Wednesday, September 25, 2013

999 Homesick

Cerita 3

Hari ni dah 3minggu duduk tanah ambia, tak lama kejap je dah nak habis bulan 9. Dan pagi ni saya nak pergi kerja ke Afrika Barat iaitu Ivory Coast. Tak boleh nak tidur lama sebab tak ngantuk, lagi pun pick up sebelum subuh. Jadi cam biasa tidur nya ala zombie.

Itu tidak penting tapi masa nak ke airport ntah camana saya tiba tiba Homesick dan saya rindu Sofea. Saya message dia tanya khabar dan semua. Biasalah mana lah aku reti nak sms panjang, panjang dengan mak kan? Kemain ko, dengan Semut boleh plak berjela jela.

Saja saya nak bagitahu saya fly kemana ringkas dan padat. Dan sudah menjadi tabiat ibu saya setiap kali dia reply sms, mesti cakap " ok kerja elok elok ya, jaga diri dan Ma selalu doakan akim berjaya mencapai cita cita".

Ok aku Sebak

Rasa nak nangis*Aci tak?* tapi kat airport nak tunggu clearance immigration. Orang pun ramai, crew lagi ada. Sungguh ya saya menahan sebak dalam diri. Weh aku memang power dalam bab menahan sebak ni.  Rasa nak balik time tu jugak, nak duduk semeja makan ramai ramai sambil usik si Ultrameng yang banyak mulut tu. 

Saya selalu Kelu dan tak tahu nak balas apa. Jadi saya ambik masa dalam tahan air mata tu. Giler emo tak tentu pasal. Selama hayat duk padang pasir dulu ok je, kali ni nak duduk lama lama negara orang rasa lain. Saya rasa syndrom bila dah dewasa, kita akan lebih fikir orang tua dari diri sendiri. Tapi tetaplah saya tak meroyan nak balik, nak balik, sebab tugas kita kat sini. Tak lama pun, so sabar lah. Jangan lah hari hari asyik meroyan nak balik. Kenapa lah awal awal dulu tak fikir sebelum mintak kerja. This is a bit and pieces part of out job. Habis nanti ha....balik lah.

Sunggu pun lain orang lain Homesick dia, tapi layan Homesick sekali sekala ok la. Jangan lah hari hari dok tanya soalan yang sama "bila lah kita nak balik".

Ok thats it

Tadi sedih pastu smesh orang plak.

Disebabkan saya rasa sedih dan rindu kat Sofea saya reply dan ucapkan terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya. Dengan malu jugak saya sms cakap " Ma, i miss you"

10 kali aku type and delete.

Saya rasa janggal nak luahan kan perasaan tu pada Sofea, dan saya tahu adik adik saya pernah sms dia dan bercakap demikian. Armando dan Roberto selamber je cakap. Tapi aku nak ucapkan tu rasa sangat malu dan segan. Saya rasa bila kita makin besar, makin kurang kita luahkan perasaan kasih sayang tu. Atau pun itu cara saya dibesarkan.

Anyway I just reply her with a story message, sebab kalau lama karang aku banjir kat situ.

Dan ya saya sangat rindukan Sofea

Wednesday, September 18, 2013

1001

Story One

Lama kan tak tulis? Saya dah 10 hari kat kampung MP ni, selamat sampai sini dengan 1001 arabian night stories.  Bagi yang tak biasa akan memang nok stop complaint. Ni termasuk aku lah ni, siapa lagi kan? The flight was smooth sebab yang datang satu kapal ialah kami semua. Jadi kami akan bermastautin disini sampai lah habis orang buat haji sana. Tapi yang mencabar nya ialah airport negara pasir berdegung ni. Mak Piah lain sebab dia passport besar, mampu orang nak tahan dia. Where else kitaorang ni melangut la dok menunggu.

Ok ini adalah entri basi.

Kadang kadang terfikirlah kan, kenapa lah diaorang dah tahu jutaan manusia datang ke sini System tetap macam tu jugak. Take their own honey time. Nak boleh clear immigration tu korang boleh bercinta tak pun sempat buat anak lah kalau nak. 

Dah nampak orang datang, diaorang ni boleh buat dono n bodo je kau. Macam kita ni takda. Tunggu je lah kat situ sampai diaorang rasa nak masuk kandang tempat nak stamp pasport tu. Nak nak plak kau balik flight malam dengan penat nak mampus kan. Still kau kena sabar ya. Apa special bangsa diaorang ni pun aku tak tahu lah. Cuma negara kambing gurun tu ok skit dalam perangai kalah Firaun diaorang. 

