Wednesday, September 25, 2013

999 Homesick

Cerita 3

Hari ni dah 3minggu duduk tanah ambia, tak lama kejap je dah nak habis bulan 9. Dan pagi ni saya nak pergi kerja ke Afrika Barat iaitu Ivory Coast. Tak boleh nak tidur lama sebab tak ngantuk, lagi pun pick up sebelum subuh. Jadi cam biasa tidur nya ala zombie.

Itu tidak penting tapi masa nak ke airport ntah camana saya tiba tiba Homesick dan saya rindu Sofea. Saya message dia tanya khabar dan semua. Biasalah mana lah aku reti nak sms panjang, panjang dengan mak kan? Kemain ko, dengan Semut boleh plak berjela jela.

Saja saya nak bagitahu saya fly kemana ringkas dan padat. Dan sudah menjadi tabiat ibu saya setiap kali dia reply sms, mesti cakap " ok kerja elok elok ya, jaga diri dan Ma selalu doakan akim berjaya mencapai cita cita".

Ok aku Sebak

Rasa nak nangis*Aci tak?* tapi kat airport nak tunggu clearance immigration. Orang pun ramai, crew lagi ada. Sungguh ya saya menahan sebak dalam diri. Weh aku memang power dalam bab menahan sebak ni.  Rasa nak balik time tu jugak, nak duduk semeja makan ramai ramai sambil usik si Ultrameng yang banyak mulut tu. 

Saya selalu Kelu dan tak tahu nak balas apa. Jadi saya ambik masa dalam tahan air mata tu. Giler emo tak tentu pasal. Selama hayat duk padang pasir dulu ok je, kali ni nak duduk lama lama negara orang rasa lain. Saya rasa syndrom bila dah dewasa, kita akan lebih fikir orang tua dari diri sendiri. Tapi tetaplah saya tak meroyan nak balik, nak balik, sebab tugas kita kat sini. Tak lama pun, so sabar lah. Jangan lah hari hari asyik meroyan nak balik. Kenapa lah awal awal dulu tak fikir sebelum mintak kerja. This is a bit and pieces part of out job. Habis nanti ha....balik lah.

Sunggu pun lain orang lain Homesick dia, tapi layan Homesick sekali sekala ok la. Jangan lah hari hari dok tanya soalan yang sama "bila lah kita nak balik".

Ok thats it

Tadi sedih pastu smesh orang plak.

Disebabkan saya rasa sedih dan rindu kat Sofea saya reply dan ucapkan terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya. Dengan malu jugak saya sms cakap " Ma, i miss you"

10 kali aku type and delete.

Saya rasa janggal nak luahan kan perasaan tu pada Sofea, dan saya tahu adik adik saya pernah sms dia dan bercakap demikian. Armando dan Roberto selamber je cakap. Tapi aku nak ucapkan tu rasa sangat malu dan segan. Saya rasa bila kita makin besar, makin kurang kita luahkan perasaan kasih sayang tu. Atau pun itu cara saya dibesarkan.

Anyway I just reply her with a story message, sebab kalau lama karang aku banjir kat situ.

Dan ya saya sangat rindukan Sofea

4 comments:

Mak Piah said...

Come to mama...!
After all, Sofea ialah Mak Piah kalau di bahasakan dengan betul:P:P

x

Anonymous said...

Cik Anonina..

Kalau msg sofea pendek...kalau msg semut berjela-jela...ahahhahahha

Silver Fern said...

Dont worry.. Your Ma knows that you misses her.. Telepathy ibu dan anak gituu... :)

captainlukman said...

MP- hahahaha come come come mama

CA- betul lah. You pun sama,kan?hehehe

SF- I is homesick