Monday, August 12, 2013

Raya raya

Dah lama tak buat perangai,sejak dah lama tak terbang...saya rindu untuk bekerja di hari cuti umum. Nama kan cuti apa saja, kan saya ni mata duitan termasuk lah raya. Raya tahun ni memang takda nafsu nak beraya, ni semua gara gara rimas nak menjawab soalan lazim, pastu ayat penyedap biasalah mokcik mokcik.

Saya berharap untuk terbang lepas kembali dari penerbangan terakhir awal bulan lepas. Tapi pihak jadual tersilap pandang nama, disangkanya visa ke Tanah Arab sudah luput. Mana lah aku tahu kena update, sudah terbiasa dengan sistematik syarikat lalu maka dibiarkan saja tanpa sebarang berita.

Pegawai jadual bertanya, kenapa tidak dibagitahu melalui whatapps? Bukan saya lah kalau ber whatapps dengan orang pejabat lepas waktu kerja, mungkin mengganggu waktu istirehat dia. Jadi permintaan saya untuk terbang tidak dapat ditunaikan,kerana banyak penerbangan dibatalkan disebabkan kekurangan visa pada jemaah.  Timbul pula ura ura mengatakan saya akan terbang dihujung bulan, eh itu sudah dekat raya... Perlu kah saya terbang?

Kau hangat kau chanteq nak tak nak fly.*ops*

Sungguh tidak terasa mahu pulang ke kampung tetapi bila memikirkan ibunda dan keseronokan berkumpul, maka saya kembali berDOA agar saya terbang lepas raya. Permintaan saya termakbul, dapat pulang cuti awal dan selebihnya sejarah.

Penat jugak nak tulis style majalah kan?apa korang rasa?

Raya ni rasanya sedikit kelat sebabnya tak sampai 2jam,saya dah bergaduh dengan Sofea. Bukan sengaja tapi hati panas yang tak terbendung. Saya faham ibu mana yang tak bimbang anak dia tak kerja seperti yang diharapkan, tapi bagi saya sekarang dah bekerja. Infact sejak habis belajar saya dah start kerja balik, jadi tiada masalah untuk hidup. Itu bagi saya, bagi ibu lain fikirannya.

Menyatakan ayat ayat simpati adalah sesuatu yang tidak perlu,nak nak lagi bila kita beraya di rumah orang. Ya orang takkan habis bertanya 'ni ke yang belajar hari tu?', 'Habis buat apa sekarang?'. Adalah tidak perlu sama sekali kita menyatakan ayat simpati 'bila lah nak dapat kerja nya'.

Hanya disebabkan itu, saya rasa malu. Tak pasal kena terbiyah dek sorang Jeneral ni, kerana dia dipinta pertolongan.. Pertolongan pun saya tak tahu mana datang ya. Sudah sudah tahu orang ni kenal orang ni, orang tu kenal orang tu.

Lucky siapa yang kenal siapa, tapi banyak lagi kat luar yang perlu bertarung tanpa bantuan sesiapa. Dan itu lebih bagus! 

Disebabkan itu, saya suarakan apa yang terbuku dihati. Biasalah bila hati lebih laju dari otak, suara pun dah high octave dan lupa dengan siapa kita bercakap. Sangat panas dan tak terbendung.

Sofea cakap dia tak tahu pun aku rasa malu, niat dia hanya lah nak tolong saja...lepas ni katanya tak nak ambik tahu lagi*sambil dia sebak* dia mohon maaf. Saya terkedu! Saya diam dan rasa bersalah yang amat. Terus suara perlahan...dan yang jahatnya saya tak mohon maaf balik

It took hours for me to practise to say sorry to her. Bukan EGO tapi saya rasa malu dan bersalah*tahu pun....habis yang ko tinggi suara pasal apa?*. Malam nya saya mohon maaf sebab buat dia kecil hati, saya tak bermaksud pun. Dia diam tak bercakap sampai esok nya.

Tapi aku tahu esok dia akan cakap jugak sebab siapa nak tolong dia kalau bukan AKU? Yes esoknya kita orang ada open house untuk anak beranak, dan orang paling wajib ialah saya sebab semua arena saya cover....nak harap 2 orang lagi tu..kim salam.

Tengok, akhirnya dia cakap juga, suruh aku potong Ulam....i told ya. Tak lah saya ambik mudah, tetap saya kena berhati hati lepas ni.

Moral of the story,ni pun lepas kena tazkirah dengan Semut. Lain kali nak bercakap silalah pakai otak,panas sekali pun pakai lah otak. Bad tamper isnt healthy to any relationship, sebab tu orang yang cakap lemah lembut selalu meruntun jiwa saya. Dah lama tak lihat sesuatu perkara dari mata burung....kena mulai balik.

Update dari dalam kapal untuk bertemu Semut*perlu ke bagitahu???*

2 comments:

Anonymous said...

best la nak bertemu dengan semut. Hahha

*cik Anonina

captainlukman said...

mustik la best cik ainonina hahahaha