End.


Story Two

Oh Esah welkem bak to your mother land. Jangan lupa banyakkan urut dada dan memandu cepat sikit kat KL tu. Tahu je lah kan siapa lah yang ikut sangat speed limit tu. Pastu bila kena saman bising, bila accident pun bising. Apa yang kau senyap tak tahu lah kan. eh aku bawak laju jugak ok, tapi laju dan berhati hati.  Agak lah kalau kita heret Esah ke Souq tu kan Mak Piah, mau dia tutup muka tak tengok orang sini bawak camana kan. Saya istigfar tengok orang sini bawak sambil dalam hati cakap...'ye lah dulu diaorang bawak unta, masakan sama'. Keji tak? 

Korang tahu kan ada acara Berjalan Sambail berAmal yang akan dikelolakan oleh Fitrah  . Ingat dapat lah aku join Mak Aji and the geng, tapi rasanya tak dapek. Oleh itu kami..... Aku dan Mak Piah akan buat cara amal di mall mall yang berdekatan. Acara ukur jalan yang jarak antara kami ialah 1 meter untuk mengelak dicekup pegawai agama tetap diteruskan. Oleh itu nanti kan siaran langsung dari padang pasir ni.

Dah nak tunggu tikar terbang MP datang nanti.

End.

P/s: letih lah nak tulis lagi 999 story

Monday, September 2, 2013

Sarang semut (entry basi)

Best ke jumpa Semut Cik Ainonina?

Best la, bukan senang nak jumpa kan. Sib baik tak naik tongkang je pergi jumpa. Tu pun orang tu ada hati nak pergi tempat outskirt lagi macam rancangan 'Survivor' tu. Kan kene berak gali tandas baru kau menyesal. Kawan dia sorang tak boleh guna tandans cangkung, so end up dia pergi guna 'western toilet' dekat gym. Aiks dah nama kerja kau sukarelawan, ni bukan paris nak glamour..kata kawan kawan Semut.

Aku gelak je sebab tak leh bayang kan nama western toilet.

Seminggu spend masa bersama tak lah lama. Sebab nak tunggu seminggu tu sampai bukan main lama, once kita dapat je seminggu tu macam kejap je. Sadis jugak kan? Jadi guna lah sebaik mungkin. So Esah, iols idok ler 'mulut luah' or panas baran. This time sangat magis sebab penuh dengan kasih sayang.

Post mortem dari meeting up in Jakarta, ialah lama sangat kau tak jumpa. Sekali jumpa semua benda nak bertekak. Sampai nak tengok movie pun bergaduh pasal cerita apa yang best.

Purpose pergi ialah nak tengok tempat tinggal, makan minum dan apa saja. Ok rumah elok, kereta ada dan semua bertambah baik. Duduk dikampung tu biasalah dah nama nature of kerja pun kena banyak 'wasatiah'. Tapi yang tak boleh blah, bila dia cepat sangat absorb slang orang sana. Aku rasa macam sinetron pun ada, menyampah plak. Macam si seraf singkalir yang lost kl slang pun ada.

But what I love to be there ialah, orang orang dia yang sangat peramah dan sabar. Layan soalan kita yang tak faham ni baik baik. Sangat kurang kita tengok orang kita macam tu. Uh jap gi ada yang bantai aku cakap, bangga dengan orang luar. Averagelah kita katakan, dekat pasaraya kita yang cakap Terima Kasih dulu. Tu pun slide brang kita beli muka punya lah ketat, apa kata kau 'slide' muka kau tengok berapa sen keluar sebelum nak ketat sangat.

Are we lack of patient? Tak tahu tanya lah diri sendiri. Atas awan macam tu, kat tanah pun lebih kurang cam tu. Walaupun tak semua tapi kebanyakan. Ya diaorang kalah dari segi kebersihan dan kemajuan, tapi rasanya socio budaya, bahasa dan juga budi pekerti diaorang menang. Ni aku compare dengan diri aku sendiri jugak. Nica pun setuju apa yang aku kata, nak dibanding dengan orang kita. Apa yang kita boleh belajar dari diaorang. Kalau ada yang mulut busuk nak cakap 'apsal tak pindah or jadi orang sana" harap-harap kau pergi lah negara-negara yang miskin. Supaya kau sedar diri sebelum berkata demikian. 

Tapi kan MP kenak time nya urang nait belon, nyaurang sik pande bersabar? Kepak nyawa ku mok suruh duduk.