Thursday, August 22, 2013

Keneng

Memang dah jadi adat orang kita kot, suka keneng keneng kan orang. Tak tahu berapa gaji kau dapat bila dapat kenengkan orang. Ok pahala, tu aku lupa. Tapi bila masa plak mak bapak aku hired kau jadi tukang keneng ni? Ada ke diaorang mintak tolong?.

Sofea dan Ermesto kenal sangat aku. Diaorang tahu aku suka buat semua benda sendiri, bukan lah individualistic. Tapi selagi boleh buat sendiri, kau buat ah sendiri. Tak perlu nak mintak tolong. Oh ada orang tu sorang cakap aku ni "Ego". Tak habis habis kau kata aku ego...semua benda nak ego, kerja nak ego, relationship nak ego, tapi kau sampai sekarang takda boyfriend tak tahu lah plak kecik mana ego kau kan? 

Back to the story

I have one mokcik, yang kalau kita nak lawan karang diakatanya "oh kurang ajar sekarang". Tapi aku rasa aku tak hutang apa-apa, sebab anak kau dan aku lahir sama tahun. So ada ke masa kau nak jaga basuh berak aku. Anyhow is she peramah? ok lah boleh lah ramah dan La-Isla even zaman dulu rambut kau Donna Summer pun nangis tengok sebab high volume. So her daughter and me were competitive since our early childhood. It's normal kan dalam family kalau kau ada sparing cam ni. Dari 'no berapa' kau dapat dalam kelas ke result UPSR, ke PMR, sekolah asmara lesbian or gay mana kau masuk, SPM, University, Course apa termasuk lah siapa dulu akan kahwin. Pastu siapa yang dapat anak dulu tu dah tak masuk dalam competition sebab once kau dah kahwin kau dalam 'safe hanjs zone'.

Masa bangang dulu, takdalah rasa competition sangat but once kita dah besar dan telinga kita selain dok hafal lagu Kastaria Baja Hitam mahupun Maero Attack. Muka kita akan berkerut tapi belakang je lah menjelang berkumpul anak beranak selain depan kene maintain senyum akibat asyik dibanding kan. Tolong lah perlu ke kau nak banding anak siapa paling pandai?

Sepapat dan saya ambik aliran yang berbeza tapi lebih kurang sama. Course related to engineering something, tapi result dia Kebamboooooooommmmm masuk pun U hebat uol. Mek? College sajork. Is there any more competition between us? Yes it's continued..kerja mesti related to apa yang kau belajar.

Sebab saya feeling "CHANTEQ" dan saya rasa geletis time tu saya buat apa yang saya rasa perlu buat selain dari apa mak ayah saya nak saya jadi. kalau tengok dia dengan aku boleh banding siapa lagi nampak ' social '. Kalau colour blocking pun nak pakai, tengok la skin tone kau*tiber*. Kata orang dari pakaian boleh tahu kau nak jadi apa...ye ke? Izuan tu pakai sebarang je tak related pun dengan kerja tetap nampak macam gula hangus instead of lobster. Maintain cantik jugak*tu diaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh puji ada makna*.

Jadi bila saya nak dapat kerja diawan biru, banyak suara sumbang termasuk lah mokcik sekor ni. Ye lah uols, kan lagi lah 'social', yang ada sekarang pun dah social. Tapi ada aku keysah?. Ada saja comment tak kena,  kenapa nak fly lah, belajar penat penat tapi kerja senang macam tu. Oh you the only one who has got the qualification isn't it?

I flew to padang pasir and met her twice...masa kakak aku kahwin dan raya. 

Is there any question about girlfriend that time? No more girfriend lah. Time tu kalau jumpa dah tanya bila nak kahwin je. Without forgeting anak dara dia*my kuz* pun on and off dengan bf dia. Cam biasa kita akan ignore disebalik senyuman kelat. 

When I as stuyding, my kuz got married. Good for her, but what everyone never forget is that her 2 siblings married earlier than her.So what the mokcik did that time when her other children got married. She just don't know what to answer why he first daughter wasn't married yet. she was very quiet and smile smile goat also. But was my parents asking her daughter? Nope....Sofea awal awal dah pesan 'jangan tanya kakak*my kuz* kenapa tak kahiwn lagi'. Kesian dia, jaga perasaan dia. 

Last year she has a baby boy. Syukur rezeki dia, dah selamat. But i didn't attend any wedd for friends and family. Alasan dia, aku busy terbang walaupun everyone know i try to avoid being ask. So i did.

Sofea cakap, kalau kenduri dia kita tak nak pergi. majlis cukur jambul anak dia kita rai lah. Bukan apa, nanti kau kahiwn orang tak nak datang. Dalam berat, akhirnya aku pergi dengan rasa rimas dan malas dan rasa nak muntah tengok muka masing-masing. The good thing about our people, we know someone is single and the instant question still be 'eh sorang je ke...ingat berdua'. I senyum dan ambik makanan terus.Senyum plastik kena maintain.

How's the mokcik? Walauwehhhhh she is super duper happy ok! I've got menantu and cucu. Mung ada? Don't have rite?

On that day she's back being who she was. I was just observing her. She's promote herself being tukang keneng. Asking me out laud that the relatives need to 'show' me to someone. Kau ingat aku handbag ke nak show show. Saya jawab "takpayah, saya dah ada." Di sengih nya sambil jawab 'ye lah tu'

Jawapan asal panjang tapi Sofea jeling dulu suruh lari.

So what she was doing this raya? She wants me to be in a family pic and want to show to someone. Aku rasa nak liku je kepala dia. Did I say anything, no I did not. But I looked at her with muka ketat, sambil aku tengok anak dia jugak. I guessed her daughter got my message.

And I said to myself, if we see each other again...that the time to say sedas dua das

OK bye



Monday, August 12, 2013

Raya raya

Dah lama tak buat perangai,sejak dah lama tak terbang...saya rindu untuk bekerja di hari cuti umum. Nama kan cuti apa saja, kan saya ni mata duitan termasuk lah raya. Raya tahun ni memang takda nafsu nak beraya, ni semua gara gara rimas nak menjawab soalan lazim, pastu ayat penyedap biasalah mokcik mokcik.

Saya berharap untuk terbang lepas kembali dari penerbangan terakhir awal bulan lepas. Tapi pihak jadual tersilap pandang nama, disangkanya visa ke Tanah Arab sudah luput. Mana lah aku tahu kena update, sudah terbiasa dengan sistematik syarikat lalu maka dibiarkan saja tanpa sebarang berita.

Pegawai jadual bertanya, kenapa tidak dibagitahu melalui whatapps? Bukan saya lah kalau ber whatapps dengan orang pejabat lepas waktu kerja, mungkin mengganggu waktu istirehat dia. Jadi permintaan saya untuk terbang tidak dapat ditunaikan,kerana banyak penerbangan dibatalkan disebabkan kekurangan visa pada jemaah.  Timbul pula ura ura mengatakan saya akan terbang dihujung bulan, eh itu sudah dekat raya... Perlu kah saya terbang?

Kau hangat kau chanteq nak tak nak fly.*ops*

Sungguh tidak terasa mahu pulang ke kampung tetapi bila memikirkan ibunda dan keseronokan berkumpul, maka saya kembali berDOA agar saya terbang lepas raya. Permintaan saya termakbul, dapat pulang cuti awal dan selebihnya sejarah.

Penat jugak nak tulis style majalah kan?apa korang rasa?

Raya ni rasanya sedikit kelat sebabnya tak sampai 2jam,saya dah bergaduh dengan Sofea. Bukan sengaja tapi hati panas yang tak terbendung. Saya faham ibu mana yang tak bimbang anak dia tak kerja seperti yang diharapkan, tapi bagi saya sekarang dah bekerja. Infact sejak habis belajar saya dah start kerja balik, jadi tiada masalah untuk hidup. Itu bagi saya, bagi ibu lain fikirannya.

Menyatakan ayat ayat simpati adalah sesuatu yang tidak perlu,nak nak lagi bila kita beraya di rumah orang. Ya orang takkan habis bertanya 'ni ke yang belajar hari tu?', 'Habis buat apa sekarang?'. Adalah tidak perlu sama sekali kita menyatakan ayat simpati 'bila lah nak dapat kerja nya'.

Hanya disebabkan itu, saya rasa malu. Tak pasal kena terbiyah dek sorang Jeneral ni, kerana dia dipinta pertolongan.. Pertolongan pun saya tak tahu mana datang ya. Sudah sudah tahu orang ni kenal orang ni, orang tu kenal orang tu.

Lucky siapa yang kenal siapa, tapi banyak lagi kat luar yang perlu bertarung tanpa bantuan sesiapa. Dan itu lebih bagus! 

Disebabkan itu, saya suarakan apa yang terbuku dihati. Biasalah bila hati lebih laju dari otak, suara pun dah high octave dan lupa dengan siapa kita bercakap. Sangat panas dan tak terbendung.

Sofea cakap dia tak tahu pun aku rasa malu, niat dia hanya lah nak tolong saja...lepas ni katanya tak nak ambik tahu lagi*sambil dia sebak* dia mohon maaf. Saya terkedu! Saya diam dan rasa bersalah yang amat. Terus suara perlahan...dan yang jahatnya saya tak mohon maaf balik

It took hours for me to practise to say sorry to her. Bukan EGO tapi saya rasa malu dan bersalah*tahu pun....habis yang ko tinggi suara pasal apa?*. Malam nya saya mohon maaf sebab buat dia kecil hati, saya tak bermaksud pun. Dia diam tak bercakap sampai esok nya.

Tapi aku tahu esok dia akan cakap jugak sebab siapa nak tolong dia kalau bukan AKU? Yes esoknya kita orang ada open house untuk anak beranak, dan orang paling wajib ialah saya sebab semua arena saya cover....nak harap 2 orang lagi tu..kim salam.

Tengok, akhirnya dia cakap juga, suruh aku potong Ulam....i told ya. Tak lah saya ambik mudah, tetap saya kena berhati hati lepas ni.

Moral of the story,ni pun lepas kena tazkirah dengan Semut. Lain kali nak bercakap silalah pakai otak,panas sekali pun pakai lah otak. Bad tamper isnt healthy to any relationship, sebab tu orang yang cakap lemah lembut selalu meruntun jiwa saya. Dah lama tak lihat sesuatu perkara dari mata burung....kena mulai balik.

Update dari dalam kapal untuk bertemu Semut*perlu ke bagitahu???*