Thursday, May 15, 2014

Le petit Kate Moss

Baru baru ni saya buat perangai, ya saya akui perangai saya membuak buak tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Saya tak salah kan dia atau pun orang lain. Tiada pengaruh luar. Ini semua diri saya.

Tak tahu lah kalau orang kata mid life crisis, saya tak percaya or in denial. Ye ke? Apa mid life crisis tu? Kejap nak google.

Anyhow tanpa pengetahuan dia, saya keluar dating dengan orang lain. Kita kenali dia sebagai Kate Moss berdasarkan size nya. Oh wow sangat jauh dari apa yang saya selalu cari suatu ketika dulu, tinggi. Adakah citarasa kita berubah bila umur pun meningkat naik? Baseline dia kiranya saya curang, main kayu 10 dan mencari penyakit. Kawan saya kata biasalah kehidupan kita ni, sedangkan yang ada laki anak pun tetap boleh jatuh cinta kat suami orang siap rela jadi bini no 2 kan Esah kan?. Ini kan pula saya yang hanya bercinta berdasar kan skype dan whatapps.

Adakah saya buat ni persiapan untuk apa yang bakal berlaku nanti? Saya tak tahu! Kami takda masalah teruk selain duduk jauh. Tidak juga mengamalkan gaya hidup terbuka sebab saya tahu dia macam mana. Gaduh itu biasa, dan setiap 3 bulan saya akan pergi jumpa dia. Jauh tapi takpa puas dapat jumpa dan bersama.

Kenapa saya keluar dating?

Dating je kot~ kata KB KB saya.

Kenapa nak ambik serious kalau stakat flirting dan dating. Combo sangat. Sebab nya saya rasa seronok, walaupun seketika dan ianya satu yang tak pasti. Budak *ops* tu nampak serious, tapi aku rilex saja, sebab apa yang dia cari dan apa yang saya mahu kan is a two different things. Kami keluar 2-3 kali, kali pertama jumpa dah ngam*sial tak ayat aku?*, banyak benda nak disembang kan...just macam aku dan Semut. Takda nak segan-segan atau awkward dan berlanjutan sampai gaduh gaduh on the day it self. Sempat tengok wayang (bukan buat wayang yer! Awas!) dan masing masing feeling sudah lebih.

Flora cinta nya hati kau!

That was the first, and what about the second time we went out? It turns to dah habis dah semua flora-flora tadi. Yang tinggal perangai real masing masing yang sarcastic, keji, buruk dan semua nya. You see?Tapi tetap dalam buruk orang tu, kalau kita suka kita terima je kan*ada hati ni!* And it reminds me back when I was young. Dia adalah ditempat saya, dan saya adalah di tempat makhluk makhluk yang hanya keluar untuk bersuka sahaja. Oh memang macam ni ke nasib orang muda.

Ya...mengingatkan saya dengan Roma, Tasik Leman, Athina dan Sol.And please Makaji Esah, yang HSK tak include ok sebab dia seorang yang keji secara batin nya. Mereka pernah hadir dalam hidup saya, mewarnai CV kehidupan saya yang penuh dengan keseronokan ketika itu. Siapa yang hadir bersama blog lama pasti tahu semua ni. Dan keseronokan itu juga membawa kepada kesedihan kerana ditinggalkan kerana apa yang dicari dan dimahukan tidak seiringan sama sekali.

Apa sudut positive dari dating yang tak tentu hala ni, ya saya suka dia*tipu lah kan tak da perasaan* sebab ada keyakinan diri, work oriented dan berdikari....sungguh sama seperti aku masa lalu. Tapi bias nya orang yang saya sayang sekarang punyai segala-gala nya. Dari susah,senang, sedih dan gembira semua dah dilalui. Masakan kita boleh 'jentik' orang yang jatuh dan bangun dengan kita macam tu saja. Dia bukan tahi idung yang kita korek korek kesedapan nya pastu gentel menjadi bentuk yang baik dan jentik. NO!

Sesiapa yang dah mempunyai segalanya, hanya kerana pangkat, harta mahupun kasih sayang kurang yang menjadi penyebab untuk kita tinggalkan yang ada. Fikir lah 1000 kali sebelum menyesal. Keseronokan itu semua hanyalah ibarat angin di permukaan saja, sepoi sepoi bahasa. Angin di atas sana kita tak tahu betapa kuat dan laju nya.

Nothing to decide...but comparing the Kate Moss dan Semut. I choose Semut.

Kate Moss, Saya hanya keluar dengan kamu untuk mengisi masa lapang saya yang bosan. More to companionship but not in a serious relationship. By saying this, yes I admit I am in position to those who had date with me before. I like you and hate you after.

Mungkin KM akan merasa yang sapa...welcome to the real life.

2 comments:

Mak Piah said...

awak ada skandal dengan sapa nih?? Awak curang!!!!

x sebenarnya saya isteri dia.

captainlukman said...

saya takda scandal. org tu nak scandal dgn saya*pekopmulut*