Thursday, May 2, 2013

Ikhlas

I've done 3 flights so far...no complaint so far. Compared before, banyak gila kerja. Now it's more like relax, lagi pun profile pax sama saja, mostly from kampung...orang tua, terbongkok-bongkok dan gigih ingin melakukan ibadat. Sebagai penghantar, kita buat yang terbaik walaupun mostly cap helang ni boleh jugak dikategorikan sebagai cap redha*dah start*.

Sungguh takda complaint! Melihat mereka yang tua-tua sayu hati saya, mengenangkan arwah tok saya dulu. Agaknya masa dia pergi dulu macam mana lah dia dalam kapal. Adakah anak-anak kapal layan dia macam haramShake? Muka ketat? So far saya tengok takda kali ni, mostly sangat penyabar. Ye lah muka ketat pun apa kau dapat kan? Mungkin ada tapi saya harap taklah sebabnya

Diaorang bayar nak gi kampung MP, tak tahu lah dapat pergi lagi ke tidak pas ni. 

Diaorang tak lah tahu apa pun, kecuali apa yang disedia kan?

Diaorang sebenarnya tak tahu nak guna kan toilet, nak kunci pun tak tahu sebab apalah kau expect orang orang tua kan?

Nevertheless, hormatilah mereka kerana mereka sangat senang berbicara dan lepas jugak rindu pada arwah tok saya

Semasa sampai Medinah, salah sorang nenek ni tiba-tiba menangis bila dah kapal landing. Ditanya nenek ok kah semasa semua orang nak keluar.

Jawabnya dalam sendu tangis

"Terima Kasih kerana menjaga kami dengan baik, semoga anak selamat menjalankan tugas dengan baik dan ibu doakan anak diberi rahmat oleh Nya"*sambil kesat air mata dengan telekung dia*.

Pokcik terdiam sekejap

Terkedu

Sebak melihat dia menangis nak-nak lagi perempuan menangis. Saya memang tak boleh.

Sebab commercial pax terima kasihnya lain, dan kali ni terima kasih dia sangat terkesan sebab ini lah Terima Kasih yang paling berharga saya terima.

Harapnya nenek mendapat keberkatan jua

4 comments:

Mak Piah said...

Semoga diberkati Aking.

x

Makji Esah said...

aminnnn.......

Silver Fern said...

Aminnn...

captainlukman said...

MP, Makaji and SF - Sengsssskiusssssssss

MP, nanti kita jumpa kat kampung awok ye