Wednesday, April 3, 2013

Rasain

Lama kan saya bertapa? Tak lah lama mana, jawapan klise standard artis 'saya busy'. Korang ingat MP je ke busy?*masuk-masuk terus charut MP*. Anyway saya sibuk melawat kawasan sekarang, nak jugak tengok apa yang patut. Jalan dah di TAR ke, rumah orang kampung yang dah nak roboh baru nak dibaiki ke atau apa-apa saja lah. Yang penting saya sangat berjiwa diri sendiri, masalah korang nanti...pandai-pandai lah tanggung. Siapa suruh undi aku kan? Yang penting, wajib melawat kawsan bila nka dekat pilihanraya saja.

Wah masuk je buka cerita PRU13.

KB saya dari zaman kambing gurun si Ah Ho tanya "mak kau sokong mana?Kali ni kau nak pangkah apa?"

Suka suki je dia tanya...jap sejak bila plak aku kahwin dgn bapak dia ah?. Anyway UNDI  adalah Rahsia walaupun kat FB kengkawan berlawanan parti sibuk skali berkempen. Ada yang kempen tak habis-habis nak upload video. Ada jugak yang jenis konsep-post-share-sukahati-aku-lah-nak-kutuk-sapa. Dan yang tak paling tahan sekali ialah bila mak-mak yang kejap update status anak dia comel pakai baju sekolah siang nya, malam plak berstatuskan 'macai-macai' sambil kutuk segala. Eh kau tak gi ulit laki kau ke malam-malam ni?*ops*

Sungguh tak balance otak kau, aku rasa. So dimanakah Rahsia nya kalau dah terang-terang kau sokong parti tu or parti ni.  

Saya tak pernah mengundi sepanjang hayat saya. Kenapa? Sebabnya saya tak genap 21 bila mengundi start. Nak daftar pun tak boleh kan? Jadi orang sibuk balik kampung mengundi, aku sibuk duk bersengkang perut. Last 5 years plak, saya berada di padang pasir, dan undi luar tak dibenarkan waktu tu. Nak balik mengundi pun roster tak tahu. Bila dah tahu clash plak? Ingatkan boleh lah aku mengundi di Kedutaan Mesia tapi non ado. Dan this year suprisingly saya akan mengundi buat pertama kalinya. Teruja, semangat dan rasa perlunya saya menunaikan tanggung jawab saya. Tapi kan...yep ada tapi nya. Saya tak pernah daftar. Alik-alik bila check dalam sistem dah siap daftar bagai dengan mukim semua keluar. So siapakah yang mendaftarkan diri saya itu?

Adakah: A? ___________
            : B? ___________
            : C? ___________
            : D? ___________

Korang isi lah sendiri, pastu bagi markah sendiri ok. Nanti saya kasi bintang je dan lekat dekat papan kenyataan belakang kelas. Aci tak?

I can't avoid to hate kak mah....plastik dia sangat ketara. Bukan tupperware lagi dah, melamine or fiberglass lah aku rasa dia apply. Dah macam Madame Claudia Buenavista je aku rasa. Ni dari bercakap pasal dia kan...baik aku layan

kau hado???*tengs*


Yang fenting, uols memang meletop pom pom pom pom. Ditunggu-tunggu setiap hari untuk menatap wajah mu. So dulu saya guna kaedah Kak Nita * pakai WUDU' je*, la ni nak enhance lagi...aku nak tempek jugak kasi cantik macam dia. pastu pose


                                 Tengok Kak Ton, COMEL TAKKKKKKKKK?*pitam!!!

5 comments:

Izuan Kunang-Kunang said...

Gila plastik muka!! Nasib baik I santek! Tetibe~

Shamsiah Abdul Rahman said...

Eeeiiii,
Kureng sesuweiiii la.
Baju pink, shawl lak biru.
Out terus.. ke buta color??

Anonymous said...

a. pengundi hantu
b. kerajaan sedia ada
c. mak pak lukmang
d. SEMUT!!!

captainlukman said...

Izuan-Kau memang cantik sbb tu kau exoticcccccccccccc!

Kak sham-Amacam tak mach ke? Sorry lah designer tak hantar baju la...ni baju mak zaman dolu-dolu hehehe

Anon-jawapan D tu classic weh hahaha

Silver Fern said...

Ahkak sangat geli tengok muka kak ton tu tau.. Dok tahu bakper.. Macam cekang sangat..