Friday, July 19, 2013

Highlights

Baru baru ni sebelum balik Malaya, orang tu cakap dia ada hal penting nak cakap. Katanya once you arrive and settle down , please let me know. I pun cakap...I've a house to clean up. Memandang kan saya dan Nica baru je pindah rumah. Tu pun Nica yang pindah semua sebabnya apa? Awal awal no planning. Last last minute your plan like mountain. Tu lah sokmo dia out of planning, jadi lah kelam kabat. Contractor kalau cakap semua nya sekejap je...seminggu katanya nak pasang siling Shahmi Kapoor....ada ke seminggu untuk satu rumah? Tak masuk wiring lagi kan?

Anyhow he managed to moved everything semasa aku tengah dok berlulur dan berscrub di Jakarta.

Ok lah dah orang tu kata nak cakap, dan tak boleh tunggu lagi dah. Kena cakap hari yang aku sampai jugak. Wah ni orang bagi hints berapa lelohnya aku dok habis lagi. Mu dok tebeng nok cakap jugok. Fair enough lets talk...

After all this while, sebelah berbulan tak jumpa. Dengan sekali jumpa mesti ada perang bodo berlaku, orang tu highlight beberapa  perkara sejak berpisah antara lautan. 

1) Kurang bercakap*walaupun whatapps hari hari*

2) Emosi tak sampai melalui message*camana nak tahu ayat tu marah ke happy ke*

3) Duduk jauh dan tak practical langsung*sebab tak tengok muka hari hari*

4) Aku suka meletup*setiap kali dia luahkan*..hehehehehe

5) Yang penting sekali....sejak kita bersama you tak balik kampung I lagiI*ayoyooooo*

I listened, focused, emphathy, evaluate and on top of it...I'm ready to SHOOT!

Dia sebelum ni lawyer, jadi kau ingat senang nak balas hujah dia balik. Kena susun ayat, otak kena ligat bermain fakta dan cepat cepat aku recall apa yang tak kena sejak berpisah mata.

Anyway tak baik meletup kan? So saya cool down dan cakap

1) Memang kurang bercakap, sebab kepualauan Firdaus itteww tak dok lah Internet yang laju cam kita. As an expatriate, kau bukan senang nak apply. Nak yang laju sekali mahal ge bedil. Soalan dia...pasal selama ni tak apply Internet? Berapa banyak buih dah aku cakap kan? Ke kau nak aku message pakai asap*ops*

2) Memang emosi tak sampai, adakala masing masing bergurau. Yang ni ingat menganjin. Walaupun dua dua suka sangat berwhatapps, tak semua dengar suara kan.

3) Kita semua ada cita cita, susah atau senang we go for it. No turning back. Jangan lah expect aku jadi petani pulak kat pulau tu tak pun jadi waiter kat kampung uols.*i don't look down on both jobs,I did it before except as petani*. Persoalan jauh tu, jarak tu semua kita dah cakap awal awal dulu, masa tengah berchenta...so it shouldn't be an issue. We are ready to be apart.

4) Memang aku suka meletup kalau orang complaint pasal kerja. Baik kawan, adik beradik mahupun matayaer. Ada benda yang boleh di complaintkan, tapi tak lah slalu sangat tak puas hati. Pro and cons masa kerja itu ada normal. Well aku slalu jugak complaint tapi taklah sekerap tak suka tu tak suka ni. Rimas weh dengan yang bekerja complaint. Tak masuk lagi crew....rasa nak tampar dengan 2/3 tray je. Yang ni I saya cuba  control.....

5) Last time yang I balik kampung dia, masa mula kenal dulu...yang dah bertahun lamanya. Kan Mek ni student, mana ada al fulus. Ada tu memang ada tapi saya lebih practical, nti masa hujan...mana nak cari payung kalau bukan payung sendiri. Asyik orang je nak payung tak best la, saya ada Ego saya yang tak suka orang nak buat semua untuk aku. Walaupun ada ramai yang hangin, sebab every time orang offer something*walaupun makanan*, saya try to avoid and refuse nicely......sebabnya takut terhutang BODY!

So what was the conclusion after hours of talking? Someone need a break and I supposed to give it for a week. But on the second day, I texted and solved the prob. Drifting yourself from any prob...lari or silent treatment ke won't solve any problems. Maybe you need time to cool down your anger, but having so much space just break you apart. 

We have a lot of example that can be our guidance, lots story about our friends and their wreck distance issues. Eh carrie broadshaw pun ada temporary break dgn Mr.Big kan?

As for me, it wasn't  easy to find you... Just for a few disagreements, just find the solution which is the best that can make both of you happy. What we need is to understand each and everyone difficulties, so that you wont complaint and asking why and why. Living apart never be easy, we did it before and do it now. Hold on..soon we will be back together

P/s: when someone points out our weaknesses. Automatically we can be defensive. Use your best approach when you have an issue.





Saturday, July 13, 2013

Tutup skit boleh?

Baru touchdown dari padang pasir, duduk sana lama lah jugak dari schedule. Tapi time tu MP takda. So tak dapat lah nak bergalok di Mall Laut Mati. Eh betul ke Mall dekat airport satu lagi tu kita tak leh berkopi kopian secara berdua.Kena tangkap dan sebagai lelaki gagoh,maka saya akan disumbat ke dalam jail. Kata budak budak ni, saya ikut je lah. custom negara orang kita kena follow kan? so MP, kita jumpa kat Elite briyani kambing sebelah masjid je lah yer uols. Lepas makan, kita boleh shopping kurma.

Memndangkan disana cara berpakaian kena menutup aurat, perlu lah jugak kau apply yang sama di dalam kawasan istana negara*tempat tinggal kitaorang*.  saya sangat ok uols nak berpakaian apa apa pun...nak hot pants lagi ok. tapi tengok lah keadaan. Walaupun sesetengah tu sangat lah nak jadi mat saleh tapi kata seorang abang senior ni "kalau bontot Hitam, tak payah lah nak ber two piece". Saya repeat saja. Ni bukan Mallorca kau nak sexy bagai, ni padang pasir. 

Pastu bila kena tegur, buat muka. Saya tak tegur ya sebab lantak kau la nak pakai apa. We are all adults, so we should know what's proper and not. Bila kena sound, sentap. Dah keluar circular potpetpotpet plak kata kena control.

Iols rasa korang ni memang tak tahu nak adapt kot?

Apa yang perlu bila anda nak ke negara orang, kerja or eat wind. Please have an idea about custom and their culture. Kemudian kau akan faham dan tahu nak suit macam mana. Orang kat longdong pun tak seksay macam ko. Kalau seksay body guitar takpa jugak beb, ni dah macam tayar Dunlop. Memang lah kawasan istana negara itu sendiri tertutup dan takda siapa pun orang luar tahu apa keluaran didalamnya. Tapi orang yang berada didalam tu kena ambik kira. Tak semua OK dengan cara berpakaian kita. How to define sexy? It's up to everyone's eyes but I'm sure you know how to distinguish between proper and innopropriate.

Tak tahu kenapa, mungkin sebab padang pasir ni saya rasa sangat tak sesuai untuk kita berkonsepkan kepualauan Maldives. Mungkin sebab disitu terletaknya tanah suci, maka tak kena tempat kalau salah gaya. Kena hormati keadaan sekeliling.  Memang la time keluar semua tutup, tapi maximise lah kain korang bila didalam nya juga.

I ni tak la La Isla Bonita, tapi pandai pandai lah kita adapt bila kita pergi sesuatu tempat. Ni nasi lemak dah terjojol, karipap nak keluar inti pun tak perasan lagi. Gulp!!

Thursday, July 4, 2013

Tugasan satu - Penerbangan Bantuan

Amboi orang tu sorang, dalam sibuk berkebaya nak gi kenduri kahwin kat longdong sana, tetap ada kiriman Surat Beracun mintak hantar assignment. Pastu ugut, nanti dia tak pun nak hantar. Cewah...main ugut ugut ya, siap kau. Aku khekoh habis murtabok mu kekgi*hi Mokcik tingting*.

Bukan saya tak nak submit Cik Esoh*alasan* tapi kan rasa cam takda benda nak cerita walaupun pada hakikatnya banyok. Jadi saya dengan paksarela hantar jugak...tolong bagi markah best ok!

Tugasan 1 Penerbangan Bantuan

Objektif Tugasan
  • Membawa penampang ke kampung MP
  • Melakukan jualan diudara dengan sepantas kilat
Soalan Tugasan: Kenapa kau tak menghantar tugasan walaupun kau tahu tugasan ini penting walhal kau tengah sembelit seminggu..kau tetap kena hantar.

Dalam masa tinggal selama bermiggu mnggu di kampung MP, maka telah menjadi kegelisahan anak anak CH sebab banyak penerbangan yang ditunda. Sebab apa?mana lah aku tahu, aku bukan kerja di pejabat. Namun begitu, desas desus mengatakan disebabkan Kota Suci senang dalam menaik taraf sebelum musim haji nanti, maka kuota yang diberikan sedikit. Maka teramat ekslusif lah siapa yang dapat pergi.

Namun diantara itu, ada satu penerbangan bantuan untuk membawa penumpang dari ibu negeri ke kota suci. Tapi ramai yang tak pernah buat destinasi ni, jadi muka masing masing ala ala berkruk kerak ketat macam skru je aku tengok. Ada yang aktres disebabkan biasalah orang padang pasir ni kan, akhlak dia pelik nak banding kita yang sangat bertimbang rasa, budi pekerti dan juga mengikut peraturan walaupun nak belok kanan kiri non ado nak bagi signal. Mesti mahal signal kereta kau*tetap smesh*

Maka didalam kapal, saya melihat ada antara mereka yang nak naik hantu disebabkan penumpang tak mematikan telefon selular. Habis keluar selang UK kau ya, dengan bermati matian ni nak suruh jugak orang tu matikan telefon selular. Mamg perlu dimatikan pun tapi kenapa kau macam nak tersembelit je aku tengok. Rilex sister...sister rilek.

Walaupun dah bangsa diaorang ni memang jenis tak dengar kata, tapi ada cara nya. Kau bagitahu je elok elok tapi mestilah tegas bukan marah.

Tahu kah anda membezakannya?

Sebagai hero tamil nessan juga nilam, saya dengor je lah dalam bising dia sambil bagitahu betapa keras nyaa kepala orang orang tu. Mula mula saya tak nak lah cakap, karang kan dikata aku BERANGAN...sebab sikit sikit ayat Berangan ..sikit sikit berangan. Tapi kan saya cakap jugak, sebab aku rasa rimas dah kau doh tebeng jugok tebeng jugok. Tak payah nak jerit jerit...tak payah nak sakit hati. Meh sini aku tunjuk satu.

Law samath Sheikh.....boleh dok mu matikang telepung mung?*sambil bagi senyum hok nok muntah skali*

Terus Off!!

Cam biasa dia ingat saya ni budok baru*kan i dah cakap i memang berangan muda*, tapi bila dia dah sibuk nak bagitahu caranya nak arrange bag. Saya senyum lagi sebab nya kau tak perlu nak stress stress bagitahu penumpang. Ada yang faham, ada yang tak faham. Maka kau pusing je bag tu, kan senang lepas orang tu letak kat atas tu. Kau cakap sampai berbuih pun kandang kandang diaorang tak faham.

Yang akhir tapi bukan yang terakhir, saya cakap.....apa yang perlu difahami bila buat penerbangan domestik ialah "Perbezaan Budaya".

Soalan berikut dia tanya...eh mung ni dulu terbang mana?

RIAK tak tugasan ni.






Wednesday, July 3, 2013

Ayem happy 2

Batchmate saya mostly perempuan, ada yang single mingle, ada yang dah kahwin dan ada juga MissJ. Whatever their role lah kan, but the common thing they spoke about is how men are easily to forget their partner's birthday. Katanya masa bercinta semua lah ingat, sampai size kasut seluar pun ingat. Dah masuk steady relationship or kahwin je mula lah lupa tu lupa ni.

Classics sungguh example korang kan?

Perlulah saya mengakuinya?

Ermmmmmmmmm panjang nya kau punya ermmm kan? Ada lah ingat ada jugak yang lupa. Or kami ni memang jenis suka lupa*tataw*. Birthday Semut was just around the corner,tapi masa kat Jakarta baru ni memandangkan saya terbang tak hengat punya dan telah pun menapak di kampung MP nak dekat sebulan. Maka dok dang lah nok beli adioh ke dia. Once dia confirm nak turun Jakarta, time pagi aku sampai tu lah bergegas pergi cari hadiah.

Dah masuk tahun ke 3 ni dah tak tahu nak bagi apa. Underwear dah bagi, baju dah puas, makan pun semua dah rasa, sib baik orang tu bukan branded conscious. Kalau tak with current currency necessity and necessary are easy to be distinguished.  Maknanya "Sedar Diri" la tu, kalau tak main sebat je kan? 

But one thing yang aku tahu in common, slain dia tak suka sangat telephone canggih walaupun penat aku jadi promoter suruh dia beli sebab senang nak cakap. Dia stick to hp yang 'asalkan aku ok' je. Ke kau nak aku beli tu yang kau buat dek je. Katanya selagi  boleh call dan baca SMS , it's good enough. 

I agreed sebab tu tema 2000. Ni dah 13 tahun kehadapan.

Communication penting wooooo, jap lagi tu lah hang ni la hang, mula la naik hantu sekor sekor. Kan aku kirim pakai asap baru kau tahu nak baca camana. Katanya duk kampung, semua tu tak penting*ishhh menyirap plak aku*. 

Fair if you think it's not really important,tapi aku tahu apa yang penting. Back up battery. Nah no more fancy fancy present...aku beli powerbank. Jadi dikau tidak mampu lagi untuk members alasan battery asyik flat je. Tu pun beli takda nak bungkus. Kan ada plak kata kedekut, tapi kita orang bukan jenis nak simmpan wrapping papers pun, so baik bagi bodo cam tu. Konseo dia kau Ikhlas!*dasar tak romantik kan?* Buang tanda harga je....tapi kad beday kena bagi ok. Tu tanda ingatan dan nanti senang nak letak atas side table, so ingat lah daku di kala kejauhan ni.

See saya ingat birthday dia....sungguh walaupun ni semua ini berlaku in advance which is 1 week before the actual date. Tapi hari actual birthday dia? 

Yesssssss aku LUPA!!!