Saturday, July 9, 2016

Siapa lagi puaka

Balik kampung kali ni ada lah seminggu jugak. Saya ni suka mengunakan kepentingan yang ada. Maksudnya orang tak bagi kita terbang. Kita melarikanlah diri ke bawah sana jumpa yang tersayang selebihnya kita guna untuk raya. Ramai yang kata #untunglahkaya #untunglahasyikgioversea. Ishh syukur kalau kaya, tapi orang tak tahu kita buat apa yang boleh untuk beli tix dan jumpa si dia. Lagi pun orang tu dah bunyi, setahun lebih dah tak balik kampung dia. Dan dia dah dua kali turun malaya. Saya dan 'aisyah' tak lari jauh, sebabnya training yang ada memang tak dapat nak lari. Ikut hati nak je berkepit kan. Kau tak nak ker?

Jadi balik kampung dan raya yang sedikit sendu bagi saya ni takdalah nak buat apa pun. Selain pergi ke rumah rumah yang kita pilih dan sempat nak pergi. Baik lah pergi rumah orang yang kita tahu takkan sakit hati. Betul tak? Soalan maut dan 'agen pencari jodoh' nampak nya dah berkurang tahun ni. Tak tahu lah takut takut tukang tanya semua sedar kubur makin dekat atau they couldn't careless nak tanya. Eh bagus la gitu. Baik makan biskut sarang semut dari duk tanya soalan soalan yang tak perlu semata-mata nak memeriahkan suasana.

Memandangkan banyak kawan-kawan saya dah mengakhiri zaman bujang. Maka yang tingal ada lah sekerat je. Jadi kita berkumpullah yang sekerat ni. Tapi dalam dalam sekerat ni kan ada lah sorang ni mulutnya lahar dan puaka.

Semua orang tahu mulutnya puaka tebing biru tapi semua malas nak ambik pot. Kalau ikutkan memang dia tak masuk dalam list set set kitaorang karoks atau pun sesi makan sotong celup tepung. Sebab dialah topik utama kitaorang bila bosan.

Dia orang besar sekarang, berjawatan tinggi dan bergaji serta berGred tinggi. Gred-gred ni saya seriously tak faham dan tak ambik tahu. Tapi disebabkan dia suka bercerita pasal kerjaya dan kehebatannya di jabatan maka saya tahu lah sikit pasal gred gred ni. Maka tiada topik lain yang ingin diketengahkan, maka juga semua lah pakat buat muka toya malas nak layan. Kita layankan je lah dah dia nak bagi tahu kebagusan dia...

Memandangkan dia ni ada kuasa, maka setiap apa anak bawahan dia buat semua kena ikut peraturan dan semua lah boleh dikenakan tindakan melalui akta akta yang di dok kabo tu sekiranya lain

Muka masing masing bertambah toya 

Dan ramai yang tahu doktor hot sado dah pindah ke kampung saya. Maka ramai jugak yang geletis dan bercakap dengan cerita yang penuh kagum. Eh aku pun kagum jugak sebab kau nak jugak katang kan. Tapi tidak bagi dia. Disaat orang bercerita ada #instafamous #instacelebrity ni, dia panas punggung. Katanya 'apa hebatnya mat katang?' dan mula lah keluar habis susur galur kisah mat katang.

Sebelum mat katang kena posting ke tempat baru, dia dah buat kaji selidik latar belakang dan mat katang boleh dikenakan tindakan dibawah akta akta yang semua pening mendengornya.

Maka terdiam lah kawan saya ni sebab dia baru dok bercerita tentang idola dia, dah kena bash pulak. Kawan saya yang kena bash ni raya tahun lepas Gemuknya kalah humpty dumpty dan semua kegemukan yang ada didunia. Tapi dia nekad untuk kurus dan pernah berkata tahun depan (raya tahun ni), jubah dia yang boleh muat dua orang tu akan jadi fit se-fit dress bictoria sekret.

Ternyata dia berjaya kurus diatas titik peluh dan kejian kawan kawan termasuklah si puaka tebing biru.

Bila dia bercerita tentang idola mat katang dia,kita walaupun tak suka dengor je lah. Walaupun kita bukan kaki gym, health conscious or model wannabe there's no need kita nak bash disebabkan orang tu glamour atau menjadi idola orang lain.

At least orang tu glamour, menjadi inspirasi anak anak muda untuk menjadikan aktiviti kesukanan satu riadah dari dok melepak atau dok berpesbuk je. Ke kau nak budak muda semua hisap dadah dan merempit. 

Terdiam sajalah kawan saya ni sebab setiap kali nama mat katang dan keterujaan dia bercerita akan dibangkang oleh puaka. Sampai satu tahap semua mula bercakap topik hal lain dan takda orang nak layan dia.

Sebenarnya masing masing tunggu bila saya nak laharkan balik. Boleh tahan sengal jugak diaorang ni. Tapi saya biarkan sebab dah tahu kehidupan dia yang sedih dan penuh dengan amarah tu. Lagi dilayan lagi lah dia mengila.

Sampailah satu tahap, dia dok mempertikaikan gaji dia dan gaji si shredded  gems ni. Membuatkan semua orang terpana dan terdiam di meja makan.

Me:"dah dah lah riak tu, kena panoh petir kat luar tu baru ada akal. Baru gaji besor nak heboh. Orang lain gaji lagi besar dari kau takda nak tayang. Ke nak banding slip gaji??"*sambil continue makan nasi minyak*

Puaka:*terdiam*

For sure, next year raya kau memang tak dijemputnya


2 comments:

DzuLagiL said...

Assalamualaikum kapten...
apa khabar?
erm... teruskan berblogging....
selamat hari raya...maaf zahir batin...


p/s : saya pun dah lama x berblogging....
dah bersara kut... :p

captainlukman said...

Waalaikumusalam....hahahaha baik kau blogging balik Dzul..mana tahu ada idea mencurah curah hahaha