Sunday, June 23, 2013

Ayem happy

Last month, orang tu kan dah bising bising kata kita ni tak tahu bila nak jumpa. Dia dengan masalah visa yang renew pun setakat 2 bulan, apa ke bodoh lah bagi visa 2 bulan. orang tu nak kena plak buat visa run. tapi tetap nak run ke Singapura, tak nak run ke malaya. Geram ni! Orang ni plak, cuti sah sah asyik nak buat record bersih je kan, katanya probation so tak nak lah ambik cuti. Sudahnya tersepit cam apam balik, nak lari balik kampung halaman pun tak balik balik. Sofea cakap,kata syarikat Malaya,tapi sama je cam duduk padang pasir.

Memang duduk padang pasir pun, sebab tema sekarang balik Malaya bilang jari. Anyway I'm happy kan? Ya sangat happy, sampai ramai yang tanya kau nak reti nak balik rumah?

Rumah dengan Nica satu lagi hal...next entri lah cita ya, sekarang tema pelarian

So kalau Kak Esah cakap rindu sebab 2 bulan tak jumpa, aku rasa terpana sebab setahun berapa kali dia balik dengan confirm cuti. Yang jelas ni sebab confirm cuti tu,ada orang tu tak tahu boleh apply cuti ke tak lagi. Maklumlah under probation kan kan kan kan Janet kan?

Bila bulan ni dapat ke Jakarta,terus pakcik belikan ticket pergi balik. Tak sabar rasanya, berdentum dentum jiwa dan raga tapi...yes ada tapi nya. Roster tak semestinya tetap kan betul tak Mokaji? Sedangkan dah planning bawak keropok nak gi LHR boleh ditukar ke turnaround, ini kan pulak CH yang tak tetap ni.

Seperti yang dirasa di dalam hati, Roaster changes uols! Haram zadeh jugak ler sebab nak tukar ticket senang je,tapi charges dia sedikit naharom. Pastu naik cap G, lagi lah communication failure.

Sedih..aku benci.

Dua kali Jakarta postpone, dua kali...so tadah je lah telinga orang tu dah naik Sheikh. Convinient untuk aku, tapi tidak untuk dia. Kesian plak. Walaupun masing masing dah pasrah sebab tak dapat jumpa, nak jumpa punya lah susah. Hikmahnya dia besar ya, dari 2 hari patut nya jumpa, dapat lah 5 hari sebab flight cancel bila dah sampai sana, dan dia off from school.

Homaigoooooooooodddddddd ayem happy!!!

Total 5 hari tu tidak di isi dengan episode happy mode,mesti selit tarik muka. Bab tarik muka ni aku suka skit, sebab apa yang tak terluah akan automatis nya diluahkan dengan begitu  mendalam dan penuh makna beserta dengan muka jijik sekali. Yang jijik tu aku lah, sebab expression mesti kena dengan intonasi suara.

Nampak gayanya, kita maintain je lah cinta antara lautan. 





Thursday, June 20, 2013

Out loud

Dekat CP dah ada yang tahu apa saya buat sebelum ni. Dalam hiding*kononya* ada jugak yang tersebar...mana boleh koverkan. Selagi tak keluar dari mulut aku consider ok lah, kalu orang lain nak cakap, boleh ke kita stop ibarat nMakji Esah yang sokmo kepingan popia basah tu*tiberr*

Kata orang, orang tua tak semestinya mature, dan mature tak semestinya mampu berfikir dengan waras tanpa mengikut hati dan perasaan.

Kebebasan berkata-kata malah bergurau mampu juga mengundang bahana, nak nak set set yang dah lah nak melawak, tapi melawak plak isu yang sensentap dekat wall yang boleh dicopy, share dan oleh menjadi bahan bukti yang kau tak akan selamat dan confirm kene TITIK one day.

Yang berkata tak hangat ni plak ialah set burung yang sayap tah ke mana*matitakmek???*

The story is about two burung yang dikenali sebagai seorang ni si Gemspukem*too bad budak-budak refer kau macam tu* dan seorang lagi KetuaKampung*sebab kau suka sangat berpersatuan* Adakah aku insecure sebab tulis pasal orang? Tak...ni tulis sebab kita tahu filter mulut camana lain kali.

The Gems boleh melawak pasal kapal yang tergelencos lalu tersembam ke atas air tu di kepulangan firdausi tu sebagai kesalahan 4 balak (4B) mesti dari syarikat redevil. Ishh tak sayang mulut la kau bro.  Ke otak kau letak kat ciknek time nak fikir? That was accident yang seorang pun tak nak berlaku, kau boleh buat main-main plak. Kau tahu ke betapa trauma orang yang pernah kene accident...ha termasuk lah skidded time landing*siapakah?*. Tu pun trauma nak fly balik. If we can  recalled, time kau tak lepas solo dulu kau salah kan cikgu. Time kau dah lepas solo pastu tak leh nak turun kau nak salahkan siapa? Angin, Tower.....or diri kau yang sah-sah tak reti nak turun. Sib baikkau selamat....mau habis minyak kat situ. Ada yang landing atas kedai nasi ulam jap lagi. Should you wait  for the full report of the investigation, then you can make a nasty comment....tu pun verbal je lah. Report needs time and accident can occur even to the experience one. So what was the chain of error? Have you know about this. The truth is those people dah tunggu nak Titik kau nanti, tu pun kalau kau join dia orang la kan? In fact strong connection sampai seberang laut pun kau dah pemes bro. It wasn't about nahas la kau, it's about use your full judgement before making any comments. Nak nak plak flyers is all about nak taruk taruk taruk......

Rate:  kau ubah macam mana pun profile or even make a new one...kau dah pemesssssssss. Bodo

KetuaKampung memang terkenal dizaman sekolah tanah dengan persatuan yang dicipta kononnya untuk aku-tak-tahu-apa-tujuannya. Banyak sangat persatuan burung-burung kat sini, yang yoyo nya tak tahu lah apa yang boleh dibuat dan ditolong. Yang boleh nampaknya....glamour sebabnya muka kau masuk tibi dan suratkabor dua kali. Satu sebab persatuan dan satu lagi kes kau terhempas sampai kaki kewek. Syukur kan kau selamat dan menjadi hero, jadi sanjungan time tu katanya. Ok lah kau lead set kau tapi lantang bersuara sampai kau Voice Out takda tempat duduk dalam bas kononya junior yang cakap tapi BUKTInya takda jugak! Siapa yang kene berdiri time roll call? Those junior*termasuk aku* jugak yang kena.

And now you come back with new album 'those anak burung yang berbapakkan 4B senang dapat sayap, oh syarikat reddevil kau descriminate'. Dengan lantang*tanpa menggunakan otak aku rasa* kau famous buat ke 150juta lagi dan meletakkan orang lain dalam  kesusahan. Bila ditanya apa bukti? 'Oh i reserved my prove" since you make it loud, why don't you share. Eh benang basah boleh tegak kau,,,provided kau pegang hujung dia lah. I don't see the point...sungguh apa point kau disebabkan kau fail recent recruitment kau nak blame others? Bhai...the flyers just laughed at you...sungguh just laughed at you. Ok lah perjuangan kan? If you name others due to your failure, they won't look at you as a reason. Kau nak salimah gomen tolong....tak habis habis dengan pertolongan orang. Kenapa tak berdiri atas kaki sendiri?keep trying and trying? What would you get by blaming others...

I speak as one of those wingless in different field, but I looked at some of us who landed a job in a diff path. Ada yang in a right track, ada yang drift dek angin and back on track. So how's your route then? Smooth and easy with no environmental effect?

But what I can assure you, since you bring this down. It will bring you too.....

Happy applying

Thursday, June 6, 2013

Sepanas udara di Daerah Mutiara

MP cakap aku blogger sendu...hambik kau update tak hengat, sendu tak Kak Ton???. Katanya bekas cikgu lulusan Bristol*bukan Dlurpak ya*. Kalau kita menulis, tulis lah dengan sepenuh hati. Wahhhhhhhh ni bahaya ni, sebab saya kalau buat apa majority ikut hati. Jadi kalau tulis, akan bertambah-tambahlah bara bila ada kes.

Sebut pasal kes...typical kes anak kapal ialah dok bercakap pasal orang.

Orang tu macam ni, macam tu, sejarah silam, siap kutuk bab gigi pun ada. Begitu details kan? Tapi bila buat kerja cincai plak.

