Wednesday, February 12, 2014

Mee Udang punca nya

Ini cerita past tense, macam orang dah habis tengok citer top kat TV. Nanti adalah orang tu baru nak tengok. Oh tidak, saya tak nak jadi seperti Esah dan Piah walaupun sorang feeling Ogy, sorang lagi feeling Bibiyana, mereka sebenarnya berebut nak jadi Arianna Rosemary.

Semasa RA sibuk nak berangkat ke padang pasir, saya time tu dah ada di pulau mutiara. Sebabnya gi apply kerja baru. Saya pergi sorang sorang dengan scrambler sebab senang nak feeling jadi Ali Setan duduk menung atas batu.

Instead of terus ke pulau dan check in, saya dengan gembira pecut ke kaw yang jual Mee Udang. Alah yang timbang kilo tu. Giler undang saja besar gegor, pakcik tamak sebab no need too offer makanan pada sesiapa (kan aku gi sorang sorang), jadi fokus hanya pada kedai tu dan ketika itu semua penduduk di kaw tu macam hilang dibawa angin je sebab mata aku nampak udang je.

Tengah sibuk lengang tak kangkung tiba tiba ada orang panggil.... "Akim...Akim".

Aku kah? Siapakah? Tapi saya feeling tengah bawak strolley beg jalan kat airport Frankfurt, maka bahasa tubuh kena "gong" walaupun non hado. Somehow makin lama makin kuat plak panggilan tu. Dia tekan PA All ke buat announcement.

"Akim.... Sombong nya orang teriak tak pandang"*suara nya makin dekat*

Saya rasa tak sedap hati, sebab suara tu amat dikenali. Sangat jelas kali ini dan hanya ada sorang je kat utara sana panggil aku akim. Kalau mokcik aku yang duduk sana mesti ada sabdu G kat belakang akim tu.

Ya aku menoleh dan buat buat terkejut melihat tukang teriak tu tak lain tak bukan ialah kekasih lama ku.

Ayooooooooooooooooooooooooooo camana aku boleh lupa kau kerja kat situ. Bukan ke dia kerja kat kaw kampung dia ke. Sambil sengih sengih sebab dah tak tahu nak lari yang mana, perut pun dah keroncong nostradamus maka saya pun berjalan menuju ke arah dia.

Maka dalam malu segan, saya offer lah dia makan sekali dengan selamber. Ye lah dah aku lapar, nak tunggu kau beram tak tahu plak bila. Dan makan lah kami berdua sambil dua dua ekor dok sengih kalah emoji sengih.  Juga selain mengemaskini info terbaru tentang diri masing masing, pasal kerja, kami juga telah menyelak helaian cerita lama yang bila kau ingat balik zaman kau tak sedar diri tu kan. Adusssssssss......malu ada, bodoh berbakul bakul dan rasa nak terjun jambatan pun ada.

Flashback

We were both broke up through phone, perang besar uols. Malam tu nak ke Hong Kong, beg dah siap pack, so cam biasa kena buat panggilan pulau. Dari cakap elok elok bertukar perang yang menyebabkan kata putus orang tu ialah Putus! Dah lah putus, pastu aku tengah angin dia buat bodoh dan lempar Hp dia jauh jauh. Ok fine! Better bersiap nak ke HKG dari dok sakit hati, nanti sampai je terus gi clubbing kat Tsim Sha Shui*sedih konon tapi boleh plak kau terenjat renjat macam monyet nanti*

Tapi saya sedih wak, malam tu kerja galley saya tak bitchy. Siapa sepahkan galley, saya ok je. The rest I don't talk with anyone sebab sedih sangat (ni dah habis nangis before pick up). Diam je, muka yang sedia ada panjang makin panjang. Tapi dalam sedih saya tetap focus dan tip top kata Ketua Pramugari saya yang telah buat assesment terhadap kerja saya. Dan sedih tu jugak membuatkan saya tekad takkan jumpa dia lagi, kalu la jumpa pun lepas 10 tahun.

Ya saya cakap kat 10 tahun, sebab pas 2-3 bulan dia contact aku lagi. Kenapa lama sangat time gap, so time tu korang tak ada lah feeling nak bersatu kembali, mesti masing masing ada haluan sendiri.

Back to the mee udang tadi.

Dia cakap dia nak belanja saya! Ok lah lagi banyak udang aku ambik kan. Niat memang nak pau!*setan sungguh*. Saya maintain makan laju (dia cakap) dan few things yang dia ingatkan sama seperti dia ingatkan time kitaorang makan bersama dulu. Camana kau boleh ingat ah? Aku dah tak ingat langsung ni. 

Pas makan, dia pelawa saya melawat klinik dan rumah dia. Saya yang suka refuse ni, tolak dengan elok, tapi dia ajak jugak. Maka mari lah kita lihat kejayaan orang sebagai sumber inspirasi kita. Dah alang alang dalam klinik kan, aku pun ambik kesempatan lagi yer (dasar setan sungguh!). Saya suruh dia buat normal check up dan apa product kecantikan yang dia promote saya cakap sila bagi free*OPS!*. Dulu saya lah tikus lab dia nak practise check tekanan darah dan kandungan gula. Kan time tu dia tengah belajar lagi, dan saya ingat waktu ward round, lokam, study dan makanan kat hostel dia yang tak best. Kemaruk nya bercinta orang sekeliling dah tak pandang. Mesti ada orang meluat kat kami kan??

Wakakakakakakaka 

At the end, saya gembira walaupun ada 4 tahun lagi nak cukup kan 10tahun tu, jumpa kali ni yang tak rancang boleh mengoncangkan iman juga sebenarnya. Tapi haluan sudah masing-masing tentukan, maka cukuplah kita kenang je. Tak payahlah nak runtuhkan rumah tangga orang yang sedia ada bahagia tu. Takda apa yang kau dapat walaupun kenangan lalu sungguh indah.

Alamak lupa kejap aku ada Semut

p/s: Puas dapat tengok muka dia