Kami dalam 10 orang ke kawasan tengah hutan ni. Dijemput oleh seorang kawan yang jugak pengurus retis. Ada cabin yang tersembunyi di dalam kebun buah. Cabin ni boleh la nak buat kem rohani ke kem askor ke gitu ler bentuknya. Agak kalau korang lapor, sila la makan buah-buahan yang bersepah dikelilinganya. Tempat ni kepunyaan seorang yang ternama tapi macam biasa bagi saya tak kenal orang ni akan bertanya siapakah? Namun begitu, tuan rumah empunya tempat sangat la merendah diri. Ni baru orang yang hader-hader kan. Katanya kawan saya ni harta nya berkoyan koyan dalam dan luar negara tapi melihat tuan tanah pun kita dah tahu siapa orang nya.
Ok tu atas tu mukadimah je.
Antara 10 orang ni, ada sorang kawan yang boleh dikenali sebagai Ismet Ulam Raja (IUR) yang agak la rapat dengan saya. Orang nya peramah dan periang. Semua orang dia boleh masuk. Nak banding dengan aku ni akan ada cold moment dulu pastu baru la meriah. Biasalah mula-mula kena lah jaga perangai setan kau dulu kan hehehe.
Setelah selesai liburan lewat malam yang dipenuhi dengan sesi panggang ayam dan gossip liar. Kami semua balik ke cabin untuk beradu. IUR satu cabin dengan saya dan lagi tiga orang.
IUR tampak gagah tapi kadang kala dia seperti ditakuti oleh bayang-bayang misteri. Disebabkan cabin tu tengah hutan, maka toilet nya sedikit kejauhan dan terceruk di tempat gelap. Maka di minta katanya kalau dia nak cirit tengah, malam diminta teman kan ditakuti Kak Limah teman dia. Kami semua ok je la, takkan kau sanggup tengok kawan kau melepas dalam cabin. Dah macam duduk asrama plakkan.
Ada antara kami dalam cabin tu juga seorang Pendekar Musang Siguntang. Orangnya lemah lembut, muka boleh dijual lah kira, tampan menawan tapi jangan kau tak tahu ilmunya pernah mengali kubur orang yang dah mati untuk ilmu terlarang. Tapi itu dulu dikala remaja. Dan antara kami, dialah yang paling berani kerana dia dah biasa nampak dan punyai kebolehan boleh nampak si Wajah Sutinah. Maka disuruh lah olrh IUR untuk 'intai-intai apa tu umar' kot kot kawasan tu keras ke. Sampai malam nya si IUR bawak turun tilam untuk tidur berdekatan kami walhal katil double decker tu dua langkah antara masing masing.
Masa nak tidur, tiba tiba IUR cakap sesuatu. Kami semua mendengar dengan teliti walaupun semua dah ting-tong mengantuk. Ingatkan cerita hantu, rupanya IUR bercerita pasal depresi yang dialaminya.
Dia dah 9 bulan berhenti kerja diatas depresi yang dia sendiri tak tahu apa masalahnya. Dari berjawatan tinggi disebuah pusat perbankan, dia berhenti tanpa hala tuju dan hanya merehat diri. Saya mula-mula mendengar saja cerita dia tapi tiba-tiba saya relate kan dia dengan Robin Williams. Sebabnya dua-dua jenis ceria dan selalu melawak. Benarlah apa yang dibaca satu ketika dulu, orang yang paling sedih sebenarnya orang yang paling gembira. Kami semua tidak mengetahui masalah UIR. Saya tahu dia berhenti kerja tapi seingat saya dia sudah bosan dan mahu mencuba tempat baru. Rupanya bukan...
Dalam semua dah ting-tong, kami semua segar mendengar ceritanya. Mendengar kesedihan dan tekanan yang dialami. Hanya dia saja yang mengetahui kerana saya yang mendengarnya tidak nampak apa yang dihadapinya ialah satu tekanan. Bukan tekanan kerja, bukan tekanan keluarga....tidak tahu apa tekanan itu.
UIR juga bertanya sekiranya ada antara kami yang mengalaminya. Semua meluahkan apa yang dirasai tentang tekanan termasuk saya.
Saya pernah juga mengalami tekanan sewaktu habis sekolah burung. Tiada kerja dan bingung memikirkan apa yang patut dibuat membuatkan saya depresi. Tension duduk kat rumah, dah lah semut jauh tak membantu hati dan perasaan saya. Sampai suatu ketika saya pernah memikirkan jika 'suicide' adalah jalan terbaik diatas kegagalan mendapat kerja. Ya pernah ia terlintas difikiran, tapi syukur saya sedar sekiranya ia berlaku bukan saja memberi impak buruk pada keluarga malah saya tak dapat bayangkan kalau aku KIOK takpa lah kan. Kalau kau cacat tak ke menyusahkan hidup mak bapak kau plak kena jaga. Dah alik-alik boleh kerja, duduk la kau atas katil forever. Itu yang membuat saya tersentak dan terus keluar berjalan-jalan.
Syukur...masih ada akal dan fikiran yang waras.
Pendekatan waktu itu selain mendekatkan diri dengan tuhan, bahan bacaan juga membantu anda bangkit dari segala fikiran negetif. Ianya semua besarang difikiran. Sekiranya negetif saja yang difikir...negetif lah jawapanya tindakan anda.
Dan saya faham melalui saat itu, sekiranya kawan anda bercerita tentang masalah yang dihadapi walaupun kau dah lama tak jumpa dia. Maka ketahuilah mereka memerlukan seseorang untuk bercakap. Saya banyak meluahkan ke Altamirano dan jugak kawan kawan yang lain. Terbuku dihati tak dapat menyelesaikan masalah anda. Luahkan dan mendapat bantuan adalah jalan terbaik.
Berbalik kepada IUR, bagi saya kalau dia tak depress, dia tak akan bercerita. Katanya dia berjaya tangani isu tersebut tapi saya rasa masih ada lagi benda yang tidak dilepaskan atau tidak diketahui punca masalahnya. Saya katakan kepadanya, bila bila masa saja kalau dia rasa stress, call lah saya walaupun 1000 kali saya mendengarnya. Saya akan dengar. Jangan hadapi sorang sorang dan mintalah pertolongan dari Nya*tu diaaaaaaaaah tiba-tiba serban kau berkilat*
Aneh bukan, dalam kita dok gelak-gelak kita tak tahu seseorang punyai masalah yang walaupun bukan besar tapi masalah itu tak dapat diselesaikan kerana buntu jalan nya. Kita takkan mengetahui nya melainkan selepas kita melepasi zone selesa orang itu untuk bercerita perihal diri dia.
Jadi silalah dengar dan jangan lah hakimi masalah mereka.
Ok masalah saya sekarang ialah......bila nak clear terbang ni. Bosan lah!!!*nampak tak? masalah tak habiskan sampai mati*