Bila kita ni asyik dok kutuk orang je, nampak sangat kita tu insecure. Orang tu tak kena, orang ni atiitude* eh tu aku kan Temasik reader?*, orang ni tak cantik. Jadi bila masanya orang akan betul, kalau ada je salah dia. Dan bila ada orang dok bercakap pasal orang, atau pun cuba menyampaikan juicy gossip ayat dia akan berbunyi begini " eh you/yang tahu tak...".

Maka masing-masing akan pasang antenna siap parabola lagi, dan kelajuan dia mengalahkan kelajuan cahaya. Gila laju kau!

Walaupun seronok di dengar, tapi dinasihatkan kita sebagai pendengar ....dengar je lah. Tak payah lah nak ambik pot sangat. Ni baru dengar terus dok sebar kalah virus ebola,siap mula lah nak kenakan si polan polan.Cuba analyse dulu, digest tak pun observe. Orang tu betul ke tak betul. Maybe diaorang ada clashing in work, tak payah lah kita pun turut sama nak tiup arang.

Katanya supervisor ni macam tu, supervisor tu macam ni...some of them ada yang strict, ada yang bitchy, ada yang lantak kau....ada jugak yang mak nenek. Different type different style of working, meet the expectation by doing your job, nak kipas tak perlu. Ni tak experience pun orang tu buat salah, you dah aim nak kena kan....oh lupa you pangkat besar. 

Anyway kita ni bawak orang nak buat ibadat, so marilah berlapang dada, senyum senyum dan gumbira. Have a welcome gesture in briefing instead of semua ayat kau nak bunyi warning je...Ayoooo susah lah ini macam. Saya senyum kambing sebab teringat plak set-set nazi zaman KG dulu. Layan je lah, you know your stuff, nobody touch you...betul tak MP????

Hey...kita ni Redha Airlines je kot...tak yah nak bitchy sangat lah

Ok lah nak gi beli air zamzam 5 botol kat kedai Jali*sambil makan kurma konon nak testing*

p/s: Bila nak jumpa ni?? Abaya kamek dah siap tok...







Saya nampak.....awak nampak?

Saya selalu cakap, kalau buat ibadat tak payoh le nok tunjuk kat orang. Walaupun bila gi negara orang, maka saya*dulu nya* dengan penuh poyo dan semangatnya dok upload pic. Tapi bila gi tempat yang elok, takdok pulak nak update.

Tu yang saya warning orang yang nak tagged pic saya. Eh jangan kau tagged aku! 

Walaupun pernah lah kawan sekelas dulunya berkata semua negara dah melawat bila lagi nak ke tanah suci. Nak je kalau boleh aku cakap...now aku gi balik hari je. Tapi tak baik riak, nanti tuhan balas cash. Kalau balas cash in MONEY...hari-hari agaknya aku riak.

In one of the incident, melihat orang yang balik buat ibadat is such a pleasure sebab gumbira dengan amal ibadat yang mereka buat. Boleh lah kot dapat tempias-tempias saham, nak harapkan saham menebal...kau tak habis-habis nak menyetan. Somehow today..walaupun tak semua tapi some lah kan, orang kita la plak yang bijak pandai, dah balik buat ibadat tapi naik kapal dok marah-marah , sindir-menyindir tak hengat just because of seat.

Siap sindir 50kali ni bila orang nak tolong. Mintak letak bag pun, tak dilayan malah dok kata sedap-sedap lagi. Aku ni hujung-hujung je mulut, tapi penat sangat aku bagi pandangan 'makrifat' je.

Mutawif tu siap cakap "sebelum pergi dengar kata, balik ni semua dah tak dengar".

Hanya orang je yang nampak perubahan kita kan? Kita tak akan nampak.

Kenapa lah jadi macam tu agaknya? 

Kurang muhasabah diri ke? Atau pun rasa ibadat dah tebal didada setebal iceberg maka kita pun naik sombong. Tapi confirm masa kat tanah suci, kita akan cuba bersabar sebaik mungkin. Ke sebab kita takut balasan?.

Rasa nak cakap balik tapi tak perlulah sebab kita tak dapat apa pun, paling kuat kene lah sindir balik.

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn???