofea dan cantik pakaian dia, datang dengan Suami dan kawan. Mokcik ni beg dia yg besar tu terletak antara lutut dan kerusi depan. 

Peringatan: kenapa beg perlu di atas tempat penyimpanan barang atau di bawah tempat duduk, ialah kerana untuk tidak menhalang laluan keluar sekiranya berlaku kecemasan. Ni bukan saya atau MP pandai pandai nak buat, tapi jawapan ya kerana itu...menghalang laluan.

Sekiranya ada antara anda yang letak bag depan, tolak sikit dengan kaki ke depan seat.

So this mokcik is very der ver don't listen to me. Saya pun tengok lah mana mana compartment yang ada ruang untuk isi bag dia. Ok jumpa satu compartment.  Saya mintak kebenaran nak ambik beg dia, tapi dia tak nak bagi kata nya takpa. Apa plak takpa mokcik, dua jam pun lama jugak taw. Mokcik tak lenguh ke kaki tersepit. Lepas beberapa kali mintak kebenaran tak jugak dibagi nya seraya berbahasa arab. Mmmmmmmm tak boleh jadi ni.

Cap Helang tak lah emphasise sangat nak dibanding dengan Kambing Gurun which is no bags in between the seats, meaning no bags at all. Kalau tak mampus kau kena panggil balik suruh simpan bag tu. Since kita dah push back, taxiway pun tak jauh dari runaway, kenalah cepat. Maka terjadi perebutan antara saya dan mokcik itu. Tetap ni degil. Last last skali aku angkat je bag tu dan simpan di compartment.

Makcik sudah bising, seolah olah berkata " oh..suka? Mung suka la kan?"self translate katanyaaaaaa*.

Muka makcik berubah, dari nak marah ke muka sayu dan sendu. Saya perhatikan dia membetulkan cincin emas berkepala di jari nya. Ok now aku faham yang masa aku ambik bag dia tu kemungkinan telah tersangkut dan terkena cincin emas itu. Muka dia sedih dan aku rasa bersalah.

Ye lah Beb, orang balik haji. Nak jumpa keluarga, pakai cantik cantik dan gumbira dapat menunaikan ibadat, sampai kapal dapat plak aku yang macam ni.

I is rasa bersalah. Rasa sedih pun ada, mana lah tahu duit tu dia himpun nak beli cincin ke kan? Dah goyang sebab kan aku. Kejap! Tapi kalau cincin mahal emas betul, mampu ke beGOYANG???*ops pekoe mulut*

Saya rasa bersalah dan kurang ajar, tapi apa yang saya buat bukan sengaja. Sungguh rasa kesian plak. Terus saya mintak maaf, dia buat donno yer. Takpalah

Rasa bersalah itu tidak berakhir disitu, sangat bersalah terus aku lari ke galley dan kembali menghulurkan segelas air agar dapat dia tenang kan diri. Senyum maintain tapi yang dia tak tahu....


Kat galley aku minum 3 gelas air.

Okbye

No comments: