Sunday, December 29, 2013

Masalama RA

Awal tahun ni saya joined Cap Helang atau pun Redha Airlines*ops*. Kenapa RA? Sebab semua benda banyak kau kena redha. Ok mood kak nam menjelma. Kan diawal kemunculan saya disitu, saya telah di chop 'attitude', muka ketat, tak reti nak courtesy bagai yang menimbulkan lahar tahap kedua. Tapi itu semua bila di pandang balik sesuatu yang indah untuk dikenang. 

Saya bukan niat nak muka ketat pun, tapi saya jadi pendiam bila tak kenal orang. OK memanglah crew ni peramah tapi kena time dia, ada jugak kau jadi introvert kan? Tak pasal! Nak nak bila kita segan dengan orang, maka akan keluar lah ke tidak friendlian yang tidak plastic itteww. Maka nama kau naik lah kejap.

But once kau dikenali dan enjin pun dah panas, macam biasa telinga kau akan bernanah dok dengar aku punya cerita.

Somehow rezeki RA sangat murah untuk tahun baru yang bakal menjelang, RA dapat contract dan akan berada di negara Piah terchenta ittewww. Wah nampak gaya, memang aku check in je lah kat Beret Tentera 25. Sungguh itu sangat seronok walaupun tema kem tu ialah makan, tapi kem tentera tu rumah senaman dia tak beberapa langkah kot. Mata segar je bila gi sana kan Piah kan?

Tapi disebalik jalan cerita yang menarik like 'oh kerja luar negara lagi?' ,saya tidak merasakan hati saya untuk bersama RA. Adakala saya pok pek pok pek tapi banyak nya saya diam, banyak benda yang saya tak happy dan saya telah melakukan pemerhatian yang khusus selama 3 bulan baru ni. Dalam hati ni ikut nak je terjun tapi no way, i won't do that. Kau datang cara elok, blah pun cara elok.

The main concern ialah ketidak kepastian untuk berapa lama berada disana, dan saya bukan melihat dari sudut ekor kapal. Saya mahu berada di muncung sekarang. Sangat suka muncung macam Esah jueh bibir dia time 'selfie'*yahampooooonnnnn*. Ramai yang cakap, sabor lah tunggu dulu. Jangan meluru luru, buat keputusan jangan ikut hati.

Betul! 

Ni adalah cerita bannga diri, so korang baca dengan hati yang tenang. Kalau tak suka, click tutup situ. Kat Kambing Gurun saya sangat jaga disiplin, yakni semua kena legal. Cuti hanya sakit, no MIA case in my record, all leave submitted and arriving into the country more than 12 hours before the next flight. Giler kari babas disiplin ok!.

Buruk nya I didn't apply the same with RA. I've been missing 3 days befiore raya dengan tak datang office selamber rhinoceros. Takda plak kau nak fikir consequences ni, back up plan pun takda. Dalam hati time tu nak balik raya with Sofia dan Ernesto. Lagi pun lepas raya kan nak gi jumpa Semut. Hati bunga berkembang mekar kot...disirami baja taik kambing.

So first time in my flying career, I kena DI. Ni kalau orang lain DI is normal lah kan? Saya kena lah DI tapi cam biasa muka tak bersalah tetap dipraktik, sambil tenang kan diri walaupun jantung degup dia ala ala Flo Jo. Mrasa kau kena buat surat....hehehe

Semut sila karang...aku malas nak tulis.

Now semua orang kecoh disebabkan kena berada di padang pasir, some are looked forward and most of them aren't happy. Including moi. For those who look for experience, you just need to be patient and learn a lot. Saya tidak mempunyai malasah untuk berada disana, tapi saya banyak tak gumbira walaupun hati ni sentiasa sedarkan diri suruh bersyukur. Orang lain buat pinjaman kot nak gi sana, saya boleh pergi any time.

Bag dah siap pack, tunggu confirmation email je. Heret bag dan chau kau dari Malaysia untuk kali kedua. Tapi hati ni berat, berat tak tahu kenapa, tak pernah rasa macam ni muncul, walaupun kita ditakuti dengan 'oh takda kerja nak makan apa?' Hati saya tak tenang dan terang untuk berangkat.

Confirmation email muncul di pagi hari, maka dengan kelam kabut semua lah kau nak time tu. Passport kau nak, tu kau nak ini kau nak walhal delay untuk berangkat dah seminggu lebih, takda pulak kau mintak. Oh dah berapa kali mintak, no data entry kot kau buat kan?

I called TJ and asked his advice. Dia kan dah biasa dengan aku, kentut pun boleh recognised by resonant bunyi dia. Pagi buta discussed dan dia nasihat mintak lah petunjuk.....ok saya mintak petunjuk, kalau salah hati saya, saya pergi belayar. Tapi kalau betul hati tak berubah, makna betul lah tindakan saya.

Ok the feeling is still the same.

Esok nya dua hari sebelum belayar, saya ke pejabat dan letak surat.

Ramai yang tanya kenapa dan mengapa, saya diamkan diri. Senyum je. Diaorang suruh jumpa all the big bosses if they can solved it. I remained silent and continue smiling. Not interested to see anyone.

Concern saya telah berada disatu tahap yang selesa dan itu adalah merbahaya. Tanpa peringatan dan tanpa hala tuju. Maka ekor lah saya berada sampai bila bila. Saya perlu keluar dari kepompong selesa ni dan strike for the best! Dan saya tidak mempengaruhi siapa untuk buat keputusan sebab hidup kita berlainan keperluan.

Likewise from what I've seen even kat KG jugak, kalau tak happy keluar lah dari kandang, same with Helang. Tak happy keluar lah dari sangkar. Tak perlu kau nak bising bising benda yang sama. Cakap ada choice ada choice tapi non stop membebel pasal benda yang sama. Bila aku cakap dah ada choice ikut lah choice kau. Senyap dan tak nak plak lari. Nak jugak kau duduk kat situ sebab apa ...sebab kau takda choice lah Lembu!!! Kalau ada kau nak ke duduk situ.

So tak payah nak bising dan memekak kan telinga semua orang sebab 'typical crew' hanya lah berani bising dalam whatapps group dan depan depan semua senyap dan maintain senyum. Orang kata bitchy tak nak mengaku sebab aku tough dan badan ketul ketul tapi padahal _____________* isi sendiri*. Ni tak boleh kau sama kan dengan tak nak guna toll, guna jalan kampung. Tu jawapan bangang. Yang ni bila orang cakap ada hikmah dalam setiap yang berlaku, kau dok question plak apa hikmah dia...mana hikmah dia.

Tu sila tanya diri sendiri 

To Piah, I will miss the kem tentera dan askar askar disana, Insyallah ada rezeki aku akan sampai kesana dan berlakon lagi untuk watak kedua dan boleh muzakarah di dapur sambil potpetpotpet pasal Esah*iklan lagi* Eh baju aku kat sana kan? Ni bawak balik KL ya*tiberrrrrrrr*. Oh barang barang kau kirim dah siap dibeli cuma saja tak pas sebab nak jumpa kau personally. Boleh kita continue cerita pasal Hobits dan the geng lagi kan.

So from now Masalama RA!


Sunday, November 17, 2013

X

Dah lama tak hupdate, malas tu bertimbun timbun. Nak nak lagi bila MP cakap 'yang you malas ya nak update?". Lagi lah malas, kenapa malas tak payah tanya. Korang tanyalah si Izuan tu, lagi lah sawang penuh blog dia. Pasni ni dia quote lah kenapa dia update sebab aku dah bising tanya kenapa dia tak update. Tapi bagi ku alasan kenapa ialah

1) Update dari ipek sangat lah tak syiok, asyik typo typo typo...alah si auto 
    korek tu. Semua benda lah nak korek kan. Pastu nak scroll ke bawah bagi 
    makhluk macam aku yang suka citer panjang panjang ni sangat 
    hareeemmmm ya. Tengs

2) Mostly cerita is about flight yang hurmmmmm macam biasa je.

3) Iols selalu dirumah rumah agam Bracho*pstttt rumah tumpangan MP*.     
    Cozy sangat rumah dia, ye lah rumah agam. Giler ke aku nak update. Lagi 
    lah tak kan? Lagi pun iols busyjadi cinderella*matikkkkkkkkkkkkkkk*

Somehow I'm back to tanah tumpah dara kiewww setelah berkampung nak dekat 3 bulan di tanah gersang yang berkat. We had only one sector to work. Before Hajj, going to destination is empty and coming back with pax. Same goes to after Hajj, going with pax and coming back is empty. So why need to complaint if you are mostly relax than tunggang tunggek kerja.

There was a time yang kerja non-stop and there was a time kau ala ala boleh buat lawatan sambil belajar dah kat padang pasir. Once finished, I pun buat lah post-mortem what can we learn from the operation. Mmmmmmmmmmm just gossiping around which is I hate to anticipate. Kau tahu je lah, makin di layan makin meroyan. Tapi kadang kadang seronok jugak, nak nak kena gaya.*cet macam lalang*

Kenapa meroyan because someone are so hard working to show how good she is. No need mention, lets know her MadameX. X are famous as kaki taruk.  Asal sikit orang tu attitude, orang ni attitude. Define of attitude kalau di tanya tak lah plak dia tahu. What she knows if someone is not clique with her is what to called attitude. Maka jenuh lah dalam list dia orang yang penuh dengan attitude.

Saya tukang dengar, tapi saya tak menyampai kat tuan dia. Saya menyampai kat sini. Sebab nya ye lah korang je yang baca kan. Lagi pun saya malas dan tak berminat nak campur kalau kau tak suka orang tu dan orang ni. I don't expect you do the same if I've disagreement dengan orang. Up tp your judgement. Story comes in any angle and direction, macam angin. Layan je lah angin tu, tak payah nak ikut. X ni terlalu awal nak mark someone as having a bad attitude. Pastu sikit sikit nak taruk, nak taruk just because kau duduk depan. Tak da lah plak kau nak lead by example. Nampak sangat zaman kau kerja dulu, kau mangsa kena taruk...betul tak?

Dan X sangat tak setuju bila saya puji orang kerja bagus. Katanya jangan puji nanti besar kepala. Oh Em Gi! Tapi bila salah, cepat cepat taruk. KG.Com sungguh!

Bila orang kerja bagus, you should give at least a compliment. So that will motive the person, but if you do something wrong. Correct it in a nice way and make sure the person knows and learn not to repeat. Ni tak tanya orang kenapa macam nak telan, pastu guna kuasa veto no need to ask, just follow.

So kalau kau salah judgement, follow je lah. This is where most accident occur sebab tak boleh nak ditegur. But X being X, a small try to touch me end up with malu sendiri. I tried not to leave any bad mark to her, knowing her. Lagi pun saya sendiri tak kuasa nak layan dia.

Before we leave padang pasir, adalah di buat jamuan ala malam pesta muda mudi, tapi takdalah Pak Maun nak dancing kat situ kan. Meriah jugak kalau majlis ada entertainment nak nak di sana. Dan sebagai orang yang nak low profile, adalah saya tak berminat nak involved. Sebab saya dah selalu buat event. So lets other person do it. Tapi during meeting X dengan tak semena-mena nominate nama saya sebagai emcee. 

oksangattidakbest!

What makes my name came out. God knows. In a positive side katanya nak muka muka baru naik, and I should take the opportunity. Bila lagikan? And I was thinking hard about it. But then  on the not so called wind not so lite lite language, why X nominate my name is because X had an issue with prev emcee. So itu emcee sudah dipotong kek nya. 

When I informed my duduk depan yang I tak nak buat. Katanya oh kalau nak refuse,make sure you cakap you tak confident enough which is totally not my real answer. Obviously that was not a strong answer to refused.  So the next day I went to see the organiser (Ketti Perry), and bagi lah jawapan tak confident tu. Ketti tak terima dan katanya you can do it. You've got look. Eh apa kena mengena plak?

Out of sudden 

X: "Penat kan kau belajar pilot, masa ni lah kau nak tunjuk kat orang*which is management team*". 

Aku: "Thanks X  but if I really need to show to them is how I work and my performance. Bukan jadi....."* ayat tergantung*

Poor you don't understand my language. So the best way to refuse is through message and Ketti Perry got it. All at all I'm not Badut Istana

Tengs

Monday, October 28, 2013

Why you kedeks

Sejak join cap helang, takdalah saya cakap kat siapa siapa apa pekerjaan saya kecuali TJ. Dia special sebab dia kawan susah senang masa di sekolah burung. Gumbira ada sedih pun banyak , dan semua orang tahu betapa KB nya kami. Siapa nak tahu pasal dia, tanyalah saya...same goes to him. Jadi bila anak anak burung lain dok tanya tanya mana saya ni menghilang aje, katanya "Mak kau tu sibuk naik stage sekarang". Boleh tahan sengal kau punya jawapan kak lehot. 

Kenapa berahsia sangat, sebab ada yang kepochi never ends nak tahu apa yang kita buat walaupun obvious selama ni takda apa nak di tegur. But once you post you are in London*kan Mak Aji kan?* mula lah bertalu talu tanya buat apa. Bila tak dijawab sanggup PM. Dan tekaan saya tepat, bila di tanya buat apa kat London, kata lah kita kerja. It will lead to another question, kerja apa. But if you  just give a straight answer, then you will be ignored. Cam haram kan?

Other than this kepochi, another thing I love to observe is is how stingy you can be.

Semua orang ada sifat kedeks, termasuk tukang tulis ni. Kadang kadang bila nak cakap eh kedeks nya kau*dalam hati* kita tak tahu apa yang dia go through. Mungkin dia jenis berjimat cermat. Tapi perlu diketahui cermat dan kedeks lain maknanya.

Orang orang kedeks ni ramai sangat dah kita jumpa, and I love to know them. Sebab kalau orang cakap orang tu kedeks, orang ni kedeks saya tak percaya. And I like to let myself be a victim,so I know them very well. Once aku tahu, tahu lah aku nak buat apa. I won't ignore orang cam ni tapi akan tetap berkawan cuma tahu lah aku nak avoid dari jadi mangsa. Ada nampak tanduk tak disitu.

Seingat saya di KG dulu, set set ayam belanda, alah set set yang feeling speaking American tu adalah set set kedeks selepas set set Kelly Clarkson. Saya selalu fikir mungkin mereka ni hidup susah di tanah air jadi mereka kena lah budget budget kan. Tapi kalau kau mampu shopping ZARA MNG beli boots segala and not to forget to brag how enjoy yourself in a fancy restaurant. Tak kan lah tips untuk porter pun kedeks nak bagi setakat 1 dollar. Tips adalah amalan biasa airlines crew mengenang kan jasa potter dah hangkut beg kau yang berat tu. But if you are stingy, please be your own potter. In this case adalah sorang  set ayam ni, bila di kutip tips, tetiba takda duit dollar, and I knew he will asked me. So I lend him 1 dollar with his words he will pay me back*aku dah tahu sangat dia tak bayar but still I lend him*. Enough to be true he didn't pay. Dengan real hati aku marked dia.

That was then.

But I still noticed crew mana mana lah, mesti ada yang sama. You want to go out together in club or mall which is required taxi. No need to deal, what we need is a common understanding. No need to divide the charges to be exact, lebih kurang takpa. Tapi kalau kau jenis yang kata bagi duit, tapi setakat 3 riyal out of 20 riyal. Ada nampak sedih tak kau? Sedih kan?  Yep berapa sangat lah tambang nak dikira, but when this happen many times. Kau rasa jugak menyampah.

Disini, we are sharing room. Ok what to do, it needs you to share. Sharing isn't for 2 nights but for 2 months. Oh lupa other co sharing for years so I should be happy. Sharing room needs you to have good partner. To get a good partner susah jugak, most lelaki jenis rilex tak kisah tak pa lah. Tapi dapat jenis pengotor?? Yang jenis semua tempat dia nak bersepah, tak masuk lagi table pun penuh dengan tissue. Tak ke kau hangin? Tapi bila orang lain punya berdengkur, kau bising. So it's time to look at yourself. When it comes to share, no one can claim yang ni hak dia, yang tu hak dia. If it's common place meaning that we are sharing. Name it dapur or toilet or living room. Everything need to be share. You can't demand saya nak conquer semua tempat.

What's related between sharing dengan kedeks ialah you can't claimed apa apa saja harta orang ialah harta you. Makanan tu kau sebat, makanan ni kau sebat sebab konsep kau " apa apa kat common area ni boleh guna". Sejak bila plak aku beli untuk kau guna. Kalau nak pakai sila lah replace balik sebab bila tuan dia nak guna, tengok tengok dah sikit or even worst habis. Time tu sapa yang tak hangin, makna dia orang yang sangat tinggi Iman dia.

The best is kau jenis yang nak pakai je reti dengan ayat "pinjam skit". Ya boleh kalau kau nak sikit, tak luak pun tapi perlulah di ingat tu harta bukan kau yang punya. Walaupun orang yang suka declare 
ala ala harta tu wakaf tanpa tanya tuan empunya dulu. Takda plak kau nak beli apa apa. So kau nampak tak permainan disitu?

Tapi tetap mention lepak kat starsucks, keluar ke mall hari hari without fail. Tapi bila nak makan je menempek kat orang. Memanglah kau boleh save segunung intan sebab tak keluar ke mana mana even to market atas whatever alasan kau nak bagi. Tapi time lapar, semua lah kau sebat. 

Aku takda rasa kesian.....sangat takda rasa pun kesian kalau kau mengadu kat aku kau lapar. Sebab 
kau berkerja dan punyai duit. Kalau kau nak catu makan, itu bukan hal aku. But using others stuff by assuming the owner allowed you to do is kau kenapa taik idung masin kau bergulung gulung eh.

I can take if it's students, I was student before this and years ago. Duit selalu tak cukup. But if you earned money and semua benda kedeks. Buat malu student je bai. Diaorang pun tahu nak share untuk sewa kereta apa tah lagi makan. Ni semua benda nak mintak sikit mintak sikit dan mintak sikit.

Rasa macam duduk rumah sewa dulu dulu yang 10 orang yang sangat tak civilised. Eh memang more than 10 pun sekarang*kat sini lah*, so end up ini lah jadi nya. Not that you can't trace mana makin kurang nya telur telur kau, tapi kau wonder kau tak guna sangat tapi makin surut dan habis ya.

So I wrote my name at some items that I bought and wait someone to say something. And that time I will give a nasty mark for you to remember.







Friday, October 25, 2013

Cincin mokcik

Sejak habis ambik orang pergi haji, kali ni tiba lah masa nya orang nak balik. Jangka masa antara pergi balik itu saja sebulan, maknanya sebulan saya tak kerja dan feeling feeling sheikha kat sini. Tapi sebulan itu juga diisi dengan perkara perkara berfaedah seperti bergaul mesra dengan Margarita Piah Estarada & Co.

Meriah raya uols, selain dari Paola Bracho menyamar jadi Paulina dan menghadiri majlis majlis koktial seraya berkenalan dengan mereka mereka yang berkenaan.

gulp.

Ok back to today's story. Dari dalam kapal lagi saya nak bercerita. Hari ni yakni tadi lah (cerita ni tulis lepas kerja) kami satu set or team bekerja buat kali pertama sebelah cuti cuti padang pasir tu. Tu pun setelah 2 hari flight cancel. Kenapa dan mengapa is no comment. We went to Sudan, and the best is I was flying with one of my ABD (adik beradik Doha) which is Yuna*setelah dia berhijrah, namanya di tukar*. 

Boarding as per normal, free seating. Siapa masuk dulu kena ke ekor kapal kalau tak block lah jalan depan. Tapi seperti biasa, sesiapa yang mahu pulang kena negara asal. Excited dia lain macam, nak nak plak orang buat ibadat. Dari penat saya dok cakap "wara haji...wara hajjah"(belakang haji...belakang hajjah). I just stood up by the chair side and greet them. Cakap kebelakang pun tak faham jugak. So ikut korang lah nak duduk mana. Yang saya standby is to arrange their baggage and helping makcik makcik yang tak larat.

Definasi tak larat ialah dengan umur lanjut, makcik masih gigih bawak beg seberat berat alam ya.  Kadang kadang kesian, tapi memikirkan mereka usung dari tempat haji sampai atas kapal, gigih dan larat jugak lah.

Beg sebesar alam takdalah plak ground staff nak tahan dan sumbat dalam cargo. Besar ok tak tahu nak cakap camana. Or else ground staff sini jenis tak kisah dan buat bodoh. In one of those who brought heavy bags. Ada sorang makcik ni ala ala umur Sofea dan cantik pakaian dia, datang dengan Suami dan kawan. Mokcik ni beg dia yg besar tu terletak antara lutut dan kerusi depan. 

Peringatan: kenapa beg perlu di atas tempat penyimpanan barang atau di bawah tempat duduk, ialah kerana untuk tidak menhalang laluan keluar sekiranya berlaku kecemasan. Ni bukan saya atau MP pandai pandai nak buat, tapi jawapan ya kerana itu...menghalang laluan.

Sekiranya ada antara anda yang letak bag depan, tolak sikit dengan kaki ke depan seat.

So this mokcik is very der ver don't listen to me. Saya pun tengok lah mana mana compartment yang ada ruang untuk isi bag dia. Ok jumpa satu compartment.  Saya mintak kebenaran nak ambik beg dia, tapi dia tak nak bagi kata nya takpa. Apa plak takpa mokcik, dua jam pun lama jugak taw. Mokcik tak lenguh ke kaki tersepit. Lepas beberapa kali mintak kebenaran tak jugak dibagi nya seraya berbahasa arab. Mmmmmmmm tak boleh jadi ni.

Cap Helang tak lah emphasise sangat nak dibanding dengan Kambing Gurun which is no bags in between the seats, meaning no bags at all. Kalau tak mampus kau kena panggil balik suruh simpan bag tu. Since kita dah push back, taxiway pun tak jauh dari runaway, kenalah cepat. Maka terjadi perebutan antara saya dan mokcik itu. Tetap ni degil. Last last skali aku angkat je bag tu dan simpan di compartment.

Makcik sudah bising, seolah olah berkata " oh..suka? Mung suka la kan?"self translate katanyaaaaaa*.

Muka makcik berubah, dari nak marah ke muka sayu dan sendu. Saya perhatikan dia membetulkan cincin emas berkepala di jari nya. Ok now aku faham yang masa aku ambik bag dia tu kemungkinan telah tersangkut dan terkena cincin emas itu. Muka dia sedih dan aku rasa bersalah.

Ye lah Beb, orang balik haji. Nak jumpa keluarga, pakai cantik cantik dan gumbira dapat menunaikan ibadat, sampai kapal dapat plak aku yang macam ni.

I is rasa bersalah. Rasa sedih pun ada, mana lah tahu duit tu dia himpun nak beli cincin ke kan? Dah goyang sebab kan aku. Kejap! Tapi kalau cincin mahal emas betul, mampu ke beGOYANG???*ops pekoe mulut*

Saya rasa bersalah dan kurang ajar, tapi apa yang saya buat bukan sengaja. Sungguh rasa kesian plak. Terus saya mintak maaf, dia buat donno yer. Takpalah

Rasa bersalah itu tidak berakhir disitu, sangat bersalah terus aku lari ke galley dan kembali menghulurkan segelas air agar dapat dia tenang kan diri. Senyum maintain tapi yang dia tak tahu....


Kat galley aku minum 3 gelas air.

Okbye

Friday, October 18, 2013

Bosan

Dah sebulan lebih saya duduk kat sini, rindu nak balik tu sentiasa ada. Tapi rindu pada si mata biru tak dapat ku tahan lagi. Bercakap terbelah lautan ni memerlukan kesabaran tinggi, sebab tengah kau bercakap, line tiba tiba haprak. Tak ke kau naik hantu, bila putus putus. Pastu masing masing jadi conjuring nak cekik masing masing sebab tengah syiok bercerita ...kaput. Ok sabar.

