Friday, October 18, 2013

Bosan

Dah sebulan lebih saya duduk kat sini, rindu nak balik tu sentiasa ada. Tapi rindu pada si mata biru tak dapat ku tahan lagi. Bercakap terbelah lautan ni memerlukan kesabaran tinggi, sebab tengah kau bercakap, line tiba tiba haprak. Tak ke kau naik hantu, bila putus putus. Pastu masing masing jadi conjuring nak cekik masing masing sebab tengah syiok bercerita ...kaput. Ok sabar.

Apa yang dapat diperhatikan, saya merasakan padang pasir yang terbaru didiami ini walaupun berkat dia kerana mempunyai kota suci. Tapi bagi saya sangatlah membosankan. Sebabnya....

......Susah nak keluar dengan kawan kawan perempuan. Berjalan berdua takut kena tangkap, kan dicekupnya kata kita ni tengah berdating. Walaupun ada sesetangah mall tu masih boleh bermalam berdua, tapi ditakuti jugak kan. Kita nait nak keluar dengan kawan sekerja makan makan ke, buat nak buat maksiat pun. Kalau nak buat, takdalah kat mall tu. Tapi atas dasar menjaga kemungkaran boleh lah di ambil nama nya. Tapi mungkar apa nya kalau jalan pun bukan rapat rapat. Apatah lagi kau nak bertepuk tampar kan? Takkan lah kau ingat semua datang sini yang dah kahwin. Masih  ada yang bujang. Lagi kau nak biarkan diaorang naik taxi dengan taxi driver yang diragui kebaikan nya. Apa kau ingat semua kat sini takda yang jahat? Kalau  aku dah tahu tanah ni tanah suci, penuh dengan peraturan tuhan, takut untuk aku membuat onar.

Tapi disini kau mampu untuk menahan orang termasuk rakyat asing, mungkin kau perlu check statistic rakyat kau yang berpelisiran di Bukiti Bintang atau di Hatyai yang perangai kalah setan kena rejam.

Walaupun saya dah biasa dengan padang pasir, padang takda belalang ni lain pasir nya. Satu ketika saya merasakan selamat kerana kemungkinan orang nak buat jahat tu kurang, disebabkan perlaksanaan hukum tuhan diamalkan. Tapi pada masa yang saya,saya juga bimbang, sekiranya saya difitnah disebabkan keluar dengan perempuan.

Apa yang mampu, dalam berjaga jaga. Saya hanya mampu berdoa dijauhkan semua nya...

Amin

No comments: