Thursday, June 6, 2013

Sepanas udara di Daerah Mutiara

MP cakap aku blogger sendu...hambik kau update tak hengat, sendu tak Kak Ton???. Katanya bekas cikgu lulusan Bristol*bukan Dlurpak ya*. Kalau kita menulis, tulis lah dengan sepenuh hati. Wahhhhhhhh ni bahaya ni, sebab saya kalau buat apa majority ikut hati. Jadi kalau tulis, akan bertambah-tambahlah bara bila ada kes.

Sebut pasal kes...typical kes anak kapal ialah dok bercakap pasal orang.

Orang tu macam ni, macam tu, sejarah silam, siap kutuk bab gigi pun ada. Begitu details kan? Tapi bila buat kerja cincai plak.

Bila kita ni asyik dok kutuk orang je, nampak sangat kita tu insecure. Orang tu tak kena, orang ni atiitude* eh tu aku kan Temasik reader?*, orang ni tak cantik. Jadi bila masanya orang akan betul, kalau ada je salah dia. Dan bila ada orang dok bercakap pasal orang, atau pun cuba menyampaikan juicy gossip ayat dia akan berbunyi begini " eh you/yang tahu tak...".

Maka masing-masing akan pasang antenna siap parabola lagi, dan kelajuan dia mengalahkan kelajuan cahaya. Gila laju kau!

Walaupun seronok di dengar, tapi dinasihatkan kita sebagai pendengar ....dengar je lah. Tak payah lah nak ambik pot sangat. Ni baru dengar terus dok sebar kalah virus ebola,siap mula lah nak kenakan si polan polan.Cuba analyse dulu, digest tak pun observe. Orang tu betul ke tak betul. Maybe diaorang ada clashing in work, tak payah lah kita pun turut sama nak tiup arang.

Katanya supervisor ni macam tu, supervisor tu macam ni...some of them ada yang strict, ada yang bitchy, ada yang lantak kau....ada jugak yang mak nenek. Different type different style of working, meet the expectation by doing your job, nak kipas tak perlu. Ni tak experience pun orang tu buat salah, you dah aim nak kena kan....oh lupa you pangkat besar. 

Anyway kita ni bawak orang nak buat ibadat, so marilah berlapang dada, senyum senyum dan gumbira. Have a welcome gesture in briefing instead of semua ayat kau nak bunyi warning je...Ayoooo susah lah ini macam. Saya senyum kambing sebab teringat plak set-set nazi zaman KG dulu. Layan je lah, you know your stuff, nobody touch you...betul tak MP????

Hey...kita ni Redha Airlines je kot...tak yah nak bitchy sangat lah

Ok lah nak gi beli air zamzam 5 botol kat kedai Jali*sambil makan kurma konon nak testing*

p/s: Bila nak jumpa ni?? Abaya kamek dah siap tok...







Saya nampak.....awak nampak?

Saya selalu cakap, kalau buat ibadat tak payoh le nok tunjuk kat orang. Walaupun bila gi negara orang, maka saya*dulu nya* dengan penuh poyo dan semangatnya dok upload pic. Tapi bila gi tempat yang elok, takdok pulak nak update.

Tu yang saya warning orang yang nak tagged pic saya. Eh jangan kau tagged aku! 

Walaupun pernah lah kawan sekelas dulunya berkata semua negara dah melawat bila lagi nak ke tanah suci. Nak je kalau boleh aku cakap...now aku gi balik hari je. Tapi tak baik riak, nanti tuhan balas cash. Kalau balas cash in MONEY...hari-hari agaknya aku riak.

In one of the incident, melihat orang yang balik buat ibadat is such a pleasure sebab gumbira dengan amal ibadat yang mereka buat. Boleh lah kot dapat tempias-tempias saham, nak harapkan saham menebal...kau tak habis-habis nak menyetan. Somehow today..walaupun tak semua tapi some lah kan, orang kita la plak yang bijak pandai, dah balik buat ibadat tapi naik kapal dok marah-marah , sindir-menyindir tak hengat just because of seat.

Siap sindir 50kali ni bila orang nak tolong. Mintak letak bag pun, tak dilayan malah dok kata sedap-sedap lagi. Aku ni hujung-hujung je mulut, tapi penat sangat aku bagi pandangan 'makrifat' je.

Mutawif tu siap cakap "sebelum pergi dengar kata, balik ni semua dah tak dengar".

Hanya orang je yang nampak perubahan kita kan? Kita tak akan nampak.

Kenapa lah jadi macam tu agaknya? 

Kurang muhasabah diri ke? Atau pun rasa ibadat dah tebal didada setebal iceberg maka kita pun naik sombong. Tapi confirm masa kat tanah suci, kita akan cuba bersabar sebaik mungkin. Ke sebab kita takut balasan?.

Rasa nak cakap balik tapi tak perlulah sebab kita tak dapat apa pun, paling kuat kene lah sindir balik.

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn???


Friday, May 24, 2013

Inside out

Sejak terbang kembali dan sejak jugak orang tu berada dikepualauan firdausi, makin jarang kami bercakap. Dia takda internet lagi katanya, aku plak time different. Tapi tu semua bukan alasan kan? Cinta ku sedalam lautan benggal, so kita tempuh sama-sama lah badai tu. Amacam jiwang kan?

Since kita berhubung pakai sms je, apa yang ditulis semua tu takda emotion. So kalau tengah tension, yang tulis elok pun ditafsir macam marah. Aci ke? Mana aci!

Saya bagitahu saya pergi ke salah sebuah bandar suci, sila lah google dan baca lah pasal holy city tu. It's good for you know. Excited orang ni sebab semua orang dah sampai, saya je tak sampai-sampai lagi. Dapat pergi another city pun dah kira bagus. Sayu ok perasaan dia. 

Tapi dalam pada tu, katanya dia tak suka dengan system pendidikan padang jarak ni sebab ada unsur-unsur mengatakan yang orang yahudi dan nasrani tu jahat.

Aiks? Aku suruh kau baca pasal holy city ke kau baca pasal pendidikan ni??!

After all the potpetpotpet, saya tanya. Ni nak marah city tu ke pasal kita yang tak bercakap dah berkurun ni?

See....I spotted something.

Ya memang dah lama pun tak tengok muka dengar suara..apa ntah lagi nak bercalling. Macam ikan kering pun ada kitaorang duaorang. Semua based on whatapps. Agaknya whatapps tu keluarkan sekali emosi-emosi kot..hehehe. Kalau cakap,tapak tangan pun tak sampai menunjukan betapa rajin nya kami. Tu yang sebenarnya nak marah, tapi cam biasalah topic lari dari yang lain. I know you la bebeh...in and out.

So I didn't explain, instead I asked the question back. Kalau lah education system negara maju lebih bagus dan tidak mengajar kanak-kanak agar mengenai kejahatan agama lain. Kenapa semua media propaganda nya mengalahkan education. Sama jugak kan?

Kat sekolah tak ajar, tapi kat TV tetap hasut benda yang sama. Kenapa setiap kali ada pengboman, pasti orang kita jugak disalahkan? Oh orang negara maju occupied negara lain dan buat sistem hamba abdi dan lancarkan perang..kenapa tidak dituduh jahat?

Sorry katanya we both cold

Takpa, ada time kita macam tu. 

I miss you like crazy*sambil nyanyi lagu the moffats*

Monday, May 13, 2013

attitude ah budak tu

Semalam gi briefing, roster changed. Crew asal sakit, crew ni ganti...no hal walaupun set crew tu saya tak pernah kerja. Masuk brifeing room, saya terbiasa dengan KG*kambing Gurun* punya style, wish morning to everyone but no self introduction especially salam. What to do I was 1st class..paris.....International.

Some of them I know when we went to the Souq, just tegur and lite chit chat. Some I smiled while putting my bags. So can  I consider it as breaking the ice?.

No...It's not happening here.

In terminal, I smiled again to some of them but no response and they start buat-buat muka. I'm not a mind reader, so I don't know.

Onboard..I did my work,there's one time some boxes almost fall on the floor while I tried to pick it up and talking to other crew  at the same time. Saved by one girl who stood behind me. But I turned to the guy because he mentioned something. Kiranya I didn't turn to her and says thank you or says sorry.

my PakDara si purser zone saya datang, tanyanya ada tak saya introduce diri kat semua anak kapal. Saya cakap takda tapi saya wish morning to everyone. Nope..he said, I should make a practice to introduce diri, lagi pun apa salah nya kalau salam sekali. Kita kan orang melayu So what he wants me to 

Spotted...not about being melayu, but previous company culture perhaps?.

PakDara continued asking me what happened with the boxes and the crew 'cakap' I don't even say sorry or thank you. So what he wants me to do is to go to each of the crew and introduce and appologise to that particular crew.

I was laughing because this is sooooooooooooooooooooooo Cap Wau*CW*.

..............

Ok fair lah, kita join set orang. So I went and apologise to the person yang cakap I tak cakap tu. Dia memang cantik tapi sayang hati je kurang cantik macam muka dia yang pakai set-nite-cream-cap-indonesia tu. Tapi biasaah pokcik is being pokcik, I have no filter to guard my mouth too kalau orang dah treat macam budak sekolah. Dalam mintak maaf pokcik mention lah sebab telah 'kurang ajar' tadi and explained apa yang berlaku. It's just happened and I mean nothing sebab sibuk lagi pun. Kau ingat semua orang nak sembah-sembah dan tunduk-tunduk ke? Seraya berkata "takpalah nanti datang je zone saya dan TARUK je*POMMMMMMMMMMMMMMMM*.

Poor PakDara, because of  me, perempuan purser tu complaint sama dia lagi that i shouldn't mention kurang ajar. Weh......kau takda kerja lain ke nak buat selain dok complaint? Datang nak kerja ke datang nak sentap about personal stuff?

Untuk kesekian kali nya selepas mendengar apa yang ADB saya dok cerita selama diaorang kerja di CW, baru lah saya tahu betapa culture ini sangat bangang. Sebenarnya bermula dari awal lagi...like domino effect lah ni, sebab kau tak intro diri lepas tu semua nak pick point.

For me lah kan, this is maybe works on me lebih baik kita focus on work bukan pasal personnal matters orang tu. Ni budak tu attitude, budak ni attitude. Budak tu tak ok, budak ni tak ok...more to personal issue. Bukan ke patut focus pada kerja, budak tu tahu pasal kerja dia ke? Buat kerja ke? Ni tak....feeling senior je.

Last skali disebabkan itu bersiap sedialah nama anda akan tersebar dengan pantas sebab CNN works very well, maka ramai lah akan quote 'I look forward to fly with you'. And I look to fly with you too...so nampak gayanya saya pemes lah pas ni kan?

Anyhow, I still look to learn the good thing from them. Not everything was bad kan?

MP...any advice?



Thursday, May 2, 2013

Ikhlas

I've done 3 flights so far...no complaint so far. Compared before, banyak gila kerja. Now it's more like relax, lagi pun profile pax sama saja, mostly from kampung...orang tua, terbongkok-bongkok dan gigih ingin melakukan ibadat. Sebagai penghantar, kita buat yang terbaik walaupun mostly cap helang ni boleh jugak dikategorikan sebagai cap redha*dah start*.

Sungguh takda complaint! Melihat mereka yang tua-tua sayu hati saya, mengenangkan arwah tok saya dulu. Agaknya masa dia pergi dulu macam mana lah dia dalam kapal. Adakah anak-anak kapal layan dia macam haramShake? Muka ketat? So far saya tengok takda kali ni, mostly sangat penyabar. Ye lah muka ketat pun apa kau dapat kan? Mungkin ada tapi saya harap taklah sebabnya

Diaorang bayar nak gi kampung MP, tak tahu lah dapat pergi lagi ke tidak pas ni. 

Diaorang tak lah tahu apa pun, kecuali apa yang disedia kan?

Diaorang sebenarnya tak tahu nak guna kan toilet, nak kunci pun tak tahu sebab apalah kau expect orang orang tua kan?

Nevertheless, hormatilah mereka kerana mereka sangat senang berbicara dan lepas jugak rindu pada arwah tok saya

Semasa sampai Medinah, salah sorang nenek ni tiba-tiba menangis bila dah kapal landing. Ditanya nenek ok kah semasa semua orang nak keluar.

Jawabnya dalam sendu tangis

"Terima Kasih kerana menjaga kami dengan baik, semoga anak selamat menjalankan tugas dengan baik dan ibu doakan anak diberi rahmat oleh Nya"*sambil kesat air mata dengan telekung dia*.

Pokcik terdiam sekejap

Terkedu

Sebak melihat dia menangis nak-nak lagi perempuan menangis. Saya memang tak boleh.

Sebab commercial pax terima kasihnya lain, dan kali ni terima kasih dia sangat terkesan sebab ini lah Terima Kasih yang paling berharga saya terima.

Harapnya nenek mendapat keberkatan jua

Saturday, April 27, 2013

Sayap

Semalam hari graduasi saya yang sesungguhnya saya takda rasa nak pergi langsung. Tak tahu lah pasal apa atau pun saya in denial sebab sebenarnya rasa malu dan takut nanti orang akan tanya 'Kau kerja apa sekarang?". Satu lagi saya dah convo dulu, so kali ni tak lah rasa penting mana*boleh ke macam ni?*

Temenggong Jugah  wasn't present yesterday even though he confirmed his attendance. Yang ni lagi teruk reason dia, sebab nya dia tak habis belajar lagi dan tak lari jugak rasa malu. Tak tahu lah kenapa orang-orang tua je yang nak rasa malu. Padahal budak-budak tu banyak lagi yang tak habis belajar tapi elok je grad jugak.

Bila saya cakap dekat Makji Esah saya tak nak pergi, dia kata "Rezeki orang lain-lain, mu gi lah penat belajor selama ni sapa kena raging" masa kitaorang berbokbekbokbek di kedai kopi kegemaran MB. Balik tu saya dok fikir lah, adakah perlu? Berbaloikah? Thanks to Esah namun begitu mokcik tingtong dok akat tepon rumoh dia, mintok no hengpong, dok wie starang baroh. How la nok majukan business mokcik tu ah? Aku speku dia sibuk berkempen area PCB tu! Tu yang koho dok akat tepong.

Sambil driving sambil fikir....aci dok?Drama sangat kan?

Masa reporting to cap helang, sekolah call tanya nak pergi ke tak? Saya dengan poyo*dalam hati je lah* kot nya aku fly time tu camana? I returned the call and informed sekolah burung, saya akan hadir dan bagitahu Sofea sekali. Sofea cakap ikut sukalah nak pergi ke tak....atas saya semuanya.. 

Saya fikir saya ni selfish, sebab kalau bab keluarga semualah tak boleh dan susah. Tapi kalau bab kerja semuanya boleh. Dari zaman dulu sampai ke kambing gurun sampai ke sekolah burung sampai ke sekarang, ada je tak nak join family gathering. 

Tapi disebabkan mulut tak habis-habis cakap tak nak , tak nak...hambik kau masa nak catch flight to KB, ada orang tu TERTINGGAL tie dan eppulatte!! Mampus mana nak cari especially Eppulate 2 bar tu. Pentinggggggggg wooooooooooooo dan nak dapat bukan senang. Siap kena pukul bagai dulu.Syukur sempat jugak adik aku hantar balik eppluate ke terminal, dah la time orang boarding kat gate.Phuihhhhhhhhhhhhhhh

So next time mulut guarded skit ya!

Saya berubah fikiran untuk pergi disebabkan keluarga, rasanya ia adalah hari yang perlu saya raikan dengan mereka. Walaupun aku ni jarang tunjuk kasih sayang tapi jauh dalam hati dan sanubari, mereka tetaplah No. 1. Cehhh kononlah, tapi kalau kawan call ajak lepak je sanggup ni jumpa kawan. Serious aku tak tipu, sangat perangai firaun tak dahulukan family. Lagi pun ini lah yang aku nak sangat, so yang kau tiba-tiba gila tak nak pergi apsal?

On the day itself, Sofea, Ernesto, Barbarra, Roberto dan Sebastian*anak sedara aku* pun ada jugak. Ernesto especially sakan dok bergambar dengan kapal kapal yang ada, si kecik Sebastian usah dicakaplah nak berlari saja. I saw their smile and I saw their happiness, dan saya rasa itu lah 'hadiah' untuk mereka yang banyak berkorban untuk saya. Terima kasih atas Doa' dan sokongan, sekarang masa untuk membalas kembali jasa mereka. Ada orang tu tiba plak rasa sebak pulak......*emo kan?*

Emo lah sebab saya kan kuat KOYA dari dulu dan masih lagi koya tapi less sikit je.