Apa yang dapat diperhatikan, saya merasakan padang pasir yang terbaru didiami ini walaupun berkat dia kerana mempunyai kota suci. Tapi bagi saya sangatlah membosankan. Sebabnya....

......Susah nak keluar dengan kawan kawan perempuan. Berjalan berdua takut kena tangkap, kan dicekupnya kata kita ni tengah berdating. Walaupun ada sesetangah mall tu masih boleh bermalam berdua, tapi ditakuti jugak kan. Kita nait nak keluar dengan kawan sekerja makan makan ke, buat nak buat maksiat pun. Kalau nak buat, takdalah kat mall tu. Tapi atas dasar menjaga kemungkaran boleh lah di ambil nama nya. Tapi mungkar apa nya kalau jalan pun bukan rapat rapat. Apatah lagi kau nak bertepuk tampar kan? Takkan lah kau ingat semua datang sini yang dah kahwin. Masih  ada yang bujang. Lagi kau nak biarkan diaorang naik taxi dengan taxi driver yang diragui kebaikan nya. Apa kau ingat semua kat sini takda yang jahat? Kalau  aku dah tahu tanah ni tanah suci, penuh dengan peraturan tuhan, takut untuk aku membuat onar.

Tapi disini kau mampu untuk menahan orang termasuk rakyat asing, mungkin kau perlu check statistic rakyat kau yang berpelisiran di Bukiti Bintang atau di Hatyai yang perangai kalah setan kena rejam.

Walaupun saya dah biasa dengan padang pasir, padang takda belalang ni lain pasir nya. Satu ketika saya merasakan selamat kerana kemungkinan orang nak buat jahat tu kurang, disebabkan perlaksanaan hukum tuhan diamalkan. Tapi pada masa yang saya,saya juga bimbang, sekiranya saya difitnah disebabkan keluar dengan perempuan.

Apa yang mampu, dalam berjaga jaga. Saya hanya mampu berdoa dijauhkan semua nya...

Amin

Wednesday, September 25, 2013

999 Homesick

Cerita 3

Hari ni dah 3minggu duduk tanah ambia, tak lama kejap je dah nak habis bulan 9. Dan pagi ni saya nak pergi kerja ke Afrika Barat iaitu Ivory Coast. Tak boleh nak tidur lama sebab tak ngantuk, lagi pun pick up sebelum subuh. Jadi cam biasa tidur nya ala zombie.

Itu tidak penting tapi masa nak ke airport ntah camana saya tiba tiba Homesick dan saya rindu Sofea. Saya message dia tanya khabar dan semua. Biasalah mana lah aku reti nak sms panjang, panjang dengan mak kan? Kemain ko, dengan Semut boleh plak berjela jela.

Saja saya nak bagitahu saya fly kemana ringkas dan padat. Dan sudah menjadi tabiat ibu saya setiap kali dia reply sms, mesti cakap " ok kerja elok elok ya, jaga diri dan Ma selalu doakan akim berjaya mencapai cita cita".

Ok aku Sebak

Rasa nak nangis*Aci tak?* tapi kat airport nak tunggu clearance immigration. Orang pun ramai, crew lagi ada. Sungguh ya saya menahan sebak dalam diri. Weh aku memang power dalam bab menahan sebak ni.  Rasa nak balik time tu jugak, nak duduk semeja makan ramai ramai sambil usik si Ultrameng yang banyak mulut tu. 

Saya selalu Kelu dan tak tahu nak balas apa. Jadi saya ambik masa dalam tahan air mata tu. Giler emo tak tentu pasal. Selama hayat duk padang pasir dulu ok je, kali ni nak duduk lama lama negara orang rasa lain. Saya rasa syndrom bila dah dewasa, kita akan lebih fikir orang tua dari diri sendiri. Tapi tetaplah saya tak meroyan nak balik, nak balik, sebab tugas kita kat sini. Tak lama pun, so sabar lah. Jangan lah hari hari asyik meroyan nak balik. Kenapa lah awal awal dulu tak fikir sebelum mintak kerja. This is a bit and pieces part of out job. Habis nanti ha....balik lah.

Sunggu pun lain orang lain Homesick dia, tapi layan Homesick sekali sekala ok la. Jangan lah hari hari dok tanya soalan yang sama "bila lah kita nak balik".

Ok thats it

Tadi sedih pastu smesh orang plak.

Disebabkan saya rasa sedih dan rindu kat Sofea saya reply dan ucapkan terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya. Dengan malu jugak saya sms cakap " Ma, i miss you"

10 kali aku type and delete.

Saya rasa janggal nak luahan kan perasaan tu pada Sofea, dan saya tahu adik adik saya pernah sms dia dan bercakap demikian. Armando dan Roberto selamber je cakap. Tapi aku nak ucapkan tu rasa sangat malu dan segan. Saya rasa bila kita makin besar, makin kurang kita luahkan perasaan kasih sayang tu. Atau pun itu cara saya dibesarkan.

Anyway I just reply her with a story message, sebab kalau lama karang aku banjir kat situ.

Dan ya saya sangat rindukan Sofea

Wednesday, September 18, 2013

1001

Story One

Lama kan tak tulis? Saya dah 10 hari kat kampung MP ni, selamat sampai sini dengan 1001 arabian night stories.  Bagi yang tak biasa akan memang nok stop complaint. Ni termasuk aku lah ni, siapa lagi kan? The flight was smooth sebab yang datang satu kapal ialah kami semua. Jadi kami akan bermastautin disini sampai lah habis orang buat haji sana. Tapi yang mencabar nya ialah airport negara pasir berdegung ni. Mak Piah lain sebab dia passport besar, mampu orang nak tahan dia. Where else kitaorang ni melangut la dok menunggu.

Ok ini adalah entri basi.

Kadang kadang terfikirlah kan, kenapa lah diaorang dah tahu jutaan manusia datang ke sini System tetap macam tu jugak. Take their own honey time. Nak boleh clear immigration tu korang boleh bercinta tak pun sempat buat anak lah kalau nak. 

Dah nampak orang datang, diaorang ni boleh buat dono n bodo je kau. Macam kita ni takda. Tunggu je lah kat situ sampai diaorang rasa nak masuk kandang tempat nak stamp pasport tu. Nak nak plak kau balik flight malam dengan penat nak mampus kan. Still kau kena sabar ya. Apa special bangsa diaorang ni pun aku tak tahu lah. Cuma negara kambing gurun tu ok skit dalam perangai kalah Firaun diaorang. 

End.


Story Two

Oh Esah welkem bak to your mother land. Jangan lupa banyakkan urut dada dan memandu cepat sikit kat KL tu. Tahu je lah kan siapa lah yang ikut sangat speed limit tu. Pastu bila kena saman bising, bila accident pun bising. Apa yang kau senyap tak tahu lah kan. eh aku bawak laju jugak ok, tapi laju dan berhati hati.  Agak lah kalau kita heret Esah ke Souq tu kan Mak Piah, mau dia tutup muka tak tengok orang sini bawak camana kan. Saya istigfar tengok orang sini bawak sambil dalam hati cakap...'ye lah dulu diaorang bawak unta, masakan sama'. Keji tak? 

Korang tahu kan ada acara Berjalan Sambail berAmal yang akan dikelolakan oleh Fitrah  . Ingat dapat lah aku join Mak Aji and the geng, tapi rasanya tak dapek. Oleh itu kami..... Aku dan Mak Piah akan buat cara amal di mall mall yang berdekatan. Acara ukur jalan yang jarak antara kami ialah 1 meter untuk mengelak dicekup pegawai agama tetap diteruskan. Oleh itu nanti kan siaran langsung dari padang pasir ni.

Dah nak tunggu tikar terbang MP datang nanti.

End.

P/s: letih lah nak tulis lagi 999 story