Satu lagi, yang tukang bagi 'sayap' ialah Astronaut Negara. Sangat tinggi dan handsome ya walaupun dia dulu ialah pelakon iklan yang famous. Very soothing voice sampai kakak aku si Barbarra dengan gediks tak hengat siap ambik gambar rapat baik punya...anak dia ntah kemana time tu. 

Congratulations to all my brothers, especially those who awarded with best piloting, best academic and topgun. Unexpected to the winners but they deserved it. Each of them were good during the training and we knew it. Walaupun salah sorang pemenang tu sampai ketar-ketar tak percaya dia menang. Kelakar lah budak-budak ni.



lama dah kan tak keluar muka kat blog sendiri*giler glamour*

Till we meet again

p/s: Not to forget to all instructors, yang baik, yang garang, you have your own reasons doing what you supposed to do during training. Never be forgotten even though it isn't mention anywhere, and Thank You wouldn't be enough to express our gratitude.Thank you Sir!!!!*berdiri tegap*

To readers who have been follow this blog(now and then)...Terima Kasih;)

Friday, April 12, 2013

Ada berani?

Melihat pada video budak sekolah kena buli tu membuatkan saya sakit hati! Sangat sakit hati, bukan sebab dia skima mahupun sebab sekor lagi tu nampak samseng. Tapi benda ni pernah belaku pada tuan punya diri.

Percaya tak saya kena buli lebih kurang macam dalam video tu?

Dan sesungguhnya melihat pada video itu, mengingatkan kembali pada zaman sekolah menengah dulu. Walaupun time tu saya tak lah seSkima macam ketua kelas tu, tapi sebagai budak yang nampak lemah, baik dan tak kacau orang. Anda adalah mangsa terbaik untuk anak-anak setan yang mak bapak sikit pun tak tahu anak dia rupanya iblis kat sekolah.

Saya pernah dibuli masa sekolah rendah, diejek nama ayah, diejek macam-macam dan budak yang ejek tu pernah jugak aku nampak datang sekolah ada bekas tapak tangan kat muka. Sah kau kene lempang dengan bapak kau kan semalam? Puasnya! Ya, saya melawan balik dengan ejekan dan biasa akan bergaduh belakang kelas..korang ingat tak zaman sekolah rendah kan ada sudut bacaan kat belakang tu. Hah, kat situ ler kitaorang ber'Goncos'.

Zaman sekolah menengah plak, ada sekor anak iblis ni yang sesekolah dengan aku dari sekolah rendah. Tapi naik sekolah menengah je terus jadi Afrit. Budak form 2 tu memang muka samseng sebab berjerawat batu, tak tahu lah dia jeles sebab muka-tak-akil-baligh-ala-jambu-aku yang buat dia tiba naik gila. Tapi kat sekolah je lah dia samseng. Sebab kat rumah, dia takut giler dengan bapak dia. Dan adik beradik perempuan dia boleh gelak kat aku bila tengok aku kena buli, Padahal keluarga kitaorang kenal ni. Memang dasar anjing balingan sangat anak beranak tu*ops*.

So apa yang best bila kena buli?? 

Best ke?

Anda akan merasa sangat shiyal, tak nak ke sekolah malah takut nak ke sekolah. Bimbang, kalau boleh tak nak lalu depan kelas setan-setan tu semua. Dan seperti biasa setan-setan ni akan mempunyai geng 6 jahanam dia. Dan port diaoang adalah seperti didalam tandas lelaki, kawasan belakang sekolah, kawasan parking motor, surau mahupun kawasan belakang block form 6. Nak melintas red area tu semua kena tengok timing, salah timing kau akan menjadi lauk ya.

Lebih kurang dalam video, aku kena belasah macam tu lah. Dalam melawan pun tetaplah kawan dia akan datang tolong kan? Tapi saya tak pernah menangis walaupun sakit wooooooooooooo kena belasah, sebab sekiranya anda menangis. Anda dikira Bapok atau Pondan. Dalam lawan tetaplah KATA-KATA NISTA aku berikan sebab itu adalah senjata yang bagus untuk membuatkan setan-setan tu panas. Diaorang rasa berkuasa. Budak-budak time form 2 ni memang tengah rasa besar kepala, melawan cikgu, kaki ponteng, tak takut dengan mak ayah dan macam-macam lagi lah. 

Sebagai lelaki, saya tak pernah bagitahu sikit pun kat Ernesto sebab bagi saya, ini hal budak lelaki. Saya akan settle sendiri dan bila nak settle sendiri maka diri kau akan dibuli dan dibuli. Si Barbarra pernah kena warning dengan aku supaya jangan cakap kat Sofea dan Ernesto. Kalau dia cakap je, aku akan pecah rahsia yang dia keluar dating ke town dengan boypreng dia yang poyo tu. Itu adalah kesilapan masa lalu sebab tak cakap kat mak ayah but I'm happy because I'm survived. 

There's a time sekor budak kelas aku ni, kurus kering macam cicak kobeng tapi ada hati letak modes/women pad in my bag. I know he put it, walaupun budak perempuan tak berani nak cakap. What I did*sebab aku dah pandai skit time tu*. I report to Cikgu Disiplin. Terror kan? Datanglah cikgu Dolloh Blue bawak pad tu dan bawak si cicak tu skali dengan rotan-rotan*puasnyaaaaaaaaaaaaaaa*. Terus balik tu cicak ugut nak pukul aku, tapi diri sendiri keding ada hati nak pukul aku. Dia lupa, rumah dia dekat je...so aku ugut lah balik nak report kat mak dia. Takut terus jadi baik

In fact, cicak form geng dan geng dia sentiasa nak kena kan aku. Tapi dia lupa, dia semua dalam pemerhatian sebabnya, tak cukup cikgu disiplin, PK HEM Si Megalow pun aku inform sekali, cuma bukan Pengetua Daddy long leg je aku tak report. Ingat tak kisah anak burung sekor ni tiba-tiba nak 'daulat' aku. Hah yang tu tak pasal kene SOUND TEPEK depan muka! Sikit lagi nak makan penampor.

It wasn't nice to be bullied, if anyone of you was a victim. Always stand up on your feet. I'm not suggesting to be violent, but as man SILA LAWAN!!! If you loose, it's ok but you keep your pride on. If you are a bully, kau memang anak setan, tak tahu lah mak kau masa mengandung tu tengok terkenan ganster ke tak pun bapak kau samseng kampung dusun ke. Hakikatnya kau memang anak haram!*matilarrrrrr emo gila ni*. What would you get by bully your friend. Kenapa kau bully kawan sekolah, kalau berani ada telur sangat pergi lah bully samseng kat jalan sana. Mau kau pucat terkencing. Tak pun masuk sekolah juvana, habis lah kau kena dengan si Lan Todak.

My friends says forgive those who used to bully me. We are all grown up and adult and those days we were too young and stupid to think wisely. I don't agree, yang set-set tak bully orang tu young jugak but not dumbass pun. I don't think I can forgive even though it was 15years back. Kau mungkin menyesal dan malu kalau jumpa aku, dan aku harap dapat jumpa so aku boleh lah tanya balik apa seronoknya buli orang. Namun begitu aku tetap nak tengok 'anak kau' macam mana sekarang. If it would happen to your own child,  I hope you know why.

It must be hard to be parents today but it must be hard too before. As parents,mana lah kau tahu anak kau tu pelesit walaupun balik rumah nampak baik je. But I think yang kaki buli ni memang dah boleh didetect berdasarkan character. You know you own child anyway, ada yang nampak lembut, baik, jahanam dan the ultimate setan. So sila pantau dengan sebaik mungkin. Sila lah bagi tapak tangan dan kaki kalau dah dajal sangat sebab masa umur belasan tahun ni, memang time tak takut orang punya. Tapi tetaplah duit mintak mak ayah jugak kan?

Pembuli dalam video tu, aku rasa mak ayah dia confirm malu giler sebab anak dah kene sumpah seluruh negara. Mana kau nak letak muka? Setakat buang sekolah adakah akan memberi kesan pada setan-setan yang lain? Kata orang sekarang dah tak boleh rotan, dan ini adalah salah satu hasilnya tak boleh rotan langsung...iaitu menjadi afrit. Zaman aku dulu, elok je siapa yang dajal kena rotan di perhimpunan. Kau ada berani nak buat lagi?

Dalam hati saya, kalau boleh aku nak sepak-sepak je beruk pembuli tu.

Kudos to ketua kelas....you are the man!